Lipstick merupakan item yang wajib dimiliki oleh setiap wanita. Setiap kali keluar rumah, sekurang-kurangnya seorang wanita akan mengoleskan pelembap bibir agar tampak lebih berseri dan bermaya.

Tetapi awas ya, memakai gincu bibir dengan warna yang salah akan buat wajah anda tampak kusam dan tidak berseri. Anda tentu sering tersilap memilih warna gincu bibir yang sesuai dengan tona kulit anda.

Jadi, jangan risau kerana Hijabista ada jalan penyelesaiannya. 3 pilihan warna gincu bibir ini pasti sesuai untuk semua jenis kulit dan ia tidak akan buat anda tampak kusam dan tidak bermaya. Warna yang wajib ada dalam beg tangan anda!

IKLAN

1. Warna Merah

Gincu bibir rona merah sentiasa menjadi pilihan dan tampak klasik tatkala dioles pada bibir. Jadi, gincu bibir rona merah memang wajib ada dalam beg tangan anda.

IKLAN

2. Warna Magenta

Warna ini juga merupakan antara warna yang menjadi sesuai dipakai oleh semua jenis tona kulit. Warna pink tua ternyata lebih sesuai berbanding warna fushia pink yang akan buat wajah anda lebih gelap dan kusam.

IKLAN

3. Warna Coklat

Warna coklat atau true brown pernah menjadi trend sekitar tahun 90-an dan warna ini dilihat semakin menjadi pilihan wanita masa kini. Tidak dapat dinafikan, warna coklat ini sesuai dipakai untuk semua jenis tona kulit. Kylie Jenner antara selebriti yang sering mengoles gincu rona coklat pada bibir mungilnya itu.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI