Setiap gadis itu tidak terlepas daripada mempunyai keinginan untuk menjadi cantik. Bukan hanya untuk kepuasan diri, tetapi juga untuk mendapatkan keyakinan diri sewaktu berhadapan dengan orang ramai.

Ada bermacam-macam cara yang boleh kita cuba bagi mendapatkan kulit dan tubuh yang cantik lagi sihat namun yang pastinya ia perlulah sesuai dengan keadaan diri kita dan paling penting sekali tidak mendatangkan keburukan terhadap tubuh badan.

Tidak lokek berkongsikan tips, gadis dikenali sebagai Najwa itu berkata banyak yang sudah berubah dimana dulu kulitnya berjerawat, berminyak dan hitam.

IKLAN

“Nampak ketara dulu dan sekarang sebab muka saya dah OK. Dulu banyak jerawat, berminyak, dan hitam.

“Berat badan saya juga turun dalam 10kg dalam tempoh itu. Sekarang maintain berat sekitar 65kg. Ada juga yang tegur, pipi dan hidung pun nampak kecil sekarang,” katanya kepada MStar.

Transformasi hebat oleh Najwa. Dia juga turut berkongsikan produk yang digunakannya bagi mendapatkan kulit muka yang lebih baik.

IKLAN

Ujar Najwa, kulitnya yang bermasalah mula menunjukkan perubahan positif selepas dia berhenti mengambil menuman manis sejak enam bulan lalu.

“Jerawat saya dah kurang selepas berhenti minum air manis. Saya kurangkan dulu. Tapi dalam pertengahan tahun ini, saya berhenti terus minum air manis.
“Saya juga perasan senang nak turun berat badan bila tak ambil air manis,” ujarnya lagi.

IKLAN


.

Berceritakan pengalaman lalu, Najwa mengakui wajahnya yang bermasalah membuatkannya berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai sehinggakan dia akan menutup muka jika mengambil gambar.

Najwa mengakui dari zaman sekolah sehingga sekarang dia sudah mencuba lebih 30 produk. Bagaimanapun, Najwa berkata tidak kisah produk murah atau mahal tetapi yang penting pastikan ia sesuai dengan kulit kita dan harus sentiasa mengutamakan pemakaian sunscreen.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI