Photo by Moose Photos from Pexels

Ramai wanita hanya menumpukan penjagaan bahagian kulit wajah. Namun berapa ramaikah wanita yang memberikan perhatian tentang penjagaan leher dalam rutin perawatan kecantikan mereka.

Tentulah memalukan jika hanya bahagian wajah sahaja yang anjal dan tegang serta gebu, tetapi bahagian pangkal leher dan tengkuk berkerak dan berkedut dengan daki serta garis gelap. Tentu situasi sebegini memalukan meskipun anda berhijab.

Sebenarnya perawatan bahagian pangkal leher dan tengkuk tidaklah sesukar mana. Meskipun kulit di bahagian pangkal leher dan tengkuk tidak sehalus kulit wajah yang memerlukan penjagaan rapi, namun masih perlu disental lembut untuk memastikan tiada daki bersarang.

Photo by Ba Tik from Pexels

SAPUKAN SUNSCREEN/ SUNBLOCK 
Ketika menyapukan sunscreen/sunblock pada kulit wajah, jangan lupa sapukan juga pada bahagian pangkal leher. Jangan hanya tertumpu pada kulit wajah sahaja. Pastikan sunscreen/sunblock disapu rata sekitar pangkal leher dan tengkuk. Tentu memalukan dan pelik jika wajah anda nampak cerah, putih berseri, sedangkan leher dan tengkuk hitam berkerak.

IKLAN

SEMBUR PENYEGAR
Sama seperti kulit wajah,kulit di bahagian pangkal leher dan tengkuk juga perlu disembur dengan penyegar. Kalau sudah namanya kulit, pasti ada liang pori yang mudah tersumbat. Biasakan menyembur penyegar pada bahagian ini untuk mengecilkan pori, sekali gus mengelak masalah jerawat daripada berlaku.

Photo by Cottonbro from Pexels

SAPU PELEMBAP 
Bukan hanya bahagian kulit wajah sahaja perlu disapukan pelembap, ini termasuklah bahagian pangkal leher dan tengkuk. Sapuan pelembap pada kulit wajah membantu untuk mengurangkan kesan kedutan pada bahagian pangkal leher dan tengkuk. Sapu pelembap dari bahagian bawah pangkal leher dan tengkuk menghala ke atas. Kaedah ini juga boleh menjadi sebahagian urutan atau terapi untuk mengembalikan keremajaan wajah.

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

JANGAN LUPA BERSIHKAN SISA MEKAP DENGAN SEMPURNA DI BAHAGIAN LEHER
Tidak dapat dinafikan, ketika mengpaplikasikan solekan pada kulit wajah, ramai juga yang meratakannya terutama bedak asas di bahagian leher. Tidak kira sama ada wanita yang tidak berhijab mahupun berhijab, selalunya olesan bedak asas akan turut diratakan di bahagian pangkal leher.

IKLAN

Oleh itu, setiap kali mandi, pastikan pangkal leher turut diberi perhatian sama seperti penjagaan kukit wajah. Jika anda menggunakan cecair penanggal mekap untuk mencuci solekan, bersihkan sekali sekitar leher dan tengkuk.

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Sama ada anda perasan atau tidak, kebanyakan wanita merapi solekan hingga pangkal leher. Mana mung­kin kawasan ini dibersih­kan dengan sabun mandi semata-mata. Beri perawatan setara dengan wajah untuk mengelak masalah liang pori tersumbat.

BOLEH CUBA PAKAI MASKER BUAH-BUAHAN BUAT SENDIRI
Di pasaran tersedia juga masker untuk pangkal leher dan tengkuk. Bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan campuran buah-buahan untuk dijadikan masker. Elakkan mencampur tepung ke dalam masker supaya kulit leher tidak mudah kering. Tekstur buah yang kasar, tetapi lembut juga sesuai untuk menanggalkan daki serta kulit kering tanpa mencederakan atau meninggalkan kesan kemerahan pada kulit.

IKLAN
Photo by cottonbro from Pexels

AMALKAN URUTAN LEHER
Anda boleh melakukannya sendiri di rumah. Tidak perlu ke spa atau salun. Hanya gunakan sedikit minyak zaitun atau minyak aromaterapi. Urut sekitar leher dalam tempoh 10 hingga 15 minit. Selepas selesa mengurut, bersihkan dengan pencuci wajah dan bilas dengan air suam. Lap kering supaya tidak meninggalkan minyak yang boleh memerang­kap daki pada bahagian pangkal leher dan tengkuk.

Photo by Elisabeth Smithard from Pexels

SINGKIRKAN LEMAK
Tidak dapat dinafikan lemak pada bahagian leher sangat menjejaskan penampilan seorang wanita. Walau pun berhijab, ia tetap menyebabkan seseorang wanirta itu berasa rendah diri. Oleh itu, pilih senaman yang bersesuaian untuk membantu menghilangkan lemak di bahagian sekitar leher. Jika berkemampuan, dapatkan rawatan di spa atau pusat kecantikan. Anda juga boleh mendapatkan beberapa gajet khusus untuk membantu mengurut bahagian leher, sekali gus memecahkan lemak di bahagian tersebut.

Photo by cottonbro from Pexels

HIJABISTA: Bahagian pangkal leher dan tengkuk jika tidak diberikan perhatian dan perawatan yang sepatutnya akan menyebabkan bahagian ini cepat berkedut. Oleh itu pastikan anda memberikan perawatan sama seperti anda menjaga kulit wajah.

Sumber kredit: Photo by Valeria Boltneva from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI