GERD adalah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kala kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut).

Selera tekak masyarakat kita sememangnya gemarkan makanan yang makanan pedas, berlemak dan berangin tanpa menyedari bahawa ia memberi kesan tidak baik pada tubuh. Walau bagaimanapun ramai yang sukar meninggalkannya tabiat pemakanan sepertti ini disebabkan sudah menjadi budaya terutama dalam masyarakat Asia.

Jika hendak diikutkan selera tekak, memanglah enak makan makanan pedas dan berlemak. Walau bagaimanapun tahukah anda bahawa makanan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu diserang simptom pedih hulu hati atau Gastro Esofagus Refluks Disease (GERD).

Photo by Puwadon Sang-ngern from Pexels

Gelisah. Tekak rasa penuh dan berasa sukar untuk menelan merupakan simptom-simptom GERD. Adakalanya perut terasa panas dan kerap sendawa dan angin. Ada yang berfikir bahawa apabila makan nasi, gejala ini akan hilang namun ia bukanlah penyelesaiannya.

Keadaan ini jika berlarutan dan berlaku pada waktu malam pastinya akan menganggu waktu tidur anda. Apabila rasa tidak selesa ini berterusan maka bukan sahaja anada akan sukar untuk tidur malam tetapi jika tidur pun, tidak lena.

Inilah sebenarnya antara gejala GERD (reflux asid perut). Biasanya GERD kerapa dialami oleh mereka yang bertubuh ‘berisi.’ Wanita yang sedang mengandung juga kerap mengalami masalah ini. Bagi mereka yang suka makan lewat malam juga selalunya akan mengalami masalah ini.

Bagi mereka yang sudah biasa mengalami masalah ini, ubat gastrik reflux memang sentiasa ada di dalam peti sejuk. Namun ada juga yang tidak menyediakan stok sendiri. Hendak pergi beli ubat gastrik pula kedai jauh dan kedai pula sudah ditutup. Lalu, bagaimana untuk mengatasi masalah ini.

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Tiada cara lain yang boleh dilakukan selain mengubah diet anda. Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan yang dapat membantu dalam mengatasi masalah GERD. Simpan Jadikan rutin dalam makanan anda selepas ini.

IKLAN

Dada ayam – panggang lebih baik. Elakkan daripada menggoreng kerana proses menggoreng tentunya memerlukan minyak. Ayam yang dipanggang lebih sihat untuk diet harian anda.

Photo by alleksana from Pexels

Air putih – air gula tidak bagus untuk GERD. Usahakan untuk mengurangkan minum minuman yang manis.

Photo by Lisa Fotios from Pexels

Teh halia. Kopi dan teh biasa mengandungi banyak kafein. Ia tidak bagus untuk GERD. Teh halia bagus untuk perut selain dapat membuang angin dalam badan.

Photo by Maria Tyutina from Pexels

Tembikai – buah yang kurang berasid dan penuh dengan air. Ini bagus untuk mengurangkan tahap asid di dalam perut. Walau bagaimanapun elak daripada makan oren kerana ia bersifat asid.

IKLAN
Photo by Daria Shevtsova from Pexels

Nasi perang- nasi yang lebih lama untuk dicerna. Bagus untuk GERD.

Photo by Trista Chen from Pexels

Oat- sarapan yang bagus. Perut akan rasa kenyang lebih lama.

Photo by Vie Studio from Pexels

Kentang – panggang atau bakar. Jangan goreng dengan bawang. Ia boleh menyebabkan gastrik

Photo by Daisy Anderson from Pexels

Minyak zaitun – Makanan berminyak akan buat GERD semakin teruk. Walau bagaimanpun jika anda suka makanan yang lebih lembut, cubalah masak menggunakan minyak zaitun.

IKLAN
Photo by Mareefe from Pexels

Sayur salad – Sangat baik. Kurang angin.

Photo by Kai Pilger from Pexels

 

Semoga makanan yang disenaraikan membantu anda dalam menangani masalah GERD. Namun jika ianya masih tidak membantu, anda mungkin memerlukan bantuan daripada doktor.

HIJABISTA: Berdasarkan satu kajian yang telah dilakukan, stres merupakan antara faktor yang boleh memburukkan lagi penyakit GERD. Saintis mendapati pengeluaran asid perut amat sensitif terhadap keadaan emosi seseorang individu. 

Selain tekanan, obesiti juga antara faktor pencetus GERD. Lemak yang terkumpul pada bahagian perut akan menekan diafragma dan LES hingga menyebabkan otot LES menjadi longgar.

Sumber kredit: Public Health Malaysia Top image: Photo by Alex Green from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI