Perawatan kecantikan wajah sudah jadi agenda wajib bagi wanita. Kini, banyak produk tersedia di pasaran untuk membantu wanita merawat kulit.

Mungkin ramai yang sering melihat face roller namun belum pernah mencubanya. Sebenarnya, Face roller adalah gajet kecantikan untuk perawatan kulit wajah.

Alat ini sangat sesuai untuk anda ynag inginkan manfaat rutin mengurut wajah tapi seringkali malas melakukannya.

Bentuk dan ukurannya unik. Hanya segeggaman tangan, dan dilengkapi batu yang panjang tirus dan boleh berputar.

Manfaat roller wajah boleh 'dirasai' 100 peratus ketika digunakan setelah wajah dioles pelembab. Jika tidak ada pelembab, anda boleh menyemburkan air, penyegar (toner) bebas alkohol atau serum wajah.

CARA MENGGUNAKAN FACE ROLLER:

LEHER
Mulailah dari leher untuk membuka saluran sirkulasi. Tempatkan roller di bahagian belakang di bahagian atas leher anda, dan gulung ke bawah di sepanjang sisi. Kemudian, pindah ke depan dan putar dari rahang ke tulang selangka.

IKLAN

PIPI
Tempatkan roller di tengah wajah Anda. Dorong ke arah luar ke arah samping.

DAHI
Gulung dari garis rambut ke alis anda. Kemudian, ambil roller di antara kedua alis anda. Tarik secara horizontal ke pelipis anda dan ulangi pada alis sebelah lagi.

MATA
Gulung perlahan secara horizontal dari sudut luar mata anda ke sudut dalam. Ulangi pada mata sebelah lagi.

Berikut ini enam manfaat yang dapat kita peroleh dari penggunaan face roller.

IKLAN

MENGENCANGKAN PORI-PORI
Antara manfaat pada kulit wajah hasil penggunaan face roller, salah satunya adalah mengencangkan pori-pori kulit wajah. Agar dapat memperoleh manfaat tersebut secara maksimum, simpan face roller di peti sejuk selama beberapa minit sebelum menggunakannya,

MENGURANGKAN TANDA-TANDA PENUAAN
Tahukah anda bahawa otot-otot wajah kita dapat menyimpan berbagai tekanan yang menyebabkan kedutan dan garis-garis halus? Untuk mengurangkan tanda-tanda seperti garis halus di sekitar dahi atau mata, urut wajah dengan face roller agar kulit wajah kencang.

MEMBANTU PRODUK SKINCARE BEKERJA DENGAN LEBIH MAKSIMUM
Gunakan face roller setelah anda memakai produk skincare, terutama pada malam hari. Cara ini dapat membantu bahan-bahan skincare yang dipakai dapat meresap secara maksimum ke dalam kulit dan dapat bekerja lebih efektif.

IKLAN

MENCERAHKAN DAN MENGURANGKAN ALAHAN PADA KULIT WAJAH
Penggunaan face roller dapat membantu menstimulasi sistem limfatik serta mengurangkan alahan dan pembengkakan pada kulit. Selain itu, ia juga berguna untuk mencerahkan warna kulit kita.

MENGURANGKAN DOUBLE CHIN
Selain dapat meminimumkan bintik yang ada di sekitar dagu dan garis rahang, face roller juga dapat mengurangkan penampilan double chin. Caranya mudah. Kita hanya perlu menggunakan face roller di sepanjang garis rahang agar kulit wajah bahagian tersebut terlihat lebih kencang.

MENYEGARKAN BAHAGIAN MATA
Kurang tidur boleh membuatkan mata kita terlihat letih dan lesu? Jangan bimbang. Anda boleh menggunakan face roller di bawah mata agar mata kelihatan segar dan tidak terlihat letih dan lesu.

Face Roller merupakan cara alternatif bagi anda yang menginginkan wajah tirus dan kulit yang terlihat lebih cantik.

Selain manfaatnya untuk kecantikan seperti mengencangkan serta menstimulasi kulit, manfaat kesIhatan seperti memperlancarkan peredaran darah, dan sebagainya. Meski begitu, manfaat optimum hanya boleh anda nikmati dengan pemakaian yang teratur dan konsisten.

Sesungguhnya menjaga kesihatan kulit bukanlah sesuatu perkara yang sulit. Anda boleh melakukannya secara rutin disaat waktu luang. Lakukan perawatan dengan cara yang betul. Dengan cara itu kulit akan tampak segar dan sihat.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI