Perlu diketahui bahawa bukan semua bahan boleh kita aplikasi pada kulit wajah. Jika tidak sesuai, ia akan menyebabkan berlakunya masalah kulit atau ‘breakout’ yang teruk. Kulit wajah anda lebih mudah terjejas berbanding kulit bahagian lain pada badan anda.

Jadi apa sahaja yang anda letakkan ada kulit wajah, harus sesuai untuk penggunaan kulit wajah. Ini antara bahan yang tidak boleh anda letakkan pada kulit wajah.

1. Serum Rambut

Hati-hati ketika memakai serum rambut. Jangan sampai terkena kulit wajah. Bahan yang terkandung pada serum rambut hanya sesuai untuk merawat rambut yang sama sekali tidak membantu kulit wajah anda. Ia juga mengandungi wangian yang boleh merengsa kulit wajah anda.

Photo Charisse Kenion-Dah from Unsplash

2. Losen Badan

Ada di antara kita yang menggunakan losen badan dan kemudiannya menyapukan lebihan losen pada kulit wajah. Jangan sesekali berbuat demikian! Tahukah anda bahawa losen badan lebih pekat dan mengandungi wangian yang boleh merengsakan kulit wajah.

Photo by Linda Prebreza from Pexels

3. Mayonis

IKLAN

Bahan ini banyak terdapat dalam DIY untuk masker rambut kerana ianya memberi lembapan. Namun, ianya untuk RAMBUT! Ia terlalu berasid dan juga menutup liang-liang kulit wajah. Jika mayonis disapukan pada kulit wajah, ia tidak membenarkan kulit anda bernafas dan menyumbat liang pori. Jika anda mahu membuat sendiri masker untuk kulit wajah, ketahui resepi dan bahan yang betul terlebih dahulu.

Photo by Evan Reimer on Unsplash

Sekiranya anda mahu membuat sendiri produk untuk wajah, pastikan anda mengetahui keadaan kulit anda dan juga bahan yang sesuai untuk diletakkan pada wajah. Buruk padahnya jika anda meletakkan bahan-bahan yang boleh merosakkan kulit wajah anda.

BERIKUT DIKONGSIKAN LIMA LANGKAH MUDAH YANG ANDA BOLEH LAKUKAN UNTUK MERAWAT KULIT WAJAH

1. Cuci Wajah 2 Kali Sehari

Jika anda sudah amalkan rutin ini, tahniah! Anda berada di jalan yang betul untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersinar. Mencuci wajah dua kali sehari adalah rutin yang ideal dan ia seharusnya dilakukan secara konsisten. Liang pori kulit wajah lebih mudah tersumbat dengan kotoran, toksin dan banyak lagi yang boleh menyebabkan kulit anda merengsa.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Dengan cucian dua kali (pagi dan malam), ia akan memudahkan kulit anda untuk menyingkirkan sel kulit mati. Syaratnya, dapatkan pencuci wajah yang sesuai dengan kondisi kulit anda. Normal, kering, berminyak atau kombinasi, periksa dan ketahui jenis kulit anda sebelum membeli pencuci muka yang sesuai.

IKLAN

2. Sapu SPF 

Surprisingly tidak ramai di antara kita yang memakai SPF atau sunscreen secara konsisten. Tahukah anda bahawa ia sangat penting untuk kesihatan kulit wajah? Jangan sesekali anda skip langkah ini kerana sinar UV mampu merosakkan sel kulit yang mengakibatkan kemunculan tanda-tanda penuaan pra-matang. Masih belum terlambat untuk anda masukkan rutin ini ke dalam regimen kecantikan harian anda.

Photo by Anna Shvets from Pexels

3. Guna Produk Antioksidan

Biasanya antioksidan ini datang dalam bentuk serum dan ia mampu menghalang serta melambatkan proses penuaan pra-matang. Antioksidan ini juga mampu melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas, pencemaran dan juga stres. Pakai serum anda setiap hari di bawah sunscreen dan juga pelembap.

IKLAN
Photo by Chill Jane from Pexels

4. Rawat Bintik Pada kulit Wajah

Tidak kiralah bintik itu bintik hitam atau jerawat, rawat ia sebelum ia menjadi lebih teruk. Wanita yang memiliki T-zone yang berminyak selalu mendapati kawasan pipi mereka lebih kering. Gunakan krim anti jerawat yang ditambah asid salisilik pada kawasan yang berminyak manakala gunakan produk pelembap pada kawasan yang kering.

Photo by x ) on Unsplash

5. Pakai Produk Mekap Yang Betul

Tidak bermakna produk mekap yang popular itu sesuai untuk kulit anda. Kita semua memiliki kondisi kulit yang berbeza dan pastikan anda memakai produk mekap yang sesuai dengan kondisi kulit wajah anda. Anda boleh sahaja bertanya kepada pakar dermatologi atau cari di dalam internet mahupun blog kecantikan tentang bahan yang boleh dan tidak boleh anda pakai.

Photo by Element5 Digital on Unsplash

HIJABISTA: Rutin penjagaan wajah yang konsisten dan juga produk yang bersesuaian dengan kulit wajah akan membuatkan kulit anda sihat dan bersinar. Tidak perlu berbelanja banyak untuk membuat rawatan di klinik atau spa.

Sumber kredit: Photo by Anna Shvets from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI