Fazura atau dikenali sebagai Faz iaitu pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal telah mengumumkan kejutan yang ingin dikongsikan kepada pihak media dan peminat diluar sana tentang beliau ingin menganjurkan konsert “FAZTIVAL FAZURA 2022” pada 11 september ini di Axiata Arena Bukit Jalil.
Konsert tersebut akan menghimpunkan ramai artis terkenal tempatan Malaysia dan ada juga dari Indonesia khas buat semua peminat Fazura.
Penghargaan dari Fazura
Seperti yang kita ketahui, Fazura mempunyai pelbagai produk dibawah rangkaiannya termasuklah tudung Fazura, produk penjagaan kulit Fazura Skincare, produk kecantikan Fazura Beauty termasuk rangkaian fesyen serta aksesori iaitu Fazbulous. Fazura juga berkata konsert yang akan berlangsung ini adalah salah satu dari hasrat yang sudah lama oleh Fazura kerana semua penyanyi yang dijemput merupakan idola beliau sejak dari kecil sehingga kini.
“Konsert ini bertujuan untuk Faz menghargai peminat-peminat Faz dan juga penyokong yang membeli produk-produk yang dikeluarkan oleh Fazura dan selain itu juga bagi menghargai semua Fazura Besties” kata Fazura
Barisan artist yang digabungkan dalam konsert ini juga merupakan nama-nama besar di Malaysia seperti Dato M.Nasir, Dato’ Awie, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi. Selain itu, artis di Indonesia merupakan nama yang besar juga iaitu Ahmad Band yang diketuai oleh Ahmad Dhani bersama isterinya yang merupakan penyanyi terkenal juga iaitu Mulan Jameela.
Ads
“Fazura juga berharap agar penganjuran buat julung kali Faztival Fazura ini dapat dijadikan sebagai konsert tahunan, InsyaAllah” Kata Fazura
Konsert milik semua
Buat mereka yang bertanyakan tentang tiket pasti akan tidak sabar kerana harga tiket yang dijual menurut Fazura merupakan harga yang mampu milik dengan hastag #miliksemua di mana sangat sinonim dengan jenama Fazura dan boleh mula dibeli pada 19 Ogos 2022 dengan harga bermula RM147.
Ads
Antara barisan artist yang akan menjayakan konsert di Faztival Fazura 2022
“Seperti yang semua tahu, memang motto perniagaan Faz adalah #miliksemua dan semua insyaAllah dapat memiliki dan Faz tak nak lah jual harga mahal-mahal sebab mesti ramai yang teringin nak pergi”
“Faz tak nak jual mahal kerana ramai juga yang dalam kesusahan dan masih susah tetapi Faz ingin mereka release stress dengan berhibur sebentar bersama artis-artis ternama ini dan mereka dapat beli dan dapat hadir.”
Oleh kerana tular isu nama Fazura di petik di “Live” salah seorang selebriti dan jawapan yang diberikan sangat tenang oleh Fazura. Lebih-lebih lagi apabila dia mengatakan dia tidak mengambil tahu hal sedemikian. Namun, Fazura berkata dia lebih seronok dan teruja tentang konsert Fastival Fazura yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bila mendengar sahaja status ‘Jutawan’ pasti hijabi terbayangkan figura lelaki atau wanita yang berpakaian serba mewah dan memperagakan jenama mewah dari kepala hingga ke kaki. Malah, apa sahaja barangan yang digayakan oleh Jutawan pasti menjadi sorotan dan meraih perhatian.
Namun, lain pula kisah yang didedahkan oleh hijabi jutawan seorang ini, iaitu cik Epal yang juga pengasas kepada produk kecantikan wanita ‘Makaji’ dan ‘Fair Fit’.
Dek kerana status Jutawan yang dimilikinya, ramai menyangka bahawa apa saja yang diperagakan oleh Cik Epal ini pastinya berjenama dan mahal harganya.
Tetapi, perkongsian yang dilakukan Cik Epal menerusi hantaran Instagram miliknya baru-baru ini yang mendedahkan bahawa dia hanya memakai tudung bawal RM6 yang dibeli di Shoppee sahaja ketika berkunjung ke Milan, Itali telah mengejutkan wargamaya!
Meski kehidupan dilimpahi dengan kekayaan dan murah wang ringgit, namun hijabi jutawan ini bersikap ‘selamba’ dan tidak kisah menyarung dan menggayakan tudung marhaen ketika berkunjunh ke luar negara.
Malah, apa sahaja yanh diperagakan oleh Cik Epal secara automatik akan terlihat mewah dan mahal jika anda pandai mengayakanya bersesuaian dengan tempat dan acara. Paling penting, bila dah cantik perlulah ada rasa yakin terhadap penampilan diri sendiri!
Sekadar info, kunjungan Cik Epal dan keluarga ke Milan bukan sekadar untuk bercuti tapi juga sebagai tanda sokongan kepada suami tercinta yang menyertai pertandingan membuat pizza di sana.
Menariknya! Daripada 50 pasukan yang bertanding, suami Cik Epal iaitu Jofliam berjaya menduduki tempat keempat! Sebelum ini pizza buatan Jofliam atau lebih dikenali Pizza Wagyu menjadi bualan ramai kerana keenakannya.
Hijabista menzahirkan ucapan tahniah diatas kejayaan suami kepada Cik Epal yang telah berjaya membawa dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa!
Perhiasan kemas merupakan satu perkara yang disukai wanita. Siapa yang tidak suka jika boleh menyarungkan perhiasan kemas tambah-tambah lagi jika ia dihasilkan dari emas atau berlian. Namun harganya yang mahal membuatkan tidak semua orang mampu membeli.
Oleh itu terdapat banyak cara yang dilakukan oleh segelintir pihak, sebagai contoh membeli emas secara ansuran. Perhiasan kemas boleh diambil dan dipakai dahulu dan bayarannya dilakukan secara bulanan.
Namun menurut pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jual beli emas secara ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Dalam huraian yang lebih terperinci penerangan dilakukan supaya kita lebih memahami isu ini. Jom kita fahami apa sebabnya pembelian emas secara ansuran haram dalam Islam.
Asalnya, hukum berjual beli suatu barang adalah diharuskan sama ada hendak membeli secara tunai mahupun hutang.
Namun begitu, apabila suatu urusniaga tersebut melibatkan item ribawi (barang-barang yang terpalit hukum-hakam riba), maka setiap pihak yang terlibat perlu memberikan perhatian khusus agar tidak terjerumus dalam kancah riba.
Item-item ribawi ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.
Hadis Muslim (1587)
Berdasarkan hadis di atas, jual beli item ribawi seperti emas perhiasan mestilah dilakukan secara lani (serta-merta) bukan bertangguh.
Huraiannya, jual beli hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; sama ada penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun secara hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari atau dua hari selepas itu.
(Rujuk: Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, m/s 81)
Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori Riba al-Nasiah; iaitu riba yang berlaku disebabkan tempoh bayaran bertangguh. Bahkan, lebih dahsyat pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj tambahan.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/110-111)
Oleh itu, jual beli emas secara ansuran seperti isu di atas adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Sebagai alternatif, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.
Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada pihak yang sama yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama.
Ini bersandarkan kepada hadis Baginda,
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”.
Musnad Ahmad (10/120)
Sebahagian ulama antaranya Ibn al-Qayyim Rhm. mengulas hadis di atas bahawa ia menjadi tunjang utama dalam mualamat yang melarang umat Islam daripada berbuat helah untuk melakukan riba dalam jual beli. Hal ini walaupun tidak disebutkan secara jelas namun dapat difahami berdasarkan senario yang berlaku bahawa terdapar dua hasrat yang ingin dicapai oleh kedua-dua penjual dan pembeli, iaitu:
1) Penjual emas meminjamkan duit mereka bertujuan agar emasnya dapat terjual. Sedangkan jika pelanggan tersebut tidak mahu membeli emas tersebut, nescaya penjual tidak meminjamkan duitnya.
2) Pembeli pula sekiranya tidak diberi pinjaman wang kepadanya oleh penjual, nescaya dia tidak akan membeli emas tersebut.
(Lihat: Tahzib Sunan Abi Daud, 2/190)
Akhir kata, kami menasihatkan agar para pembeli tidak menambahkan hutang melainkan untuk perkara-perkara yang mendesak sahaja. Adapun sekiranya mempunyai lebihan wang selepas ditolak perbelanjaan utama, maka diharuskan untuk membeli aset dan harta lain seperti emas dengan syarat pembayaran mestilah dilakukan secara tunai.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memiliki kulit sensitif menjadi sebuah tangungjawab tersendiri dalam memilih produk skincare yang tepat bagi kulit. Sekiranya pilih skincare dengan kandungan yang tidak tepat, kulit boleh perih bahkan kemeraha kerana iritasi.
Apalagi di usia remaja ataupun matang, kulit umumnya juga lebih sensitif pada jerawat. Untuk itu anda perlu memilih skincare yang sesuai untuk anda berkulit sensitif.
Di sini kami himpunkan 39 produk terbaik dari drug store untuk anda yang berkulit sensitif untuk kegunaan semua:
Pencuci muka Neutrogena bertindak membersih lebih jauh mendalam & dalam masa yang sama memperbaiki keadaan dan rupa kulit. Mengandungi asid hidroksi yang menyerap jauh ke liang kulit muka, menghilangkan kotoran, minyak dan bekas solekan.
Neem adalah tumbuhan herbal yang daunnya kerap digunakan untuk berbagai perawatan kecantikan maupun kesihatan. Daun neem memiliki khasiat anti bakteria dan anti fungal yang bermanfaat untuk menyerap minyak berlebih serta mengatasi berbagai masalah kulit seperti jerawat, luka, pigmentasi, ruam, alergi, serta komedo. Kombinasi neem dan kunyit, yang akan membantu mengurangkan minyak, melawan bakteria penyebab jerawat, serta mengatasi jerawat tanpa membuat kulit terasa kering.
Seluruh rangkaian produk dari Sebamed diformulasikan dengan menjaga kadar pH 5.5, sehingga tidak akan menggangu stabilitas lapisan pelindung kulit. Termasuk juga rangkaian produk Sebamed Clear Face yang khas untuk pemilik kulit berjerawat. Sebamed Clear Face Antibacterial Cleansing Foam. Dengan bahan-bahan antibakterial, sabun ini dapat membantu Anda untuk mengatasi jerawat dan jeragat.
Pembersih wajah ini mengandung bahan anti bakteria dan juga ekstrak blueberry alami yang akan membantu melawan 12 masalah kulit yang kerap dialami oleh pemilik kulit berjerawat dan berminyak. Mulai dari jerawat, bekas jerawat, minyak berlebih, warna kulit tidak sekata, kulit kusam, kulit gelap, efek pancaran sinar UV, bintik hitam, kulit tidak halus, pori besar, pori tersumbat, dan jeragat.
Teknologi Thymo-T-Immunity-R, dapat membantu mengatasi masalah jerawat hanya dalam 3 hari. Pembersih wajah ini juga akan menutrisi sekaligus memperkuat perlindungan kulit dari bakteria dan membantu mencegah jerawat kembali muncul. Sabun ini juga mengandung salicylic acid, salah satu BHA yang efektif membersihkan kulit hingga ke pori-pori dan niacinamide yang dapat mencerahkan kulit untuk membantu menyamarkan bekas jerawat dan noda hitam.
Toner ini mampu menegangkan dan mengecilkan liang pori muka. Ia dirumus khas dengan menggunakan Happy Dermalogy TM, teknologi Nano, Omega White C, Allantoin, Orange Extract, Lemon Extract dan Bilberry Extract. Ia mengimbangi dan berfungsi sebagai astringen untuk meminimumkan liang dan menyerap minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit.
Toner anti-jerawat ini mengandungi AHA, BHA dan PHA yang berfungsi sebagai pengelupasan berkesan untuk meninggalkan kulit bersih, licin dan lebih berseri daripada sebelumnya. Ia membantu untuk membaiki kulit yang rosak untuk menghasilkan kulit yang lebih sihat. Sesuai untuk kulit sensitif, kulit kering dan kulit berminyak.
Formula seimbang pH Nutox Astringent Toner dengan serta-merta mampu melegakan dan menyegarkan kulit sambil memberikan kelembapan selama 24 jam untuk memperbaiki dan mengetatkan pori-pori.Tekstur kulit akan lebih lembut dan licin menjadikan kesan solekan anda lebih mudah diterapkan serta bertahan lebih lama. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Membersihkan kulit dan menyediakan pembersihan intensif terutamanya di kawasan T-Zone. Formula antibakteria aktifnya mengandungi 2% asid laktik untuk menyekat dan menghalang pertumbuhan bakteria penyebab jerawat serta masalah kulit lain. ia juga membantu mengecilkan dan mengetatkan liang pori muka tanpa meninggalkan kesan pengeringan pada kulit.
Simple Soothing Toner mempunyai gabungan bahan istimewa seperti Pro-Vitamin B5, Chamomile, Witch Hazel dan Allantoin yang berkesan untuk mengekalkan kulit yang tegang dan segar. Ia membantu menanggalkan sebarang sisa kotoran selepas mencuci muka dan mengembalikan keseimbangan pH kulit anda.
Warna merah jambu sememangnya sinonim dengan wanita yang sukakan kelembutan.Bagi wanita yang mempunyai kulit normal, Pure Beauty Pink Pore Toner ini membantu membersih dan menyegarkan kulit dengan sempurna.
Krim pelembap ini diformulasi dari ekstrak lidah buaya yang membantu melindungi kulit dengan memberi nutrisi yang mencukupi untuk kulit. Sifat antibakteria yang terdapat di dalam krim ini juga turut membantu untuk mengatasi masalah kulit agar lebih sihat, lembut dan berseri. Kulit akan kelihatan lebih segar dan sempurna dengan beberapa kali penggunaan.
Syahirah menggunakan bahan-bahan semulajadi diimport dari Kepulauan Jeju. Dengan kandungan Tri-Flower Essence iaitu ekstrak Ginseng, Chamomile dan Green Tea, krim ini dapat memberi lembapan dengan hanya sekali sapuan sahaja. Ianya dapat mengurangkan penampilan penuaan seperti kedutan dan garis halus pada kulit wajah. Kulit anda akan kekal anjal dan tampil awet muda selepas memakainya. Krim ini mengurangkan iritasi serta memberi kebaikan antioksida seperti pencerahan kulit.
Moisturizer daripada Clinelle ini mengandungi asid Hyaluronik yang dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dan memberi lembapan selama 72 jam. Diperbuat daripada Pure Swiss Thermal Spring Water, krim bertekstur ringan dan tidak melekit ini akan mengembalikan hidrasi dalam kulit anda agar kekal segar sepanjang hari.
Dilengkapi juga dengan Bio-Calm Complex yang dapat menenangkan ketegangan serta mempertingkatkan sistem pertahanan kulit. Krim pelembap ini tidak akan menyebabkan kulit anda menjadi iritasi, pedih atau merengsa.
Nature Republic Soothing and Moisture mengandungi 92% lidah buaya semulajadi, sesuai untuk melembapkan bahagian tubuh seperti muka, lengan, kaki dan rambut. Formula yang ringan dan bebas daripada paraben, minyak mineral dan warna tiruan, produk ini dapat membantu untuk memberi kelegaan pada kulit beriritasi dan gatal. Kaya dengan khasiat lidah buaya yang dapat merawat kulit yang bermasalah tidak kira alahan, sensitif dan juga kulit berjerawat.
Produk jenama Korea ini sangat ringan untuk wajah, diformulasi tidak melekit, memberi hidrasi serta melembutkan kulit selepas beberapa kali anda menggunakannya. Dengan mengandungi 70% ekstrak Birch Sap, ianya dapat mengurangkan kemerahan dan iritasi pada kulit sensitif. Paling penting, pelembap ini dapat mengurangkan penghasilan sebum dan membaikpulih bintik hitam yang timbul pada kulit wajah.
Sunscreen murah ini beri efek wajah kemasan matte serta mengembalikan tona kulit sekata. Formulanya jenis cecair dan ringan, menyerap dengan pantas ke dalam kulit. Anda perlu membersih dengan pembersih solekan kerana sifatnya yang kalis air dan juga tahan terhadap peluh. Sunscreen ini tidak akan meninggalkan sisa putih pada wajah dan amat sesuai digunakan tanpa solekan. Sesuai dijadikan sebagai asas solekan kerana sifatnya yang matte akan membuatkan solekan anda tidak tampak bercapuk dan ‘cakey’.
Teksturnya yang bersifat gel ringan dan nipis mudah menyerap dan tidak meninggalkan lekitan juga mempunyai efek penyejuk. Diperkaya dengan asid Hyaluronik dan ekstrak buah Raspberi, gel pelindung matahari ini akan membantu melembap dan menghidrat wajah. Amat sesuai juga untuk kulit sensitif kerana teksturnya bebas minyak dan bebas pewangi. Tidak membuatkan kulit wajah teriritasi atau merengsa.
Sesetengah produk sunscreen memberikan warna kulit kelabu tetapi tidak pelindung matahari yang popular daripada Korea ini. Amat sesuai digunakan jika anda tidak mahu mengenakan solekan, dan ingin menggayakan wajah bare face. Formula sunscreen ini amat ringan dan melembap yang akan membantu melembutkan kulit anda. Kemasan yang matte dan juga bebas minyak akan membendung minyak dari kulit anda daripada berlebihan. Sunscreen ini juga tidak kalis air,terbaik digunakan untuk Muslim yang ingin berwuduk selepas memakainya.
Mengandungi kadar SPF rendah kerana SPF tinggi akan menyebabkan kulit kegatalan. Melindung wajah dengan pelembap yang mengandungi Ceramide dan ekstrak Eucalyptus untuk melindungi kulit daripada kekeringan. Dengan Zinc Oxide sebagai penapis UV, ianya boleh digunakan ketika bersantai di pantai. Formulanya yang bebas warna, pewangi dan alkohol menjadikan ianya sunscreen terbaik untuk kulit sensitif.
Pelindung matahari yang berinovatif baru ini dirumus dengan 5 sistem pertahanan UV untuk spektrum lebih luas dan perlindungan terhadap UVA dan UVB. Selain melindungi kulit daripada matahari, krim ini juga bebas minyak dan anti-penuaan yang membantu menjaga keanjalan kulit serta menggalakkan pertumbuhan kolagen supaya wajah sentiasa bermaya dan anjal. Sifatnya anti-glycation pula membantu mengurangkan penampilan garisan halus, kedutan dan mengekalkan keanjalan kulit. Bukan itu sahaja, produk ini juga membekalkan Resveratol, Vitamin C dan asid Hyaluronik untuk kebaikan pencerahan dan hidrasi.
T3 Mycin Gel juga popular dan sering digunakan untuk merawat jerawat. Ia mengandungi Clindamycin Phosphate, sejenis anitbiotik lincosamide yang berfungsi dengan mengurangkan jerawat dan / atau menghentikan pertumbuhan bakteria kulit yang mnyebabkan jerawat.
Gel ini mudah meresap pada kulit dan tekstur juga sangat ringan. Ponds acne gel ni dapat mematikan jerawat secara perlahan-lahan. Produk ini tidak menyebabkan kulit wajah berminyak. Walaupun ponds gel ni tak dapat mematikan jerawat dalam masa sehari/dua hari tetapi ia mampu menghalang dan meredakan pertumbuhan jerawat.
Krim jerawat ‘legend’ ni memang popular sejak dari dahulu lagi! Ada 3 pilihan berbeza mengikut tahap keseriusan jerawat anda. Oxy 5 untuk jerawat biasa, Oxy 10 untuk jerawat degil dan Oxy Cover untuk krim jerawat yang hampir sama dengan warna kulit. Krim Oxy ni mengandungi BENZOYL PEROXIDE yang bertindak untuk merawat dan menghapuskan kuman penyebab jerawat.
Gel lutsinar krim jerawat ini mengandungi asid Salicylic untuk memulihkan kulit dari masalah jerawat dan membantu mencegah kadar pertumbuhan jerawat, mengecutkan saiz jerawat dan memperbaiki masalah kulit dengan cepat tanpa membuatkan kulit wajah terasa pedih.
MPS mengekalkan kelembapan kulit dengan tambahan Vitamin C, ia membantu mencegah jerawat serta kesannya. Diperkaya dengan ekstrak semula jadi untuk mengurangkan keradangan, kemerahan dan kesakitan pada kesan jerawat.
Mengandungi minyak Tea Tree (Melaleuca alternifolia) untuk membantu melindungi kulit dari jerawat secara semula jadi tanpa mengelupaskannya seperti krim jerawat lain. Krim bebas minyak ini amat sesuai untuk jenis kulit yang berminyak dan sensitif. Dirumus khas untuk menyembuhkan kulit jerawat serta menghilangkan minyak berlebihan, mengawal kesan sinar (matte effect) dan menapis liang pori dari tersumbat. Tekstur krim ini mampu untuk menembusi jauh ke dalam lapisan kulit agar kelihatan lebih jelas dengan kemasan matte.
Dibuat dari 100% bahan alami, lembaran masker milik brand Amerika ini hadir dalam 4 varian. Bagi pemilik kulit sensitif, boleh cuba St. Ives Soothing Sheet Mask Oatmeal. Seperti namanya, bahan utama dari sheet mask untuk kulit sensitif ini terbuat dari oatmeal yang ditugaskan untuk menenangkan dan melembabkan wajah.
Sheet mask Wardah mempunyai 5, untuk memanjakan kulit sensitif, produk yang terbuat dari ekstrak green tea. Wardah Nature Daily Sheet Mask Green Tea menyejukkan dan mengurangkan kemerahan di wajah. Bahan-bahan alami yang dalam kandungan juga digabungkan dengan micro-particle-essence, supaya manfaatnya meresap terus dan membuat kulit sentiasa lembap.
Jenama kecantikan Korea ini telah beberapa kali mengeluarkan koleksi sheet mask, termasuk seri Dr. Logy. Hadir dalam 5 varian, satu diantaranya dirumus khusus untuk kulit sensitif. Tony Moly Dr. Logy Sensitive Mask Sheet mengabungkan chamomile, ekstrak lavender, dan herb complex yang kuat untuk menghidrasi kulit secara maksima serta menenangkan wajah yang sangat sensitif dan rawan terhadap risiko iritasi.
Sheet mask untuk kulit sensitif dan berjerawat. Kerana formulanya boleh menghidrasi dan menenangkan iritasi yang diakibatkan oleh pelbagai punca. Kandungan utama sheet mask ini terdiri dari centella asiatica yang dikenal baik dalam menenangkan dan menyembuhkan jerawat. Sodium hyaluronate yang mampu membekalkan kelembaban kulit.
Salah satu punca terjadinya kulit sensitif adalah disebabkan kekeringan melampau atau alergi terhadap sesuatu produk. Dove menyediakan lembapan berpanjangan untuk yang memiliki kulit kering atau dehidrasi. Ianya sabun yang mengandungi kandungan nutrisi tinggi demi penjagaan kulit agar ianya kelihatan lebih bersih dan lembut. Diuji secara klinikal, sabun mandi ini terbukti sesuai untuk kulit sensitif walaupun bersifat hypoalergik. Gunakan secara konsisten untuk hasil sempurna!
Sabun mandi yang berformulasi bebas bau ini secara perlahan-lahan membersih, mencuci dan mengekalkan lembapan pada masalah kulit sensitif cenderung kering. Formula unik ini mengandungi otameal atau bijirin oat, terbukti berkesan dalam melawan masalah keradangan atau alergi. Skin Relief Body Wash dari jenama Aveeno ini juga membantu menghasilkan kulit yang nampak lebih lembut, segar dan sihat selepas hanya satu cucian.
Diperkaya dengan Witch Hazel serta ekstrak Aloe Vera, sabun Thayers Peppermint Body Bar ini mengandungi 100% bahan semulajadi yang akan membantu dalam meredakan keradangan kulit. Kandungan Peppermint yang terdapat dalam sabun ini pula akan memberi kesan kelegaan dan sensasi dingin sepenuhnya untuk kulit anda. Vitamin C dan E yang terdapat di dalam sabun ini pula mengekalkan keanjalan kulit agar sentiasa terhidrat sepanjang hari walaupun berada di bawah sinaran terik matahari. Berfungsi sebagai anti-radang, ianya bertindak menyerap oksigen untuk membuatkan kulit anda bernafas dengan sempurna.
Body Wash ini adalah produk 2-dalam-1 bersifat bebas alkali, diperkaya dengan nutrien penting bagi membersih dan melembap kulit wajah serta badan anda. Ia juga bersifat hypoallergenik, bertekstur lembut serta ringan. Selain daripada sifatnya yang sangat tinggi khasiat, produk ini juga disyorkan oleh pakar dermatologi yang dapat membersih kotoran dalam liang pori pada wajah dan badan tanpa menyebabkan kekeringan atau kerengsaan seperti sabun biasa di pasaran.
Anda sudah mencuba berpuluh produk malah masih menghadapi masalah kulit sensitif? Ini mungkin sabun yang digunakan mempunyai kadar pH yang tinggi dan beralkali. Kadar pH yang tinggi dalam sabun boleh menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif. Penyelesaiannya, gunakan sabun rendah pH seperti Eucerin pH5 Shower Oil ini. Produk ini mengandungi minyak semulajadi yang sesuai dengan kulit sensitif juga tidak memberi kesan melekit. Selamat tinggal kulit sensitif!
Ceramides atau, lemak yang berasal dari kolesterol membantu mengelak halangan kulit untuk mengekalkan kelembapan, sementara asid hyaluronik diketahui membawa 1000 kali beratnya dalam air, jadi kulit anda tetap terhidrasi tambahan. Losyen CeraVe ini yang mengandungi kedua-duanya. Ia bebas wangian sangat sesuai untuk jenis kulit sensitif, dan ia tidak terasa melekit atau berat pada kulit.
Diuji secara klinikal telah terbukti, losyen ini mampu untuk melembap secara mendalam bagi melegakan kulit dan keberkesanannya dapat dilihat dalam tempoh 3 minggu. Formula yang tidak berminyak ini menggabungkan ekstrak Aloe tulen dan titisan mikro Vaseline® Jelly untuk menjadikan kulit anda terasa lembap, sihat, segar dan licin. Menggabungkan penyembuhan titisan mikro Vaseline® Jelly dan lidah buaya, ianya mampu untuk menenangkan dan melegakan ketidakselesaan kulit bermaslaah. Losyen lidah buaya ini sesuai untuk melegakan kulit yang terbakar akibat pancaran matahari.
Diperkaya dengan bahan organik semulajadi seperti Virgin Olive Oil yang dapat menyerap ke dalam kulit lebih cepat bagi mengekalkan lembapan pada lapisan luaran kulit anda tanpa mengeringkannya. Dengan mengandungi Vitamin E, kulit anda akan membuatkan kulit terasa anjal. Tekstur berkrimnya pula mengandungi agen anti-penuaan yang dapat menghapuskan garis halus agar anda tampak awet muda. Berkesan untuk digunakan sebagai pelembap, anda tidak perlu risau kulit merengsa atau iritasi kerana kandungannya.
Menyembuhkan bekas luka, Bio-Oil Skincare Gel adalah produk yang boleh digunakan untuk wajah dan tubuh. Produk ini terkenal mampu memudarkan bekas luka dan mencegah stretch marks. Namun, sebenarnya gel ini boleh juga digunakan setiap hari di seluruh tubuh. Bio-Oil Skincare Gel sangat mudah menyerap pada kulit yang lembap usai mandi. Aromanya yang menenangkan berasal dari minyak calendula, lavender, rosemary, dan chamomile.
Naturals By Watsons Argan Bath & Body diformulasi dengan minyak Argan Morocco dan Vitamin E untuk menyuburkan dan menghidupkan semula kulit. Dikenali sebagai “cecair emas”, minyak ini meningkatkan keanjalan untuk kulit yang kelihatan muda dan berseri. Losyen untuk seluruh badan ini memberi lembapan harian dan meninggalkan kulit yang halus.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.