Suatu ketika dulu viral dengan kehadiran aura si Gadis Bertudung Hijau. Ramai tertanya-tanya siapa gadis bertudung hijau yang mampu menakluk dunia. Rupanya orang yang dimaksudkan hanya kecil molek sahaja tetapi cukup lincah beraksi. Elfira Loy nama yang cukup sinonim dengan panggilan Gadis Bertudung Hijau. Dan kini setelah beberapa tahun berlalu, dia sekali lagi muncul dengan panggilan yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 25 | ?? | Married lol (@elfiraloy) on

Menyedari dia antara artis yang sudah lama berhijab, Elfira memberitahu bagaimana dia merawat mahkotanya yang satu ini walaupun seharian bertudung.

Menurutnya salah satu tip yang dikongsi untuk wanita berhijab, setelah menyuci rambut dengan syampu, anda perlu pastikan rambut betul-betul kering dan tidak boleh terus pakai hijab dalam keadaan rambut basah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 25 | ?? | Married lol (@elfiraloy) on

“Walaupun kita sudah jaga rambut sebaiknya dan benda ini patut dielakkan. Ramai yang lupa kerana mahu cepat bergegas ke tempat kerja atau aktiviti lain. Dan bagi yang bekerja 12 jam sehari pula cuba cari masa untuk biarkan rambut anda bernafas. Inilah tip yang memang El amalkan sejak mula berhijab beberapa tahun lalu.

IKLAN

“Biasanya untuk seminggu tu tiga kali saja El bersyampu dan waktu inilah El akan cuci kelemumur pada kulit kepala. El juga akan pastikan guna conditioner pada rambut dan kemudian pastikan rambut kering sebelum memakai hijab,” ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran Rejoice Hijab Perfection Series di Mydin, Usj Subang.

Pelakon popular dan usahawan ini telah dipilih sebagai duta bagi Rejoice Hijab Perfection Series. Walaupun sedang hamil anak pertamanya dalam fasa trimester pertama, tidak ada masalah untuk memikul tanggung jawab diberi.

Biarpun mengakui sepanjang kehamilan ini dia alah dengan bau wangian, tetapi bagi syampu ini Elfira selesa memilih Rejoice Hijab Perfect Cool kerana sukakan bauan segar.

IKLAN

Dalam posting terbarunya di laman Instagram, Elfira turut mengakui setelah menggunakan syampu ini walau seharian, rambutnya tetap masih bersih, sejuk dan segar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 25 | ?? | Married lol (@elfiraloy) on

El betul- betul jatuh cinta dgnnya. Bila El basuh rambut pada waktu pagi, El benar- benar terkejut dengan kebersihan dan sensasi kedinginan ditambah dengan bau bunga Kasturi yang sangat menyegarkan.

Jadi El tak kisah kalau seharian kat luar dgn persekitaran yang lembap dan terdedah kepada cahaya matahari dan debu pada waktu yang lama .Rambut dalam tudung El masih bersih, sejuk dan segar. El sangat gembira dengan produk ini dan nak syorkan pd semua rakan Hijabistas El di luar sana 

IKLAN

Dalam majlis berkenaan, jenama syampu terkemuka itu memperkenalkan dua varian syampu dan perapi iaitu Rejoice Hijab Perfect Cool untuk para hijabista berasa dingin dengan lebih ketara dan kesan kesegaran yang optimum.

Sementara Rejoice Perfect Perfume pula untuk memastikan wangian yang berpanjangan. Bagi melengkapkan rambut yang sempurna, anda digalakkan menggunakan perapi Rejoice Hijab Perfection Series untuk rambut lebih licin dan rapi.

Syampu dan perapi Rejoice Hijab Perfection Series boleh didapati dalam tiga saiz berbeza iaitu 170 mililiter (ml), 340ml dan 600ml. Ia boleh didapati di semua rangkaian Mydin dan kedai runcit utama di seluruh Malaysia.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI