Tular filter di di aplikasi TikTok yang boleh mengubah wajah seseorang menjadi tua. Ramai yang dan teruja, malah filter ini membuat mereka rasa sebak apabila wajah yang dipamerkan sama seperti wajah yang dirindui iaitu mereka yang telah kehilangan ibu bapa.
Apa yang menarik dan meruntun hati apabila Datin Rita Sosilawati anak kepada Allayarham Datok Sosilawati Lawiyah, tidak lepaskan peluang turut serta menggunakan filter yang sama. Perkongsian beliau undang rasa sebak netizen yang juga merindui ibu kepada usahawan muda ini.
Melihat perubahan wajah yang semakin dimamah usia menggunakan filter tersebut menyebabkan ramai selebriti turut terpanggil untuk mencubanya. Tidak ketinggalan Datin Shahida, Nad Zainal dan beberapa selebriti yang lain.
Ads
Seperti ada Nur
Isteri kepada Datuk Aliff Syukri ini memang mempunyai kecantikan semulajadi, jarang menggunakan solekan, wajah polos dan selesa mengayakan tudung sarung, netizen doakan mudah-mudahn panjang umur dan kekal cantik.
Bagi wanita berhijab, pemilihan jenis tudung amat dititik beratkan. Dari segi rekaan, jenis fabrik dan juga harga menjadi keutamaan dalam memilih yang terbaik untuk digayakan terutama bila ada majlis atau musim perayaan. Semalam viral dikatakan tudung bawal ini adalah hijab paling mahal di dunia bernilai RM50,000.
Dihasilkan sepenuhnya menggunakan kain jenis Voile, yang diimport dari Jepun dan bertatahkan lebih 10 warna batu kristal Swarovski.
Hijab paling mahal ini juga dihasilnya sepenuhnya di Austria dengan ilham padang pasir berbunga, sesuai dengan personaliti empunya tudung ini.
Menerusi laporan Sinar Harian tudung paling mahal ini dihasilkan oleh syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive diperaga dan diserahkan pada pada majlis penyampaian tudung tersebut di Kuala Lumpur malam tadi.
Menurut pengasasnya, Haliza Maysuri tudung ini menjadi milik seorang ahli perniagaan dari Kuantan berusia 35 tahun yang menempahnya melalui butik premium, ByQiss by Bawal Exclusive di Pahang.
Walaupun terkenal dengan tudung mewah, namun Bawal Exclusive turut menawarkan pelbagai pilihan rekan dan warna tudung bermula dengan Bawal Tabur serendah RM57 sehelai.
Dia yang mula menjalankan bisnes sekitar tahun 1998 dengan berniaga gerai kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman kini bukan sahaha memiliki bangunan sendiri, tetapi juga turut memiliki 10 butik premium dan 35 ejen jualan di seluruh Malaysia.
Sementara itu, pemilik butik ByQiss by Bawal Exclusive, Datin Hamizan Putih berkata, walaupun ada pihak yang mempersoalkan kewajaran membeli tudung bernilai ribuan ringgit, namun tidak salah untuk para wanita dihadiahkan atau menghadiahkan diri sendiri dengan tudung eksklusif tersebut.
“Sebagai wanita yang istiqamah dalam menjaga aurat, tidak salah rasanya untuk memakai tudung eksklusif ini kerana ia akan turut memberi motivasi kepada wanita untuk bekerja lebih keras terutamanya dalam kalangan wanita pantai timur yang terkenal dengan semangat keusahawanan mereka,” katanya.
Sebut sahaja nama Fathia Latiff, pasti terbayang pelakon yang sering terpalit dengan kontroversi satu ketika dahulu sehingga namanya hampir tengelam dalam persada seni tanah air.
Namun, mengambil ikhtibar dari masa hitam itu, Fathia kini mengorak langkah yang lebih besar penuh fokus serta komited apabila kembali melebarkan sayapnya dalam industri lakonan tanah air.
Memetik laporan Getaran, perkara ini turut disahkan oleh penerbit, Fadzil Teh, atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel, ketika mengulas mengenai penglibatan pelakon tersebut di dalam drama bersiri, Jesnita terbitan syarikat produksinya.
“Dia bukan Fathia Latiff yang dahulu, sekarang dia dah banyak berubah dan dia sentiasa komited dengan kerjanya.
“Dia dah banyak berubah, dia sentiasa tiba awal ke set penggambaran dan dia bukan Fathia yang penuh kontroversi sepertimana dahulu,” katanya pada sidang media drama ‘Jesnita’.
Mengulas isu sama, Fathia turut mededahkan dia sebelum ini sememangnya merindui dunia lakonan dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana produksi yang ingin mmeberikan ‘peluang kedua’ kepadanya.
Fathia berkata, drama ‘Jesnita’ adalah naskah yang istimewa baginya, kerana ini merupakan naskah pertamanya selepas beberapa tahun tidak berlakon. Justeru, Jesnita membuka peluang baharu bagi Fathia untuk membuktikan dia bukan lagi Fathia yang dahulu.
“Sebenarnya saya tidak ingin menjual nama sendiri, tetapi saya bukan lagi Fathia yang sebelum ini, jadi pihak -pihak produksi di luar sana tidak perlu ragu-ragu untuk bekerjasama dengan saya.
“Benda itu dah berzaman, ini Fathia yang baharu, kita pun dah matang, Fathia rasa mereka boleh tengok sendiri selepas drama ‘Jesnita’ ini ditayangkan nanti,” ujarnya.
Untuk rekod drama Jesnita meruapakan sebuah drama terbitan Zeel Production dan akan ditayangkan secara bersiri sebanyak 40 episod. Drama ini turut menampilkan nama-nama besar seperti Intan Najuwa, Nasha Aziz, Fikry Ibrahim dan Malek Maccrone.
Video muzik Siapa Tak Mahu merekodkan lebih lebih 1.8 juta tontonan selepas setakat hari ini selepas beberapa hari dilancarkan di YouTube, ramai yang memuji video muzik ini bertaraf antarabangsa.
Video arahan Ghazi Maslan yang menampilkan Bintang Paling Popular, (ABPBH) Ke-32 Mira Filzah dan bakat baharu, Hun Haqeem menjadi tarikan hingga jumlah tontonan tinggi direkodkan.
Ibu kepada Siti Aafiyah Khalid ini juga mengaku teruja menunggu pelancaran video muzik berkenaan di saluran YouTube rasminya. Rata-rata berpuas-hati dengan penampilan kedua-dua selebriti dan jalan cerita video muzik ini menjadi tarikan ramai.
Berbicara mengenai penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza di dalam video muzik lagu ciptaan John Jeevasingham, Ikhwan Fatanna dan Omar K itu menjadi video muzik pertama menggunakan banyak persalinan.
Apa yang menarik pemerhatian ramai persalinan berwarna putih yang direka khas pereka muda Kel Wen yang kini kian melonjak naik. Umum ketahui Kel Wen adalah pereka dan pengarah kreatif di bawah label Behati antara insan kreatif di sebalik pembikinan video muzik penyanyi cilik Erni Zakeri.
Berpeluang mereka baju untuk ikon Malaysia adalah senarai impian dalam karier seninya. Gaun putih yang diilhamkan ‘Leg of Mutton’ klasik dari era Victoria, lengan baju yang besar, membuatnya lebih dramatik dengan lipit. “Saya tidak mahu ia kelihatan seperti kostum Victoria atau pakaian pengantin jadi saya menambah kolar dan butang yang terbuka di depan supaya kelihatan lebih moden” , ujar Kel.
“Yang sukar dipercayai ialah kami membuat pakaian ini dalam 41 jam” menurut Kel dalam temubual bersama hijabista. Reka bentuk persalinan dipersetujui pada hari Ahad 12 pagi, Isnin 5 petang, Kel bersama team berkerja keras untuk menyiapkan persalalinan berwarna putih khas untuk dipakai oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Persetujuan saat akhir dari kedua-dua pihak tidak mematahkan semangat Kel, malah pelbagai cabaran disambut dengan tenang. Walaupun kesuntukan masa, hasilnya memang wow. Kel tidak berpeluang fitting baju sebelum peringkat terakhir rekaan, kebimbangannya ialah takut persalinan tidak padan dengan penyanyi tersohor Malaysia.
Di dalam Video muzik ini Dato Siti kelihatan langsing. “Ya kerana pemotongan dan bahagian lengan dan skirt yang besar, ini membuktikan bahawa memakai sesuatu yang terlalu besar tidak semestinya membuat anda kelihatan besar, tetapi memberikan ilusi untuk menjadikan badan anda lebih kecil” ujar Kel dalam sesi perbualan bersama hijabista.
“Cabaran terbesar adalah warna putih, kerana biasanya putih kan nampak besar, Tokti pun sangat risau, selalu orang menganggap hitam je yang selamat, tetapi bergantung pada reka bentuk dan fabriknya. Saya menggunakan taffeta sutera berkilat putih untuk gaun baju ini.”
Sekiranya anda perhatikan bagaimana saya merancang skirt itu, tidak ada garis pinggang mendatar, lipatan yang anda nampak itu sebenarnya adalah poket, dan ia dibina dalam bentuk bergelombang menegak untuk menjadikan pinggul kelihatan lebih kecil. Memang rekaan ini Nampak lain dari lain dengan keunikan perjalanan video muzik ini.
Diterbitkan oleh Zeel Production dan mendapat sentuhan pengarah Ghazi Maslan, video muzik Siapa Tak Mahu adalah lagu moden yang rancak, namun diulit dengan elemen tradisional di bahagian tengahnya. Sudah pasti lagu-lagu penyanyi tersohor ini turut menyelitkan unsur-unsur nasihat yang disampaikan dalam bentuk peribahasa.
Ditanya mengenai harapannya untuk video muzik Siapa Tak Mahu, Siti mengharapkan ia mendapat sambutan baik daripada peminat. Debaran menanti pelbagai reaksi peminat, ini perasaan beliau dalam temubual bersama metro,
“Saya berdebar kerana tidak tahu bagaimana reaksi peminat. Saya pasti dalam keberanian membuat sesuatu yang baharu, pasti ada yang suka dan sebaliknya. Hidup ini bukan senang hendak memuaskan hati semua orang.
“Namun, sebaik melihat komen positif peminat dan penggemar muzik, ia memberi kelegaan,” katanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.