Dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, Elfira atau lebih mesra dengan panggilan El berkongsi rasa tentang kesyukurannya menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama. Coretannya begitu tulus dan ikhlas buat suami tercinta.
Berikut perkongsian Elfira.
To my beloved husband, thank you for making ny 2019 the best year ever. From menikahi saya, menjadi imam saya, memaksa saya makan ubat sehingga sorok dalam ice cream demi anak kita.
Bawak saya pergi Umrah pertama kita, menjadi bahan jenaka saya tengok awak feeling-feeling (the other side of faris yang korang tak nampak).
Ads
Terima kasih jugak layan semua cravings saya yang paling saya suka semua midnight snacks yang awak buat, maggi, roti planta gula & blended milo omg sooo sedap.
Dan gambar selepas itu, itu selepas faris gelak gelakkan el punya morning sickness dia pulak dapat. Serious kesian waktu tu hahahahha. Terima kasih sebab kerja keras untuk keluarga kita & menjadi Ayah yang lejen untuk anak kita. Happy Anniversary again.
Ulang tahun perkahwinan menjadi momen yang amat manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri. Meraikan ulang tahun perkahwinan mampu menghangatkan kembali hubungan dalam rumah tangga.
Ads
Usia perkahwinan yang bertambah setiap tahun menjadi satu penanda aras yang menandakan anda dan pasangan berjaya melalui pelbagai ujian dan dugaan sepanjang perkahwinan.
Moga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah.
Semenjak wabak Covid-19 melanda, setiap hari pasti akan wujudnya kes terbaharu yang menimbulkan rasa takut pada kita semua. Hal ini turut sama berlaku pada pasangan selebriti popular Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang disahkan positif Covid-19, termasuklah kedua-dua anaknya sekali.
Perkhabaran sedih itu dikongsikan menerusi laman Instagram Hanis Zalikha yang memuat naik gambar kedua-dua anaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sedang menjalani ujian Covid-19 di rumah. Biarpun masih kecil, namun kedua-dua anaknya kelihatan bersedia dan kuat menjalani ujian tersebut.
Menurut Hanis Zalikha, pada awalnya cuma suaminya bersama dua orang anaknya sahaja yang perlu menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari. Tetapi, selepas itu Hanis pula disahkan positif Covid-19. Info tersebut dikongsikan menerusi video di Insta Storiesnya.
Tambahnya lagi, Yusuf dan Alisa tidak menunjukkan sebarang simptom. Biarpun suhu Alisa mengalami peningkatan, namun ia kembali surut tanpa meninggalkan apa-apa kesan. Berbeza pula dengan Hanis Zalikha yang mengalami gejala demam panas, sakit badan dan sakit kepala yang teruk.
Hanis juga sempat memuat naik video Insta Stories Hairul bersama anak-anaknya sedang duduk bersantai dan mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang sentiasa menjaga mereka sekeluarga, menguruskan hal rumah dan menjaga kebajikan sepanjang tempoh kuarantin.
Team Hijabista mendoakan agar Hanis sekeluarga diberikan kesembuhan dengan segera dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah Amin YRB..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dunia media sosial adalah suatu tempat yang ada kalanya merakamkan momen yang indah, ada saat juga menjadi medan perbahasan antara beberapa pihak. Tambahan lagi, masalah ini juga berpunca dari kekurangan common sense dalam diri seseorang.
Baru-baru ini ramai yang tahu Neelofa kecewa dengan segelintir warganet yang bersikap sambil lewa mengenai gurau senda yang melebih-lebih. Beberapa rakan artis dan juga adiknya sendiri bersetuju bahawa sikap ini sudah melampau.
Kini ramai yang sudah tahu dan gembira apabila pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa, kini telah membuat satu posting di Instagram satu klip video kompilasi gambar anaknya, Muhammad Bilal. Tidak di sangkal lagi, Bilal sememangnya comel dan manis seperti yang di ramal oleh orang ramai.
Mungkin itu berita gembira buat kita semua tetapi tidak pada pihak Neelofa dan Suaminya. Tular beberapa hari lepas gambar ‘bocor’ Bilal di laman media sosial dan ramai yang cuba untuk mendapat kepastian tentang hal itu.
Demikian juga, ada yang sanggup membuat satu suntingan gambar yang bertujuan untuk bergurau tetapi sudah melampaui batas. Neelofa juga meluahkan rasa kecewa apabila ada yang tergamak untuk bertindak berlebih-lebihan.
Foto tersebut juga menerima pelbagai komen yang negatif daripada warganet. Berikutan Neelofa tampil membuat story di Instagram mengeluarkan kenyataan supaya hentikan perbuatan tersebut.
“Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas itu sebar gambar yang edit fake itu…dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati?
“Tak tahu nak rasa apa, Allahuakbar,” ujarnya.
Lantas Neelofa juga tidak mensia-siakan peluang untuk memberikan sedikit nasihat kepada warganet mengenai kelakuan yang tidak sepatutnya di lakukan. Katanya di instastory itu, janganlah membuat sedemikian semata-mata untuk memuaskan hati sahaja.
“Jangan kita melampau dalam buat sesuatu perkara…mengubah atau edit rupa paras anak kecil semata-mata nak puaskan kehendak hati,
“Benda ini dah timbulkan macam-macam fitnah dan kata-kata yang tidak baik,” katanya lagi berkenaan isu itu.
Bukan sahaja dari Neelofa sahaja yang kecewa dengan perbuatan segelintir warganet yang membuat sedemikian, malah, rakan artis, Izara Aishah turut meluahkan rasa marah terhadapat perbuatan itu.
Pelakon dan juga usahawan, Izara, 30, tidak menafikan perbuatan individu tersebut tidaklah wajar di lakukan. Apatah lagi, individu tersebut sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada seorang bayi kecil yang tidak berdosa.
Izara juga turut menyuarakan pendapat bahawa perbuatan ini tidak beretika dan ianya tidak masuk akal kerana menganggu seorang bayi. Jadi tidak sepatutnya sebagai orang dewasa yang boleh berfikir secara rasional untuk membuat perkara tersebut.
Setiap manusia mempunyai kelebihan mereka masing-masing begitu juga dengan kisah mereka. Tidak seharusnya kita terus menghencap seseorang atas dasar tidak puas hati yang tersemat di hati.
Hati ayah mana tidak bangga apabila melihat anak kandung berjaya menggenggam ijazah yang diimpikan selama ini. Begitu juga bagi pelawak Salih Yaccob yang tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira hadir di majlis konvokesyen anak perempuannya. Kapsyen yang diberikan dalam foto dimuat turun begitu lucu dan menggambarkan perasaan dialami ketika itu.
Salih Yaacob dan isteri hadir di majlis konvokesyen anak perempuanya, Nurfareshah. Dalam kapsyen lain Salih Yaccob memberitahu dia dulu belajar sampai, tetapi sampaikan salam sahaja.
Dihujung kapsyen berkenaan diletakkan perkataan sweet yang begitu sinonim dengan Salih Yaccob yang jugaa merupakan penyampai radio di Sinar FM.
Papa dulu belajar sampai ……sampai sampaikanlah salam je…sweeeeet
Sebaik muat turut ramai netizen mula mengusik Salih Yaccob dalam komen. Ada yang memberitahu wajah anak perempuan dari 13 orang anaknya itu itu seiras Mira Filzah dan ada juga yang bercadang untuk masuk meminang anak perempuanya itu.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.