Pakai seluar dalam ketat antara faktor daerah kewanitaan berbau. Tidak dapat dinafikan penjagaan daerah kewanitaan sering diabaikan sehingga menyebabkan ia berbau. Seharusnya ia perlu dijaga dengan rapi untuk mengelakkan daripada sebarang jangkitan bakteria. Malah, anda juga akan berasa tidak selesa sekiranya ia berbau.

Ayuh sayangi bahagian kewanitaan anda dengan lima tip ini.

1. HINDARI PEMAKAIAN SELUAR TERLALU KETAT
Seluar yang ketat selalunya akan meningkatkan kelembapan pada daerah kewanitaan anda dan akan membiakkan infeksi dan bakteria.

2. MEMAKAI SELUAR DALAM YANG DIPERBUAT DARIPADA KAIN KAPAS
Mungkin nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberi impak yang besar. Sebaiknya pilih seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas dan hindari daripada memakai seluar dalam berbahan lycra dan polyester kerana ia akan membuatkan daerah kewanitaan menjadi terlalu lembap. Bahan-bahan tersebut tidak dapat menyerap peluh dengan baik.

IKLAN

3. AMBIL BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN SECARA TERATUR
Anda harus mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran seperti bayam, kangkung serta buah-buahan yang mengandungi vitamin C yang dapat meningkatkan imun pada daerah kewanitaan.

IKLAN

4. TUKAR TUALA WANITA DENGAN KERAP KETIKA HAID
Sekiranya anda sedang haid, gantikan tuala wanita setiap 3 hingga 4 jam sekali. Kurangkan penggunaan pantyliner sekiranya anda tidak datang haid kerana pantyliner dapat meningkatkan kelembapan pada daerah kewanitaan anda.

IKLAN

5. BERSIHKAN BETUL-BETUL DAERAH KEWANITAAN SELEPAS BUANG AIR KECIL
Bersihkan daerah kewanitaan menggunakan air yang mengalir dan basuh dari depan ke belakang. Jangan gunakan tisu basah untuk membersihkan daerah kewanitaan anda kerana ia akan menyebabkan daerah kewanitaan anda bertambah lembap dan mudah dijangkiti bakteria.

Sumber: via TANYAWANITA.ID

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI