Jika anda mengalami sakit tulang belakang, anda sebenarnya tidak berseorangan. Hampir kesemua masyarakat pernah mengalami sakit belakang yang menggangggu aktiviti harian, kerja atau rekreasi. 

Bagaimanapun, sakit tulang belakang lazimnya akan hilang selepas beberapa hari. Kadangkala ia memakan masa hingga beberapa minggu. 

IKLAN

Sumber gambar: Health Grades

IKLAN

Ia dikenali sebagai sakit tulang belakang akut (acute). Tetapi jika dibi- arkan tanpa rawatan, ia boleh berubah menjadi lebih serius. Sakit tulang belakang dikategorogikan sebagai serius sekiranya ia berlanjutan melebihi 3 bulan. 

IKLAN

Menurut Ahli Fisioterapi Shah Alam Physiotherapy center, Shariza Anif, bagi menguruskan sakit tulang belakang, pesakit dinasihatkan untuk melakukan rawatan konservatif terlebih dahulu melalui ubat penahan sakit (painkiller) kerana dalam keadaan tertentu kadar kesakitan agak tinggi dan meng- ganggu perjalanan seharian pesakit dan seterusnya dapatkan khidmat fisioterapi. 

“Khidmat fisioterapi boleh melibat- kan penggunaan terapi elektronik, haba, stimulasi elektronik, senaman, dan mengajar pesakit tentang postur badan yang betul ketika duduk, mengangkat barang dan sebagainya,” jelas Shariza. 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI