Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang sering dialami oleh setiap individu tidak kira lelaki ataupun wanita. Namun apabila terlalu kerap memakai mekap sedikit sebanyak boleh menyebablan timbulnya masalah jearwat.

Tidak dapat dinafikan setiap wanita mahukan kulit wajah yang putih, bersih dan mulus. Mekap membantu menaikkan seri wajah seorang wanita namun jika terlalu kerap menggunakan mekap juga tidak baik untuk kesihatan kulit wajah.

Kulit yang sering ditempek dengan mekap akan sukar ‘bernafas’. Lebih buruk lagi apabila mekap pada wajah tidak dibersihkan dengan sempurna sehingga akhirnya timbul jerawat.

Berikut perkongsian Zaty Anuar

Since hari tu ade pergi Watson beli Cetaphil twin pack, that cashier tanya saya ‘menjadi ke pakai benda ni?’. Muka dia agak teruk breakout, lebih kurang sama masa saya breakout dulu. So kt sini cuma nak kongsi apa yang saya pakai sampai muka dah elok sikit.

Start breakout teruk selepas habis diploma bulan 10 (sebab pakai local product!). Rehatkan kejap muka dr pkai sbrg produk. So dlm bulan 12 bru start pkai Cetaphil, then pkai tidact gel tp xberhasil. Pastu tukar kepada Dalacin T, and sy rasa Dalacin T ni penyelamat utama Moisturizer pulak mmg xtinggal masa ni, sbb nk redakan merah kt muka tu, sy pkai Magic Jelly.

IKLAN

Masa muka breakout teruk mmg pkai 3 benda ni je. Before cuci muka make sure guna makeup remover dulu, Tak kisah lah pakai bedak saja ke foundation ke, mmg WAJIB pkai make up remover and then bru la cuci muka guna Cetaphil. Bab cuci muka ni paling penting sbb kalau muka xbersih susah nk terima produk yg kite pakai. Then pakai Dalacin T (area jerawat je ok!), pastu pakai moisturizer sbb kadangnye Dalacin T ni blh keringkan kulit muka. Tp disebabkan sy ni kulit berminyak so tkde la effect tu.


Lepas jerawat dh surut skit, bru lah sy pakai Mederma utk parut dan serius mmg menjadi! Toner plk sy pkai Aiken Tea Tree, feveret gila bau dia. Toner sy pakai lepas cuci muka malam ya. Dan utk mask sy pkai clay mask Aztec Healing Clay Mask. Clay mask ni best, bila pkai rasa mcm dia urut2 muka gitewww. Pakai 2-3 kali seminggu and for 15-20minit je and please jgn bawak tido! Its normal bila muka merah lepas cuci, 30 minit cmtu hilang la merah tu and rasa muka bersih sgt.

Function clay mask ni kecilkan pori, kecutkan jerawat, bersihkan pori, hilangkan parut, kurangkan minyak n so on lahh. Produk2 lain yg sy pkai boleh rujuk gambar. Semua produk sy pakai adalah affordable semuanya below RM100.

STEP KETIKA WAJAH SEDANG BERJERAWAT:
1. Cuci makeup guna makeup remover
2. Cuci muka guna Cetaphil Cleanser (Cetaphil ni pencuci muka taw! Sbb ada yg pm dia ingtkan cetaphil ni mcm krim malam je, so dia sapu je mcm krim tanpa bilas pun)


3. Dab-dab Dalacin T kt area berjerawat je ok! Dalacin ni ubat sapu, sejenis cecair utk disapu bukan untuk diminum.


4. Last saya pakai Magic Jelly nak bagi muka lembab dan redakan merah.


STEP SELEPAS JERAWAT SUDAH BERANSUR PULIH
1. Cuci makeup guna makeup remover.
2. Scrub guna St. Ives Green Tea Scrub (2-3 kali seminggu, basahkan muka, gosok2 lepas tu bilas)
3. Cuci muka guna Cetaphil.
4. Pkai Aztec Healing Clay Mask (2-3 kali je seminggu, bancuh serbuk satu sudu teh dengan air/cuka epal, pakai 15-30minit je)
5. Sapu Toner Aiken Tea Tree, tuang kt kapas then gosok smpai rasa muka bersih.
6. Sapu ubat parut Mederma kat area parut je ok, jgn sapu merata2 membazir mahal kot
7. Last pakai Magic Jelly.

STEP JIKA HENDAK KELUAR
1. Cuci muka guna cetaphil, sikit je ckup.
2. Sapu sunblock/sunscreen.
3. Magic Jelly as moisturizer.
4. Bedak/foundation

HIJABISTA: Moga dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merawat masalah jerawat dengan cara yang lebih berkesan dan selamat.

Sumber kredit: Facebook Zaty Anuar