Kebanyakan wanita menggunakan bedak asas dalam solekan harian namun berapa ramai yang tahu secara tepat kod ton atau jenis bedak asas yang sesuai dengan kulit wajah mereka.

Amat penting untuk mengetahui jenis bedak asas yang sesuai bagi membolehkan sapuan tepat dilakukan pada wajah selain mengelakkan penampilan kelihatan janggal, terlalu gelap atau terlalu cerah.

Ada tiga jenis bedak asas iaitu dalam bentuk cecair, krim dan bedak padat.

Bedak asas cecair adalah paling popular kerana ia bersifat lembut, paling mudah digunakan dan sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit kering.

Bedak asas krim pula sesuai untuk kulit bermasalah kerana ia tidak melekit dan mengeluarkan minyak. Walaupun bedak asas jenis ini sedikit pekat, ia mudah dipakai.

Elakkan memakai secara berlebihan kerana ia mudah diserap terus oleh kulit. Wanita dinasihatkan menyapu bedak asas secara berhati-hati bagi mengelak warna kulit menjadi tidak sekata.

Bedak padat pula sesuai untuk semua jenis kulit normal dan sedikit berminyak. Bedak asas jenis ini tidak perlu dicampur dengan bedak lain kerana ia gabungan bedak asas dan bedak.

CARA PILIH BEDAK ASAS

IKLAN

*Pilih bedak asas paling hampir dengan ton kulit supaya wajah tidak bertompok atau kelihatan lebih putih dan gelap daripada ton sebenar.

*Cuba dahulu untuk melihat kesesuaian pada kulit. Elakkan membeli menerusi dalam talian kerana warna yang ditunjukkan tidak sama dengan warna sebenar kecuali sekiranya anda mengetahui kod warna.

*Sapukan pada bahagian kulit wajah dan bukan di kulit tangan kerana warna kulit belakang tangan tidak sama dengan rona sebenar wajah anda.

*Pilih rona yang seakan-akan sama dengan kulit atau sedikit cerah. Namun bagi yang kurang arif, pilih bedak asas sedikit kekuningan kerana ia sesuai untuk semua jenis kulit.

*Bagi wanita berkulit cerah, pilih bedak asas sedikit merah jambu, wanita berkulit gelap digalakkan memilih bedak asas coklat atau tembaga manakala mereka yang berkulit perang sesuai memakai bedak asas coklat keperangan.“

IKLAN

TEKNIK SAPUAN TEPAT

Ramai wanita memilih menggunakan berus atau span, namun ada juga yang selesa menggunakan jari.

*Apa juga yang digunakan, pastikan wajah bersih daripada peluh dan minyak bagi mengelak solekan tidak tahan lama disebabkan kulit berminyak dan kelihatan tidak sekata.

*Untuk sapuan di sekitar mata, lakukan dari luar atau ekor mata ke dalam dengan cara bulatan. Sapuan membulat dari luar ekor mata sehingga pelupuk mata bertujuan memberikan kesan sekata.

IKLAN

“Sapuan yang betul perlulah dengan cara ke atas atau menarik ke arah luar kiri dan kanan dan bukan menarik ke bawah bagi mengekalkan awet muda.

TIP SAPUAN BEDAK ASAS

*Gunakan span atau hujung jari. Jika inginkan sapuan nipis tetapi menggunakan bedak asas yang tebal, basahkan span dengan pelembap atau sedikit air.

*Gunakan penyamar noda terlebih dulu terutama untuk parut, kesan jerawat atau bintik hitam, selepas itu sapu bedak asas supaya seimbang.

*Lindungi mata yang sembap dengan sapuan bedak asas di sekitar mata. Gunakan warna yang lebih cerah kemudian ratakan.

Sumber kredit: Harian Metro

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI