Bagi anda yang sering memasak, pastinya tidak sahlah jika di dapur rumah anda tiada kuali yang merupakan salah satu perkakasan wajib untuk memasak. Namun, kalau tidak pandai menjaganya ia akan mudah berkarat dan rosak. Kena beli baru pula selepas itu. Hmmm…
Jika anda tidak mahu membazir, ada satu tip mudah yang boleh diamalkan bagi membuatkannya tahan lama dan masakan juga tidak mudah melekat. Rupa-rupanya kita haruslah membakarnya dahulu sebelum menggunakannya. Ikuti perkongsian oleh Wan Luqman ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
My 3rd kuali.
Baru² ni jumpa kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″…Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.
Orang putih cakap “season the wok”. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna dia.
Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok dan ghairah. Haha…macam enamel wok tu. Sila sayangi kuali anda…
Ok, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Kat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu…tu lah saiz. Kebanyakan yg ada saiz 14″ 16″…saiz 13″ susah sikit nak dapat. Tapi kuali jenis ni xde dah saiz lagi kecik rasanya kat malaysia…13 kot paling kecik. Kalau dapat saiz 10″-11″, lagi comel masak nasik goreng sorang makan.
Harga dia average rm18-23. Tengok kedai dan tempat
Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang…kite kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.
Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.
Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai
Dah siap. Hensem kan? Biarkan dalam 10min…
Lepas 10 min, kite test season. Letak minyak sikit..
Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye. Bukan guna tisu muka dalam kotak kat ruang tamu tu!
Test Run…goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke…seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing ke hangus ke…
Masa ni kander goreng kobis, halia dan bawang putih je pun. Tapi bau dia masyaallah terliur! hehe
Bile dah garing kaw², buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5min. Bagi dia cool down dulu. Korang tengoklah…kuali je baru. Sudip ikat cable tie tu jugak tak tukar² hahah
Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye
Lap² bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan sapu rata ke seluruh permukaan kuali lagi sekali. Simpan
Bile kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api…siap.
Besok² nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali…baru guna. Ini dipanggil pre season…
Ads
Buat 2-3 kali pre season, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem x melekat sampai sudah.
Ni kuali kander yang ke-2. Beli ni dulu x season pun…malas. Bila x season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih², bila dah kering dan simpan. Akan naik karat² tu…jadi setiap kali nak pakai, kena cuci dulu.
Ads
Kuali macam ni, untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh lap bagi kering kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan…haaa gitulah. Ingat muka je kena jaga? Kuali kesayangan pun mesti lah kena jaga.
Kuali pun kander jaga, apetah lagi hati dinder. Lagi lah dijaga….cewaahhh. Eh?!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tahun lalu pelakon popular ini pernah mencetus kontroversi apabila tampil berhijab dan juga memegang Al-Quran. Baru-baru ini sekali lagi bintang Mean Girls itu mencetus viral apabila tampil dengan imej bertudung di acara London Modest Fashion Week (LMFW). Bukan sahaja bertudung, Lindsay Lohan juga berpakaian kemas dan menutup aurat. Kehadirannnya itu mencuri perhatian ramai sepanjang acara berlangsung. Salah satu yang sempat merakamkan kenangan bersama adalah pemilik jenama pakaian Aere , Raja Nadia Sabrina.
Menurut Raja Nadia, sepanjang di LMFW itu dia cukup teruja dapat bertemu dengan ramai individu hebat dan secara tidak langsung boleh menjalin kerjasama erat untuk masa depan. Rata-rata datang dari negara, latar belakang dan agama yang berbeza.
Walaupun berbeza, tetapi matlamat dan minat yang sama iaitu dalam bidang fesyen dan menurutnya ia adalah satu perkembangan yang sangat bagus. Dan tentu sekali beliau cukup teruja apabila dapat bertentang mata dengan pelakon yang mengundang kontroversi Lindsay Lohan.
Dalam tulisan di blognya, www.RNadia.com berkata saat bertemu waktu itu terus terbayang filem Parent Trap lakonan pelakon itu dalam kepalanya. Malah sebenarnya filem itu yang sering diulang tayang ketika dirinya masih kecil. Jadi sememangnya beliau begitu menyukai Lindsay Lohan.
Bertemu Lindsay selepas petunjukan fesyen dari jenama Aere di belakang pentas dan pertemua sekejap itu memberi makna cukup mendalam. Raja Nadia Sabrina sempat menyerahkan goodies bag dan berharap pelakon itu akan menyukainya.
Daripada pertemuan itu juga Raja Nadia Sabrina dapat tahu pelakon itu sudah hampir 3 tahun tinggal di Dubai dan lebih mengejutkan Lindsay Lohan juga turut memakai halal kosmetik pada hari berkenaan. Pemilik jenama Aere ini juga turut berharap akan dapat bertemu Lindsay Lohan lagi satu hari nanti.
Dalam majlis itu Lindsay Lohan tampil dengan busana serba hitam lengkap mengenakan hijab dari designer Indonesia, Jenahara. Sebelum itu. Lindsay diberi beberapa pilihan hijab dan pelakon itu kemudiannya memilih scarf hitam satin maxmara dari koleksi Jenahara Scarf – Plain Editon. Koleksi anggun dan mewah ini memang sangat sesuai digayakan untuk majlis formal.
Menurut Sinar Harian Online, sebelum ke majlis berkenaan, Lindsay Lohan juga sempat membuat video live di instagramnya menunjukkan dia sedang belajar memakai tudung dengan betul dengan hijabi dari Indonesia, Tika Mulya yang merupakan Liaison Officer untuk Lindsay Lohan.
Bukan itu sahaja, dalam video berkenaan artis ini juga turut meluahkan hasratnya yang ingin memakai tudung secara tradisional.
Beberapa selebriti tempatan yang hadir ke majlis berkenaan juga tidak lepaskan peluang bergambar kenangan. Antaranya Datin Norjuma dan Lindsay Lohan begitu ‘sporting’ melayan tetamu yang mendekatinya.
Sebelum ini memang kecoh mengatakan Lindsay Lohan yang telah memeluk agama Islam, tetapi sehingga kini tiada siapa yang dapat mengesahkan status sebenar agamanya.
Apa pun, admin doakan Lindsay akan dibukakan hati untuk terus mendalami Islam. Dia juga sebenarnya cukup cantik dan begitu jelita mengenakan hijab dan berpakaian sopan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setelah setahun berumahtangga, Mat Dan dan pasangannya kini telah selamat menimang cahaya mata sulung awal Mei lalu. Mat Dan mengumumkan status terkininya itu dalam laman sosialnya. Kalau sebelum ini hanya gambar jari sahaja dimuat turut, tetapi hari ini Mat Dan memuat turut foto penuh bayi lelakinya hasil perkongsian hidup dengan isteri tercinta, Nadifa Adnan.
Sebaik dimuat turut tiga jam lalu, netizen turut memuji kecomelan bayi Pan Asian ini. Ramai yang kata, jika mengikut bentuk hidung dan tinggi seperti ayahnya, Mat Dan.
Sebelum itu dalam status terdahulu Mat Dan memberitahu kelahiran anak sulungnya ini dan berkata keduanya berada dalam keadaan sihat. Malah dia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anak sulungnya ini.
Bayi lelaki yang lahir pada 5 Mei lalu di sebuah hospital swasta tetapi dia hanya memberitahu kepada umum tiga hari lalu.
Rata-rata netizen termasuk rakan selebriti mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi ini daan mendoakan anak kecil ini menjadi anak dan hamba Allah yang soleh.
@ibnati86 Tahniah matdan & difa.. Semoga jd anak yg soleh.. Berjaya dunia akhirat.. Penyejuk hati & mata ibu ayah..
@rose.jamilahTahniah mat dan isteri Difa….semoga menjadi anaknyang soleh..aamiin
@yin_youngliving Alhamdulillah & tahniah @mat_dan1 dan isteri. Moga berlimpah rezeki dan keberkatan buat kalian sekeluarga
Sebaik memberitahu kelahiran bayinya itu, ramai yang memberi komen tidak sabar untuk melihat wajah penuh bayi lelaki berbangsa ini. Maklumlah bayi ini adalah hasil perkahwinan campur dan pastinya comel.
Sebelum ini Mat Dan yang sudah hampir 9 tahun menetap dan menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua telah mendapat status penduduk tetap (PR) Februari lalu.
Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler berasal dari United Kingdom yang telah lama menetap di Terengganu hingga berjaya menguasi bahasa tempatan dengan lancar dan kefasihannya itu menarik perhatian ramai.
Pasangan ini juga yang sudah setahun berumah tangga dan dilihat sebagai pasangan yang cukup romantik dan bahagia.
Sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang lalu ketika sarat mengandung anak mereka, Mat Dan turut mendoakan kesejahteraan yang terbaik buat isterinya itu yang sentiasa ada bersama ketika susah dan senang.
Malah sepanjang setahun usia perkahwinan mereka juga Mat Dan berkata mereka berdua telah saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Dia turut mengharapkan perhubungan ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Insya-Allah.
Sekarang ini memang tengah tular dengan trend ‘Add Yours Challenge’ di laman Instagram. Masing-masing teruja untuk menyertainya seperti memuat naik gambar pusat pengajian mereka dahulu, gambar pasangan mereka dan sebagainya.
Sememangnya seronok apabila dapat berkongsi dengan orang ramai namun perlu diingatkan bahawa tanpa kita sedari ada individu yang tidak bertanggungjawab boleh mencuri data kita daripada cabaran tersebut.
Nampak macam remeh namun sebenarnya ada di antara kita yang datanya sudah dicuri hingga lesap duit di dalam akaun!
Di Facebook, akaun OMG Hackers turut memberi peringatan kepada semua agar jangan sewenang-wenangnya memberi data kepada orang asing. Walaupun nampak menyeronokkan, namun ia mampu memberikan suatu risiko buruk buat diri kita tanpa diketahui.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.