Diam tak diam sudah hampir 40 hari pengasas komsetik Dnars Skincare Allahyarham Hajah Faziani Robhani bertemu Maha PenciptaNya. Dan tiga hari lepas telah diadakan majlis tahlil untuk mengingati pemergian Allahyarhamah.
Dalam status dimuat naik anak perempuannya, Irdiena Hakim, 16 tahun turut memberitahu amalan yang tidak akan dilupakan oleh arwah ibunya itu.
Antaranya adalah bersedekah dan memberi makan walaupun kepada musuh. Jika melihat instagram anak perempuan Allahyarham bagaikan dalam melihat semangat juang dalam dirinya.
Malah dalam satu posting dimuat turut juga dia memberitahu bahawa kesedihan itu bukan penamat segalanya, tetapi permulaan kepada sebuah kebangkitan.
dnarfaziani kesedihan bukanlah penamat buat segalanya ,namun ia adalah sebuah permulaan bgi sebuah ‘KEBANGKITAN
Ads
Biarpun kehilangan insan paling disayangi, tetapi gadis muda ini kelihatan sudah bersedia untuk memikul tanggung jawab meneruskan legasi perniagaan keluarga yang telah dimulakan oleh ibunya ini.
Sekali imbas seperti melihat diri Allahyarhamah Faziani, malah wajah kedua-duanya juga juga hampir sama.
Seperti kebanyakan hijabi lain, dia yang baru berusia 16 tahun uga bijak bergaya dengan #OOTD yang digemarinya. Memang saling tak tumpah seperti ibunya sendiri.
Setiap hari dan waktu, kita pasti mengalami masalah yang susah untuk kita tangani–iaitu mengantuk yang melampau! Kadang, dah minum dua cawan kopi pun masih mengantuk, takut overdose pulak nanti.
Secara umumnya terdapat banyak cara untuk menghilangkan mengantuk, tapi kadangkala kita perlu cari alternatif lain sebab tak semua boleh pakai! Jadi, jom ketahui dengan lebih lanjut cara untuk menghilangkan mengantuk dengan Hijabista.
Rasa mengantuk boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja, kadang sewaktu sedang asyik belajar, bekerja, dan ada ketika sewaktu memandu kenderaan! Sangat bahaya! Tetapi keadaan ini selalunya di kaitkan dengan masalah susah untuk fokus dan tidak mampu untuk mengawal emosi.
Bila bangun tidur di waktu pagi juga, kita masih lagi berasa mengantuk walaupun sudah cukup lapan jam tidur. Ya, mengantuk ini juga ada berpunca daripada beberapa aktiviti yang kita lakukan pada waktu siang yang memberikan kesan kepada badan sewaktu malam, antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini adalah:-
Sudah semestinya kurang tidur atau rehat adalah faktor utama dalam masalah ini. Tidur adalah waktu yang sangat penting buat manusia kerana badan kita memerlukan rehat yang mencukupi untuk menjana dan proses tenaga untuk di gunakan pada keesokan harinya. Jadi di sebabkan badan yang kurang rehat, ia menjadi lesu dan terpaksa bekerja berlebihan.
Anda jangan ingat kurang tidur sahaja boleh muncul masalah ini, terlebih tidur juga boleh menjadi salah satu faktor. Jika seseorang yang tidur melebihi 8 jam setiap hari juga boleh berasa lesu dan penat pada keesokan paginya.
Stres dan kemurungan menyebabkan seseorang itu susah untuk melelapkan mata pada malam hari dan akan menyebabkan rasa mengantuk di siang hari. Kemurungan juga sering di kaitkan dengan masalah gangguan tidur, seperti insomnia dan sindrom kaki gelisah (restless legs syndrome).
Minum air adalah sangat penting kerana badan anda mempunyai 70% kandungan air, jadi air sangat di perlukan untuk kekal hidrasi. Kurang minum air dan berlaku dehidrasi akan menyebabkan organ badan susah untuk menjana tenaga dan anda akan sentiasa rasa lesu sepanjang hari. Tambahan pula, anda akan mengalami perasaan penat yang sangat cepat dan juga mengantuk.
Sudah tentu anda akan memilih untuk minum kopi dan air yang mengandungi kafein kerana ia dapat membantu badan supaya berjaga sepanjang hari. Tetapi, hasil pengambilan kafein yang terlalu banyak dan kerap akan membuatkan anda susah untuk tidur dan anda akan sering mengalami masalah mengantuk serta kurang tenaga.
Apabila anda perlu bekerja dalam keadaan yang tidak membolehkan anda untuk bergerak, seperti kena menghadap komputer riba, sudah tentu badan akan mulai terasa lesu dan mudah mengantuk. Kondisi badan akan mulai menjadi sangat perlahan dan seolah-olah dunia ini bakal melabuhkan tirai kerana tidak bergerak dan hanya statik kepada satu tempat.
Seperti yang telah anda lihat punca kepada masalah mengantuk ini semuanya terdiri dari permasalahan penjagaan tubuh badan kita. Ada juga yang tidak dapat di elakkan seperti kondisi stres dan kemurungan akibat penyakit mental. Tetapi permasalahan ini mempunyai solusinya sendiri.
Tidur atau mendapatkan rehat yang ideal adalah selama 7-8 jam setiap hari bagi orang dewasa. Apabila sudah cukup tidur tetapi masih lagi berasa mengantuk, anda boleh cuba untuk lelapkan mata selama 30 hingga 60 mini bagi menghilangkan rasa mengantuk itu.
Selain itu, terdapat beberapa cara juga untuk atasi masalah mengantuk ini sepertinya:-
Alternatif lain juga adalah seperti minum minuman yang ada kandungan kafein, kopi, supaya dapat memberikan booster kepada badan. Tetapi haruslah beringat untuk tidak menyalahgunakan kafein kerana khuatiri boleh memberikan mudarat buat badan. Anda perlu ingat, jangan paksa diri untuk melakukan suatu pekerjaan, perlulah jaga diri supaya kesihatan tubuh badan akan terjamin.
Bergaya dalam pelbagai persalinan pasti memerlukan keselesaan, apatah lagi hijabi yang mementingkan penampilan seharian mahupun di dalam rumah ataupun ketika beraktiviti di luar.
Pelbagai bahan di dalam produk penjagaan kulit di pasaran menjanjikan hasil yang mengagumkan. Hijabista berkongsi tiga bahan utama ini yang sering ada dalam penjagaan produk penjagaan kulit badan. Bukan sahaja meremajakan kulit anda malah pelbagai manfaat.
Menariknya lagi, rangkaian baharu yang diperkenalkan ini memahami pelbagai cabaran yang dihadapi oleh golongan Hijabista iaitu kesukaran untuk mencari produk yang membolehkan mereka kekal segar, selesa dan dalam cuaca Malaysia yang panas dan lembap.
Amalan orang Cina dan Ayurveda kuno telah menggunakan minyak badam selama berabad-abad untuk menenangkan dan melembutkan kulit dan merawat luka dan luka kecil. Terdapat dua jenis minyak badam, manis dan pahit. Minyak badam manis adalah jenis yang lebih sesuai dengan kulit. Ia mengandungi nutrien seperti:
Merupakan deodoran antibakteria yang memberi perlindungan berkesan dengan manfaat penjagaan kulit. Ia menyediakan perlindungan selama 48 jam dan dilengkapi dengan aplikator yang mudah meluncur. Anda boleh memilih antara 3 varian iaitu Healthy White – Apricot & Pearl Powder, Dry Fresh- Aloe Vera & Cucumber atau Soft & Smooth- Shea Butter & Almond Oil.
Manfaat 7 Pro Action iaitu anti-bakteria, anti bau badan, anti peluh, anti stres kulit, anti iritasi, anti kesan baju and anti melekit, membolehkan anda bebas daripada bau dan berasa segar meskipun dengan fesyen pakaian berlapis sepanjang hari! Selain daripada roll on, terdapat juga Deodoran Semburan Antibakteria dalam rangkaian baharu SAFI HIJABISTA BODYCARE ini.
Buah delima telah meningkat popularitinya sebagai buah yang dapat menurunkan keradangan dan meningkatkan kesihatan keseluruhan badan. Sebilangan besar faedah ini ada kaitannya dengan polifenol, nutrien antioksidan kuat yang terdapat dalam makanan berasaskan tumbuhan lain, seperti beri dan teh hijau.
Kebaikan menggunakan delima pada kulit
Losen gel ringan ini, serba guna yang terdapat dalam 2 varian berbeza iaitu 100% Aloe Vera Semula Jadi dan 100% Buah Delima Semula Jadi. Memberi kemudahan kepada hijabi kerana tidak perlu mencari pelbagai produk untuk kegunaan yang berbeza. Soothing Fresh (Aloe Vera) melega dan menenangkan kulit, Radiant Fresh (Pomegranate) pula memperbaiki dan mencerahkan kulit. Gel ringan dengan pelbagai fungsi kegunaan ini melembapkan kulit untuk semua hijabi. Ia boleh digunakan dengan berkesan sebagai pelembap badan, sapuan selepas cukuran, malah untuk rawatan rambut. Jika anda bimbang dengan kulit yang kering dan mengelupas, malah tumit merekah, inilah produk yang tidak mungkin anda lepaskan kerana ia menyelesaikan pelbagai masalah anda!
Aloe vera mungkin merupakan salah satu ubat herba yang paling banyak digunakan untuk keadaan kulit topikal. Ini kerana komponen tumbuhan seperti gel diketahui dapat menyembuhkan kulit dari pelbagai penyakit kecil.
Aloe vera yang kita gunakan pada kulit kita dalam gel over-the-counter (OTC) berasal dari tumbuhan dengan nama yang sama. Dalam perubatan konvensional, lidah buaya digunakan sebagai gel topikal, yang terbuat dari bahan seperti gel di dalam daun tumbuhan. Anda juga boleh menggunakan daun secara langsung dengan memecahkannya dan menekan gel.
Berikut faedah aloe vera, sekiranya anda menghadapi keadaan kulit yang kronik, ada baiknya berjumpa dengan pakar dermatologi anda sebelum menggunakan sebarang produk pada wajah anda.
SAFI HIJABISTA BODYCARE Losen Gel Aqua.
Satu lagi produk menarik yang dilancarkan dalam rangkaian baharu, losen gel ini memastikan kulit anda lembut dan umpama baldu walaupun dengan pakaian berlapis. Lebih istimewa, dengan 7 Pro Action, produk ini membantu untuk meremajakan, melembutkan, menghidrat, menenangkan dan menganjalkan kulit. Ia juga menyegarkan dengan sensasi aqua dan pada masa yang sama mengurangkan kedutan pada kulit anda, membuatkan kulit berasa lembut dan lembap ke mana sahaja anda pergi!
Setiap produk dalam rangkaian ini memainkan peranan istimewa untuk hijabi yang bergaya. Rangkaian berkenaan diuji secara klinikal & dermatologi serta bebas daripada paraben, alkohol, pewarna, minyak mineral dan ujian haiwan. Kebanyakan rumusan produk penjagaan badan kini membuatkan kulit rasa berminyak dan melekit, namun rangkaian baharu ini menangani masalah tersebut menerusi rumusan ringan yang menyegarkan serta memastikan penyerapan pantas, tidak melekit dan lembut pada kulit.
Menariknya lagi, satu pertandingan akan dianjurkan di seluruh negara secara maya di Instagram. Peserta yang berminat boleh memaparkan keyakinan mereka menerusi gambar yang paling bergaya serta memuat naik gambar berkenaan di Instagram berserta hashtag #Hijaboleh. Maklumat lanjut akan diumumkan tidak lama lagi, nantikannya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Generasi muda harus mempunyai banyak inovasi dan keberanian untuk membawa perubahan, termasuk perubahan dalam persekitaran kehidupan terdekat mereka. Itulah yang dilakukan oleh Rima Sultana Rimu apabila melihat kawasan di mana dia dibesarkan.
Dibesarkan dalam keluarga petani kampung yang sederhana, Rima telah menunjukkan keberanian serta keazaman yang luar biasa dalam memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak sejak kecil.
Gadis yang dilahirkan pada 2002 di Bangladesh ini terharu selepas melihat kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, seperti dilaporkan oleh UN Women.org.
Rima menjadi aktivis pada usia muda untuk memperkasakan wanita dan memperjuangkan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak.
Bersemangat Mengajar & Memperkasakan Wanita Rohingya
Rima Sultana Rimu bermula dengan mengajar kanak-kanak di kem pelarian Rohingya dan mengajak wanita mengubah beberapa tabiat harian.
Dia menubuhkan sekolah tidak formal di kem pelarian kerana lebih ramai kanak-kanak diajar membaca, menulis dan membuat matematik.
Wanita muda ini lantang menentang diskriminasi dan keganasan terhadap wanita Rohingya.
Rima mengadakan bengkel mengenai hak wanita, kesihatan seksual dan reproduktif, dan mencegah keganasan terhadap wanita.
Dia mempertahankan hak wanita Rohingya dan mengajar betapa pentingnya melindungi hak wanita dalam situasi krisis.
Beri Inspirasi Dengan Keberanian & Keazaman
Rima membawa misi ini ke pelbagai forum antarabangsa dan mencipta namanya di kalangan aktivis dunia. Antaranya, Rima dimasukkan dalam senarai BBC 100 Women pada 2020.
Rima dinobatkan sebagai salah satu daripada 100 wanita yang memberi inspirasi dan berpengaruh di dunia oleh BBC.
Rima menjadi inspirasi kepada wanita dan kanak-kanak lain di kem pelarian Rohingya kerana kecekalan dan keazamannya dalam mengangkat martabat wanita dan memperkasakan orang ramai untuk mengatasi halangan dan mencapai impian mereka.
Rima Sultana Rimu menjadi contoh luar biasa seorang wanita muda dari Generasi Z yang berani dan berdedikasi terhadap persekitaran tempatnya tinggal dan mampu membuat perubahan di dunia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.