Pelembab adalah produk perawatan wajah yang mesti digunakan oleh setiap orang, baik wanita mahu pun lelaki. Produk pelembab wajah terbaik mempunyai banyak manfaat pada kulit seperti memberikan perlindungan yang berpanjangan pada kulit wajah.

Kesihatan dan kecantikan kulit seseorang individu itu dipengaruhi oleh luaran dan dalaman. Faktor luaran merangkumi sinar matahari (ultraviolet), debu, angin, penghawa dingin, dan sebagainya. Manakala fakror dalaman pula adalah usia, hormon dan sebagainya.

Penggunaan pelembap wajah secara rutin dapat membantu merawat kulit agar tidak kering dan kasar. Setiap jenis kulit boleh menggunakan pelembap wajah yang disesuaikan dengan keadaan kulit masing-masing. Untuk pemilik kulit kering maka disarankan menggunakan pelembap berbentuk krim.

Elak Wajah Berkedut & Tua Sebelum Usia, Ini Antara Sebab Mengapa Hijabi Mesti Pakai Pelembap Wajah
.

Bagi pemilik kulit normal pula boleh pakai pelembap wajah dalam bentuk krim atau losen. Sementara kulit berminyak disarankan untuk memilih pelembap wajah berbentuk gel atau losen yang mudah menyerap ke dalam lapisan kulit.

KENAPA WAJAH ANDA PERLU PAKAI PELEMBAP

Penggunaan pelembap muka memberikan manfaat yang besar kepada kulit muka.

Membantu kulit untuk menjaga kadar air dan membuat wajah tetap anjal. Pelembap muka juga menjaga kulit daripada bahaya dehidrasi.

1. Melembapkan wajah
Manfaat pelembap wajah tentunya untuk melembabkan kulit wajah anda. Setelah seharian berada di luar ruangan, maka kulit wajah anda mungkin akan terasa tidak segar, dan pelembap wajah diperlukan agar kulit wajah, selalu terlihat segar.

Ads

2. Mencegah kulit wajah menjadi kering

Manfaat lainnya pelembap wajah dapat mencegah kulit wajah menjadi kering. Biasanya kulit wajah yang kering akan menyebabkan tekstur kulit terasa kasar dan juga perit ketika menggaru. Ini boleh menyebabkan kulit wajah anda mungkin mengalami luka apabila jika menggaru wajah dalam keadaan kering. Dengan penggunaan pelembap wajah, kulit anda akan terasa lembap dan juga tidak kering. Kulit kering juga boleh menyebabkan kesan kedutan lebih mudah terjadi.. Elakkan tua sebelum usia.

Elak Wajah Berkedut & Tua Sebelum Usia, Ini Antara Sebab Mengapa Hijabi Mesti Pakai Pelembap Wajah
.

3. Melindungi wajah dari sinaran UV

Pelembap wajah sangat diperlukan untuk membantu anda melindungi wajah dari sinaran UV. Kebiasaannya pelembab wajah didatangkan dengan SPF bagi melindungi kulit wajah. Jika diamalkan dengan konsisten, untuk janka masa panjang, kulit akan lembap, lembut dan anjal.

Ads

4. Memberi nutrisi pada wajah anda

Manfaat pelembap wajah juga memiliki beberapa kandungan mineral dan juga vitamin yang baik untuk kesihatan kulit wajah. Biasanya pelembap didatangkan dengan vitamin dan dan vitamin E yang baik untuk wajah . Walau bagaimanapun penjagaan kesihatan wajah bukan sahaja dari segi penggunaan pelembap wajah sahaja tetapi juga pengambilan makanan seimbang dan air yang mencukupi juga penting.

Elak Wajah Berkedut & Tua Sebelum Usia, Ini Antara Sebab Mengapa Hijabi Mesti Pakai Pelembap Wajah
.

TIP PAKAI PELEMBAP

Tip 1.
Sebaiknya sapu pelembap sebaik sahaja selepas mandi.. Kerana di waktu itu liang roma terbuka. Dan lebih mudah krim pelembap diserap.

Ads

Tip 2.
Pilih pelembap yang mempunyai aroma lembut yang menarik minat anda, kulit anda rasa bagus bila memakainya dan yang penting sekali tidak meninggalkan sisa-sisa berminyak pada kulit anda.

Elak Wajah Berkedut & Tua Sebelum Usia, Ini Antara Sebab Mengapa Hijabi Mesti Pakai Pelembap Wajah
.

Tip 3.
Pelembap yang berkualiti tidak akan merengsakan (kesan sakit / pedih) kulit anda dan tidak membuatkan kulit anda rasa panas/terbakar.

Tip 4.
Elakkan memakai pelembap yang sama dengan pelembap badan. Kulit wajah dan kulit badan tidak sama. Kulit badan lebih kasar berbanding kulit wajah. Maka sebab itulah penting untuk memakai pelembap wajah yang berbeza.

Elak Wajah Berkedut & Tua Sebelum Usia, Ini Antara Sebab Mengapa Hijabi Mesti Pakai Pelembap Wajah
.

Moga dengan perkongsian ini kita jadi lebih peka dalam soal penjagaan kulit wajah. Kulit yang sihat dan cantik tidak datang dengan sendiri. Ia memerlukan usaha bagi mendapatkan kulit seperti yang didamkan.

Sumber kredit: Khalila Health Beauty

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI