
Selain jerawat dan jeragat, masalah yang membelengu kaum hawa adalah kehadiran eyebag. Kebiasannya eyebag terjadi apabila seseorang itu berjaga hingga lewat malam dan tidak cukup tidur. Jika tidak diatasi, eyebag ini akan menyebabkan mata jadi sembap dan tidak bermaya.
Perkongsian dalam laman sosial facebook, By Myrra Saidi memberitahu cara paling mudah untuk menghilngkan eyebag ini. Caranya adalah dengan menggunakan kisaran timun dan kemudiannya ditepek di bahagian mata.
Tetapi syaratnya perlu dilakukan setiap hari hinggalah kesan eyebag itu berkurangan.
TIP HILANGKAN MASALAH EYEBAG DI BAWAH MATA
Ada tak kat sini yang ada masalah eyebag yang teruk. Masalah eyebag berpunca daripada tidur yang tidak cukup .
Jadi nak atasinya hanya dengan menggunakan timun yang telah dikisar. Alaa mudah jer caranya.
Uolls blend jer la timun tu, n then letak timun oat bawah mata. Buat hari-hari sampai la kesan eyebag berkurang.
Kan mudah.. kalau waktu malam pulak uolls letak timun tu dulu, then baru letak kapas untuk kesan yang terbaik.
Apabila disebut timun ramai beranggapan sayuran ini hanya dihidangkan sebagai pelengkap ulam-ulaman, acar atau dijadikan penambah dalam masakan. Rasanya yang segar dan mengandungi banyak air bukan saja sesuai diolah sebagai makanan dan minuman tetapi juga memberikan manfaat daripada segi kesihatan dan kecantikan.
Selain berkesan untuk menghilangkan eyebag, timun juga boleh dijadikan face mist.
Berikut perkongsian Tengku Wdec.
Musim panas sekarang ni kan? Kulit rase perit je kan. Meh tengku ajar cara buat face mist sendiri.
Bagus untuk sejukkan kulit muka. Kecikkan liang pori, tegangkan kulit dan eyebag.
Perah lemon sikit utk muka sunburn dan jerawat.
1)Bahan: timun sebatang. Potong-potong. Rebuskan dgn air sikit. Jangan lama sangat. Sbb timun ketegori sayur. Rebus lama nanti vitamin die hilang. Agak lembut sikit blh terus angkat. Sejukkan sekejap.
2) Blend timun tadi dgn sedikit air rebusan. Agak2 je. Jangan banyak sgt.
3. Siapa ade jerawat atau sunburn. Boleh perah lemon sikit. Lemon bagus utk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
4) Masukkn dalam botol spray. Botol ni tengku beli dekat mr diy. Dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak tadi kan.
5. Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Dah pakai tak payah bilas. Biar je kering macam tu.
Sejuk dan segar je bila kena pada kulit wajah. Selamat mencuba!
Sumber kredit: Myrra Saidi dan Tengku Wdec
Tak Perlu Beli Produk Mahal Untuk Rawat Masalah Tumit Kaki Pecah, Gunakan Saja Bahan Di Dapur! Murah Betul!

Oleh disebabkan kesibukan jadual kerja yang padat menyebabkan ramai diantara kita yang mengalami masalah tumit kaki pecah ataupun mengelupas. Hal ini berlaku adalah disebabkan oleh kekuragan lembapan pada bahagian tumit kaki.

Ada juga diantara kita yang masih di usia muda tetapi sudahpun mengalami masalah tumit kaki yang teruk seperti golongan emas! Malulah begitu!
Antara faktor yang menyebabkan masalah tumit kaki pecah adalah:
- kurang minum air
- kaki sering terdedah kepada suhu sejuk seperti bilik berhawa dingin
- merendam kaki dalam air panas terlalu kerap
- penggunaan sabun yang tidak sesuai
- masalah kencing manis / diabetes
- obesiti
- amalan pemakanan tidak sihat
Jika anda mengalami masalah ini, apa kata anda cuba gunakan pilihan bahan semula jadi ini yang dapat membantu anda untuk merawat masalah ini!
1. LOSYEN / PELEMBAP

Ramai yang tahu tentang kebaikan losyen ataupun pelembap kepada kulit badan kita. Terutamanya kepada anda yang seringkali menghidapi masalah kulit kering, produk ini dapat membantu anda! penggunaan Sapukan pilihan produk losyen dan pelembap terbaik kepada kawasan tumit kaki yang pecah.
Jika ingin kesan yang lebih baik, pilih produk pelembap yang mengandungi sumber dariapda bahan organik, tidak terlalu wangi / kuat bahan kimianya. Selain losyen, boleh juga menggunakan pelembap seperti Vaseline.
2. MINYAK

Bukan itu sahaja, malah minyak juga dapat membantu utnuk merawat masalah tumit kaki pecah. Anda boleh menggunakan minyak yang sesuai seperti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak almond.
Nak tahu kenapa minyak antara alternatif terbaik untuk merawat masalah ini? Ini adalah kerana penggunaan minyak dapat membantu untuk meresap jauh ke dalam kulit dan sekaligus membantu meningkatkan kelembaban serta merawat rekahan. Tuangkan sedikit minyak ke kawasan yang masalah dan urut perlahan untuk memastikan ia berkesan!
3. LEMON & GARAM

Buah lemon merupakan bahan terbaik yang banyak memberi kebaikan kepada kesihatan tubuh badan dan juga kulit. Ia juga popular sebagai sebuah bahan home remedy. Bukan hanya dapat menjadikan kulit lebih licin dan cerah, malah ia juga berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kulit. Tambahan sumber garam pula berfungsi untuk mencegah jangkitan pada luka atau kulit kaki yang merekah.
Caranya mudah sahaja. Rendam kaki di dalam air suam yang di campur dengan perahan lemon dan garam. Boleh juga gantikan garam dengan baking soda. Wangi pun wangi! Biarkan selama 15-20 minit. Urut seketika pada bahagian yang bermasalah. Kemudian bilas sehingga bersih! Lakukan cara ini dengan kerap untuk memastikan bahagian tumit kaki licin dengan cepat!
4. TEPUNG BERAS & MADU

Bagi anda pencinta dunia kecantikan dan kesihatan, sudah pasti anda sedia maklum tentang kebaikan madu yang mengandungi banyak kebaikan dan boleh berfungsi sebagai pelembab pada tumit kaki. Tetapi untuk kali ini, campurkan madu dengan tepung beras untuk membantu menghapuskan rekahan pada tumit kaki.
Anda boleh jadikan adunan ini sebagai scrub ataupun air rendaman yang boleh anda lakukan dengan kerap.
5. ASAM KEPING / ASAM JAWA

Tidak hanya memberi rasa enak pada masakan, tetapi asam keping atau asam jawa juga dipercayai boleh merawat masalah tumit yang pecah. Caranya, masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam. Rendamkan tumit kaki pecah tersebut selama beberapa minit.
Boleh juga melumurkan kaki dengan asam jawa dan rendamkan kaki dalam air suam untuk membilasnya.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Wanita Ini Kongsi Macam Mana Nak ‘Bina’ Steps Korean Skincare Routine, Yang Penting Sabar & Konsisten

Kalau nak cantik, kenalah rajin-rajin membelai wajah. Tidak dapat dinafikan kulit yang cantik dan sihat menjadi idaman ramai wanita. Melihat kulit selebriti Korea yang halus dan mulus tentunya mengundang rasa cemburu.
Sebenarnya jika kena dengan rutin yang betul, impian untuk memiliki kulit secantik selebriti Korea boleh menjadi kenyataan. Syaratnya mestilah konsisten, disiplin dan kena dengan caranya.
Seperti perkongsian wanita ini, ZinniRah Zulaikha berkongsi step Korean skincare routine.
TIPS MACAM MANA NAK BINA 10 STEPS KOREAN SKINCARE ROUTINE?
Sebenarnya nak build our skincare routine nih bukanlah benda yg susah kalau kita tahu apa jenis kulit & masalah atau target kulit kita. So kat sini i nak share beberapa tips yg mungkin boleh jadi panduan utk sesiapa yg masih kurang jelas tentang mcm mana i bina rutin penjagaan kulit i supaya teratur & sesuai dgn situasi kulit masing2.
1. BASIC SKINCARE ROUTINE vs SKIN TYPE
Ok. Actually ada beberapa pendapat mengenai langkah2 asas rutin penjagaan kulit. But for me, basically ada 3 langkah asas utama:
i). Pencuci
ii). Pelembap
iii). Pelindung suria
Ketiga2 nih kalau nak pilih, pilih ikut jenis kulit tau. Apa jenis kulit? Berminyak, kering, normal atau kombinasi. Kalau tanya i, kulit i first dulu kering tp sekarang dh kembali normal.
i). Pencuci
Ada 2 jenis cleanser; oil based & water based cleanser. Mcm mana nak pilih?
✅ Oil based cleanser selalunya dicipta sesuai utk SEMUA jenis kulit. So, selebihnya bergantung kpd kulit masing2 sama ada boleh “terima” atau tidak bahan2 yg terdapat dlm ssuatu pencuci muka berasaskan minyak tersebut. Contoh, ada yg boleh guna mineral oil, tp ada sesetengah kulit tak boleh tolerate. Atau ada yg alergik dgn grape seed oil tapi bila korang pakai ok pulak 🤔 so, it depends on our skin toleration.
✅ Water based cleanser. Yg nih senang ckp, pencuci muka yg selalu kita pakai. Mcm mana nak pilih? I ulang lagi, pilih ikut jenis kulit. Ada banyak jenis tekstur pencuci muka yg terdapat di pasaran. Contoh; foam, milk, lotion. Semua nih kena pilih ikut kesesuaian jenis kulit, tak boleh taram je. Misalnya, kulit kering kena avoid heavy foam type cleanser sebab berpotensi mengeringkan kulit, atau kulit berminyak kena avoid lotion type cleanser sebab berpotensi akan menyumbatkan lagi pori. Tapi, bagi aku the most important element utk pemilihan pencuci muka nih ada 2 je. LOW PH & GENTLE. Tak kira jenis kulit, kalau korang nak selamat, fokus 2 benda nih je utk masa pilih cleanser korang.
ii). Pelembap
Kenapa kita mesti pilih pelembap ikut jenis kulit? Jawapan dia senang, supaya pelembap yg dipakai akan memberikan manfaat, bukan semakin merosakkan kulit! Sama mcm pencuci muka tadi, pelembap pun ada banyak tesktur kan? Ada krim, gel, emulsion, watery cream atau losyen. Mula2 dulu disebabkan kulit i kering teruk, i just boleh pakai pelembap bertekstur berat mcm krim. Pakai losyen & gel type moisturizer mmg ‘tak jalan’. Kulit tetap menggelupas & merekah. So, after kulit i dah normal (so far my skin is tak terlalu kering & tak terlalu berminyak), i boleh pakai apa2 jenis pelembap termasuk jenis gel. Tp pelembap jenis gel nih i pakai masa keluar rumah je supaya tak rasa too heavy bila tempek mcm2 benda kt muka 😂 so, kalau nak pilih pelembap, make sure pilih ikut jenis kulit tau.
iii). Pelindung suria (sunblock/sunscreen (SS))
Yg nih pun sama jgk tau. SS direka dgn pelbagai tekstur utk disesuaikan mengikut jenis kulit masing2. Basically SS ada 3 jenis, which is physical, chemical & hybrid sunscreen. Mcm mana nak pilih ikut jenis kulit? Tengok tekstur. Kalau tengok dari tekstur dorang, dari berat ke ringan mostly akan start with physical, chemical & paling ringan hybrid! Ok, kalau tanya i, i lebih prefer guna hybrid! I pernah cuba chemical sunscreen, tp still rasa heavy disebabkan faktor muka i jenis cepat berpeluh. Bila i try hybrid type, my skin tak rasa berlengas mana. So, kesimpulan dia, nak pilih SS ikut jenis kulit, yg mana kulit korg rasa boleh tolerate, tak heavy atau tak mengeringkan.
2. OPTIONAL ROUTINE vs SKIN CONCERN(s)/TARGET(s)
Dah lengkap basic skincare step, i akan fokus kpd masalah (skin concern) atau target kulit yg i nak. Let say, i ada beberapa skin concern spt kulit kusam, dehidrasi, lingkaran gelap bawah mata, jerawat (on off) & parut jerawat (PIE). Mcm mana i atur rutin2 ikut skin concerns nih? Ok, i explain. Tp sebelum tuh, kena tahu apa PUNCA & SOLUSI masalah2 nih, baru boleh atur kita punya rutin.
i) kulit kusam
Dah tahu punca & penyelesaian dia, so i decided to try beberapa jenis produk utk masalah nih. Contoh, i akan masukkan rutin ekfoliasi dgn menggunakan physical (PE) & chemical exfoliant (CE) utk tanggalkan sel kulit mati. Yg nih mcm i cakap tadi, pilih ikut masalah kulit. Mcm i, i ambik AHA yg ada glycolic acid. Atau i akan guna skrub atau peeling gel utk buang sel kulit mati & clay mask utk bersihkan lagi pori. Selain tuh, i pun add on brightening product utk cerahkan balik kulit i selain guna exfoliant. Yg nih i akan pilih produk dlm bentuk essence so that nanti nak layer2 skincare jadi mudah & tak pening dah!
ii) dehidrasi
Ok, yg nih lagi senang. Kalau sebut dehidrasi ramai yg tahu salah 1 cara nk overcome dia cari skincare yg ada hyaluronic acid. Ya, i pun buat mcm tuh. Selain hyaluronic acid, ada bahan lain yg boleh bantu utk masalah nih, contoh beta-glucan. I akan pelbagaikan jenis produk yg i guna. So utk dehidrasi, i akan cari hydrating based product dlm bentuk toner, serum & mask! Kalau part bibir, bibir merekah, i akan apply lip gloss & lip sleeping mask je. Refer gambar.
iii) lingkaran gelap bawah mata
Sebenarnya nak treat dark circles nih agaklah susah melainkan kita amalkan gaya hidup yg sihat. Tapi i sedang cuba add on serum berasaskan bahan pencerah spt vitamin c utk atasi masalah nih. So i pilih vitamin c dlm bentuk serum & amalkan sambil i balancekan kelembapan kulit i. Tp kena ingat, kalau tido tak cukup or kurang minum air kosong susah jugak nk minimizekan dark circle nih.
iv) jerawat
Antara punca lain jerawat selain masalah rutin penjagaan kulit & hormon, genetik pun main peranan. I bukan dari genetik yg tumbuh banyak jerawat (alhamdulillah). Tapi lately memang akan tumbuh several tiny bumps & kawasan yg selalu kena kat dahi & tepi mulut. Cara i nk hilangkan dia, i akan pakai anti acne spot treatment yg ada kandungan benzoyl peroxide atau sulfur. So far, i selalu guna oxy 5 je sebab jerawat i tak teruk sangat. Kadang BHA pun bantu jugak, tp i selalu guna oxy 5 je utk masalah nih.
v) parut jerawat (PIE)
Kalau dah kena jerawat tuh of course la dia akan tinggalkan bekas dia kan? Utk kes i, selalunya bekas jerawat nih akan jadi parut merah (PIE). I treat this PIE by applying soothing or calming based skincare product. Selalunya i akan pilih produk berbentuk serum atau ampoule. I pernah pakai produk berasaskan green tea, centella asiatica (pegaga) & propolis. So far memang berkesan utk hilangkan PIE.
So, kalau nak simpulkan, i dah berjaya bina beberapa step utk skincare routine i berdasarkan pecahan2 yg i dah nyatakan kat atas. Secara tak langsung, i berjaya bina lebih dari 10 steps. Yeay!
1. Cleansing oil
2. Cleansing water
3. Mask (clay mask, wash off mask, lip sleeping mask)
4. Exfoliant (AHA BHA, peeling gel, skrub)
5. Toner
6. Essence
7. Serum
8. Ampoule
9. Spot treatment (acne)
10. Pelembap
11. SPF









Pakai serentak ke semua nih? No. Ikut keselesaan kulit anda. I jarang pakai 10 steps serentak mcm org korea buat tau. I pakai alternate, bukan pakai sekali. Yg penting sabar & konsisten. So, selamat mengatur rutin anda. Road to korean glass skin!
Sumber kredit: ZinniRah Zulaikha
Elak 9 Makanan Ini Jika Mahu Pecahkan Lemak Degil Terkumpul Dalam Perut, Hijabi Patut Cuba!

Siapa yang tak inginkan perut flat macam model. Tetapi kita tahu lemak di bahagian perut memanng paling sukar untuk dihilangkan. Walaupun gigih bersenam dan mengamalkan tabiat pemakanan sihat, tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Lemak di bahagian itu tetap ada dan sukar untuk dilenyapkan begitu sahaja. Cuba lihat pola pemakanan kita dan cuba untuk hindarkan langsung supaya masalah ini tidak lagi membelengu kita.
Elak minuman ringan
Walaupun tahu salah satu punca hadirnya lemak adalah di bahagian abdomen adalah pengambilan air manis tetapi ia bagaikan diangin lalu. Tetapi jika anda benar-benar mahu untuk menghilangkan lemak di bahagian abdomen, perlu berhenti minum minuman ringan. Malah mereka minuman rendah kalori melambatkan metabolisma anda dan merangsang badan untuk mendapatkan lemak.

Jangan mengunyah gula-gula getah
Apabila kita mengunyah gula-gula getah, otak dan perut kita menerima isyarat yang menyediakan ruang untuk kita merasai pelbagai hidangan enak. Tambahan pula gula-gula getah ini juga turut mencetuskan kelebihan pengeluaran asid perut, dan, hasilnya, anda berasa lapar.

Mengamalkan diet rendah natrium
Ingat: gula dan garam harus dihadkan kepada jumlah yang kecil, terutamanya jika kita mengalami tekanan darah tinggi. Bukan sahaja tinggi natrium makanan berbahaya kepada kesihatan tetapi mereka juga mengekalkan cecair yang menghalang anda daripada kehilangan lemak perut dengan berkesan.
Katakanlah selamat tinggal kepada makanan segera
Bukan rahsia bahawa makanan segera mengandungi terlalu banyak kalori yang boleh membawa pelbagai masalah kesihatan, tetapi jika itu tidak cukup meyakinkan untuk anda melepaskan makanan ini. Kena ingat sayangi perut kalau tak mahu mendatangkan kemudharatan pada perut.
Lupakan mayonis
Jika kita seorang peminat mayonis dan salad berasaskan mayonis-, maka kita perlu tahu bahawa berpakaian ini mengandungi sekurang-kurangnya 80% lemak. Pilihan terbaik adalah untuk menggantikan mayo untuk puri sayur-sayuran atau pes tomato semula jadi.

Katakan “Tidak” kepada kentang goreng
Kentang goreng, seperti mana-mana lain-lain makanan goreng, bekerja seperti span yang menyerap lemak tepu. Percaya atau tidak, tetapi lemak tepu sebenarnya boleh menjejaskan fungsi otak supaya ia tidak boleh berfikir dengan jelas tentang berapa banyak berat badan anda mendapat pada masa ini. Akibatnya, anda boleh makan sehingga 30 kentang tanpa menyedarinya.

Tiada lagi ais krim
Yang ini adalah cukup jelas, bukan? Makanan yang kaya dengan gula tidak dapat tidak menjadi lemak di bahagian abdomen, yang merupakan lemak yang paling berbahaya dalam badan anda.
Jangan makan makanan yang membuat kita leka
Walaupun mereka yang bertubuh kurus boleh mempunyai perut yang agak kelihatan menggariskan disebabkan oleh makanan yang mencetuskan gas usus atau sakit perut. Jika ini adalah satu isu untuk anda, elakkan makanan itu dan fikir rutin senaman yang baik untuk mempercepatkan penghadaman anda.
Hidnari produk “bebas gula”
Makanan yang mengandungi pengganti gula seperti polyalcohols, sebagai contoh, hanya berkesan untuk pesakit diabetes. Produk-produk ini bebas gula masih menyumbang kepada saiz perut anda.