
Bila muka naik jerawat mesti kita akan rasa geram je nak picit kan? Kadang-kadang sebab tak tahan sangat kita kan memicit jerawat itu hingga meninggalkan parut. Bila dah ada parut mesti rasa menyesalkan kerana muka sudah tidak selicin dulu. Oleh itu,mari kita ikuti tips yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Munirah Aris untuk menyelesaikan masalah ini!
Rutin penjagaan wajah yang bagus untuk hilangkan parut jerawat, pori terbuka dan jerawat halus.
Perubahan kulit wajahnya selepas mengamalkan rutin penjagaan ini. Licin jadinya!
Produk-produk yang digunakannya bagi merawat kulit wajah jenis berminyak.
Untuk para hijabi yang mempunyai masalah yang sama, bolehlah mengikuti cara gadis ini untuk mendapatkan kulit yang flawless lagi glowing. Tak salah jika kita mencuba kan?
Malunya Bila Bibir Hitam! Jom Cuba 10 Cara Ini Agar Bibir Kekal Merah & Mungil.

Aduh, malunya rasa bila bibir kelihatan hitam dan tidak bermaya. Bila bibir hitam, wajah pun nampak kusam dan tidak berseri. Sebagai seorang wanita, tentu anda berasa malu dan tidak berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
Ada banyak sebab mengapa bibir boleh menjadi hitam. Antaranya adalah perubahan hormon, kekurangan zat besi, mengambil ubat-ubatan tertentu, sinaran matahari dan masalah bibir yang kering disebabkan tiada kelenjar minyak pada bibir.
Warna bibir yang sihat akan kelihatan segar, lembap dan berwarna merah. Sekiranya anda mahu mendapatkan bibir yang merah secara semula jadi, jom cuba 10 petua dengan hanya menggunakan bahan alami.
1. Buah Bit
Buah ini banyak dijual di pasar raya dan mudah untuk anda mendapatkannya. Ia memiliki antioksidan yang tinggi hingga mampu menjaga kesihatan kulit bibir seperti menanggal sel kulit mati dan melembap serta menghilangkan warna hitam pada bibir. Caranya mudah sahaja:
- Potong buah menjadi kecil dan masukkan ke dalam peti sejuk.
- Setelah sejuk, ambil 1 biji buah dan gosokkan pada bibir.
- Biarkan sehingga 15 minit, kemudian bilas bersih.
2. Gliserin & Air Mawar
Campuran gliserin dan air mawar dikatakan dapat menghilangkan warna hitam pada bibir. Untuk mengatasi masalah bibir hitam dan kering, anda boleh:
- Rendamkan kelopak bunga mawar atau taburan mawar yang masih segar selama 1 jam.
- Kemudian, campurkan air mawar dengan gliserin secukupnya.
- Oleskan pada bibir sebelum tidur.
- Bilas keesokan harinya.
3. Madu & Daun Pudina
Daun pudina berkhasiat dalam menghilangkan noda pada bibir sehingga warna bibir kelihatan merah dan segar. Lakukannya sebanyak 2 kali sehari untuk hasil yang maksimum.
- Kisar daun pudina dan campurkan dengan madu.
- Oleskan pada bibir selama 15 minit.
- Bilas menggunakan air sejuk.
4. Minyak Almond, Kunyit & Lemon
Lemon mengandungi kandungan yang membantu mencerahkan kulit termasuklah bibir. Jadi, anda boleh campurkannya dengan kunyit di mana ia dapat mengubah pigmen warna pada bibir.
Manakala minyak almond mengandungi vitamin E yang mampu melembapkan dan memberi nutrisi pada bibir.
- Campurkan 3 sudu teh air perahan lemon, 2 sudu teh serbuk kunyi dan 1 sudu teh minyak almond.
- Gaulkan bahan-bahan ini dan oleskan pada bibir.
- Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air dingin.
5. Madu & Mentega
Kandungan vitamin E yang ada pada mentega mampu mencerahkan bibir. Madu pula mengandungi antioksidan yang dapat mencegah bibir kusam dan kering sehingga bibir yang hitam boleh berubah menjadi merah.
- Campurkan 1 sudu madu dan 1 sudu mentega.
- Oleskan campuran tersebut pada bibir. Dalam masa yang sama, urut bibir anda.
- Bersihkan pada keesokan harinya.
6. Bunga Mawar, Madu, Limau Nipis & Susu
Bunga mawar memiliki khasiat yang luar biasa untuk menghilangkan noda hitam pada bibir. Cara pemakaiannya:
- Rendam kelopak bunga mawar ke dalam susu dan tunggu selama 1 jam.
- Kisar rendaman bunga bersebut.
- Tambahkan 1 sudu teh air perahan lemon dan 1 sudu teh madu.
- Oleskan pada bibir dan biarkan selama 30 minit.
- Bilas bersih.
7. Minyak Kelapa
Kandungan minyak kelapa dikatakan mampu menjaga bibir agar kekal lembap dan sihat. Salah satu cara menghilangkan bibir hitam disebabkan oleh rokok adalah dengan mengoles minyak kelapa pada waktu pagi dam malam.
8. Limau Nipis & Madu
Campuran limau nipis dan madu tidak hanya berguna untuk menghilangkan noda hitam pada bibir. Malah, bibir pun akan jadi merah menyerlah.
- Campurkan 1 sudu madu dan perahan limau nipis secukupnya.
- Oleskan pada bibir selama 15 minit.
- Bersihkan dengan tisu.
9. Timun
Timun memiliki kandungan yang dapat memberi nutrisi pada bibir sehingga bibir menjadi mungil, lembut dan cerah. Caranya:
- Potong timun
- Gosokkan potongan timun pada bibir.
10. Tomato
Tomato selalu digunakan untuk menjaga kesihatan bibir termasuklah menghilangkan rona hitam pada bibir.
- Potong tomato nipis-nipis.
- Gosokkan pada bibir dan urut bibir dengan lembut.
- Kemudian, bersihkan dengan air.
Sumber: Harian Gadis
Pakai Bedak Compact Jenis Matte, Tiadalah Lagi Wajah Nampak ‘Memancar-mancar’ Dari Jauh

Mana mungkin wanita dapat dipisahkan dengan solekan. Ibarat isi dengan kuku, solekan menjadikan seseorang wanita itu tampil lebih yakin dan bersemangat.Walau bagaimanapun, hijabi yang memiliki wajah jenis berminyak pastinya mengalami masalah ketika memakai solekan .
Masalah kulit berminyak amat mengganggu kerana masalah ia boleh menyebabkan wajah mudah diserang jerawat sehingga anda hilang keyakinan diri. Namun tidaklah bermakna hijabi yang memiliki kulit wajah berminyak dan berjerawat, tidak boleh tampil menawan dengan mengenakan solekan.
Berikut dikongsikan tip bagaimana untuk tampil memukau dengan solekan yang ‘wow’ meskipun anda memiliki jenis kulit yang berminyak. Pilihan bedak yang tepat ialah bedak compact jenis matte. Pastikan anda memilih jenis bedak yang sesuai dengan tona kulit anda.
1.Pastikan anda membersihkan wajah dengan pembersih muka atau skrub muka. Penyental yang dihasilkan daripada bahan semula jadi akan membuatkan kulit wajah anda mudah ‘bernafas’ dan lebih bersih.
2.Sapukan pelembap di seluruh bahagian wajah. Seeloknya gunakan pelembap yang mempunyai kandungan pengawalan minyak kerana ia sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Biarkan seketika sehingga ia boleh meresap ke dalam kulit.
3.Untuk memudarkan kesan kusam dan parut jerawat, pakai concealer di bawah mata, pipi dan hidung. Ratakan dengan berus agar warnanya bersatu dengan kulit. Beri keutamaan pada zon T dan kawasan di mana jerawat anda nampak kemerahan.
4. Sapukan foundation di seluruh wajah dan leher secara rata dan tepuk wajah dengan jari. Jangan sesekali menggunakan span untuk mengaplikasikan foundation pada kulit yang berjerawat.
5. Selepas memakai concealer dan foundation, sebaiknya gunakan bedak tabur. Bedak tabur berupaya menyerap kelebihan minyak kerana ia lebih ringan berbanding bedak daripada jenis two way cake.
6. Jika anda memilih untuk memakai BEDAK COMPACT pilih daripada jenis matte kerana ia akan menjadikan wajah lebih mulus dan gebu.
7. Pakai pemerah pipi, aplikasikan dengan sentuhan ringan dan elakkan daripada jenis krim.
8. Tonjolkan efek pada mata dengan sapuan pembayang mata secara sederhana bersama penggaris mata dan maskara.
9. Oleskan gincu bibir daripada jenis matte untuk bibir yang menawan dan mungil atau sedikit pengilat bibir jika anda ingin wajah yang segar.
10. Untuk countouring atau shading wajah anda, gunakan shimmer yang tidak terlalu terang dan jelas untuk mengelakkan kulit tampak lebih berminyak dan berkilat.
BERIKUT EMPAT EMPAT PILIHAN BEDAK COMPACT JENIS MATTE UNTUK HIJABI YANG MEMILIKI KULIT BERMINYAK:
L’Oreal Paris Infallible Pro-Matte Powder
Memberi kemasan matte kepada mekap dan membantu menyerap minyak dan mengurangkan kilatan pada kulit wajah sehingga 16 jam. Bedak yang ringan ini boleh digunakan begitu sahaja atau dengan foundation untuk tahan lebih lama.
INNISFREE No Sebum Mineral Powder
Bedak yang memastikan kulit menjadi lembut dan segar untuk kemasan solekan setiap hari. Kecantikkan kulit juga terjaga dan menghalang kemunculan jerawat untuk solekan yang sempurna.
THE FACE SHOP Oil Clear Blotting Powder
Mengawal minyak berlebihan pada wajah bagi memastikan solekan tahan lebih lama. Bedak ini sesuai dipakai setiap hari. Diperkaya dengan ekstrak dari kacang hijau, Birch, Rumex dan Crispus agar wajah tidak kelihatan melekit dan berminyak semasa anda memakainya.
ZA Bye Bye Shine Powder
Bedak yang dapat melindungi kulit wajah dari sinaran matahari dan juga menyempurnakan solekan tanpa menutupi pori wajah anda. Apa yang lebih menarik tentang bedak ini, ianya bedak yang tidak menyebabkan kulit muka menjadi kering bahkan membantu untuk mengekalkan kelembapan pada wajah bagi menyerlahkan lagi seri solekan anda.
UNTUK LEBIH PILIHAN BEDAK COMPACT MATTE, KLIK DI SINI.
Semoga dengan panduan ini, hijabi yang memiliki kulit jenis berminyak dapat merias wajah tanpa rasa bimbang solekan ‘pecah’ dan bercapuk.
Sumber kredit: productnation.co
Rahsia Kecilkan Peha Bagi Yang Malas Bersenam, Tiga Senaman Mudah Buat Sambil Baring

Ramai dari kita yang mengidamkan saiz paha yang kecil dan kurus tetapi malas mahu melakukan senaman. Banyak alasan diberikan dan salah satunya ketiadaan masa. Namun tahukah anda, senaman untuk mengecilkan paha ini boleh dilakukan walaupun anda sedang berbaring.
Aktiviti senaman ini cukup mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk melakukannya. Jadi lakukan secara consisten dan hasilnya anda akan dapat saiz paha yang diidamkan selama ini.
1. Inverted Plie
Cantumkan tumit anda bersama untuk mengaktifkan otot bahangian dalam paha anda.
2.Wading water
Gerakan ini akan memejalkan bahagian dalam paha anda dan juga menguatkan bahagian bawah abdomen anda pada masa yang sama.
3.Straddle beats
Gerakan ini meregang dan menguatkan bahagian dalam paha anda.
Mudah bukan? Anda hanya perlu baring dan gerak. Lakukan senaman ini sebelum tidur jika anda tidak punya masa pada waktu siang. Lakukan senaman ini selama lima minit untuk kesemua gerakan.
Sumber: Popsugar/Pinterest