Kita mungkin biasa menggunakan produk perawatan wajah mahupun kosmetik yang mengandungi biji-biji kecil yang halus. Selalunya terdapat dalam produk pencuci wajah, skrub dan juga ubat gigi.
BIJI-BIJI TOKSIK DALAM MAKANAN
Apa cleanser dan facial scrub kegemaran anda? Dulu favourite saya men’s facial wash yang sejukk ada bijik-bijik tu.. fuhh segar rasa kulit muka. Pernah tak anda terfikir apa benda biji-biji halus dalam itu?
Apa kesan biji-biji itu pada kesihatan?
Tahu tak biji-biji itu juga boleh jadi hidangan seisi keluarga tanpa kita sedar?
Baca kisah bahan yang giat diharamkan di seluruh dunia ini..tapi tak tahu lah bila akan diharamkan di Malaysia. Biji halus itu sebenarnya ialah plastik halus saiz mikro yang dinamakan “MICROBEADS”
PENGGUNAAN MICROBEADS PLASTIK DALAM BARANGAN JAGAAN BADAN
Perhatikan biji-biji halus di dalam produk ini:
*Scrub dan facial wash
*Sabun dan shower gel
*Ubat gigi
*Sebagai bahan pewarna bling bling dalam kosmetik
*Mekap
ISU UTAMA PLASTIK MICROBEADS
PENCEMARAN PERSEKITARAN.
*Kita mencemari persekitaran tanpa kita sedari.
*Plastik saiz mikro ini tidak dapat diperangkap sink kerana saiznya yang sangat halus.
*Plastik mikro ini masuk ke dalam kumbahan najis mengumpul toksin persekitaran dalamnya termasuk bakteria, kulat dan bahan kimia yang terdapat dalam sistem perparitan.
*Ikan dan hidupan yang tidak berdosa di dalam air akan makan microbeads ini.
TOKSIN PERSEKITARAN DI DALAM MAKANAN
*Kajian pasukan pengkaji daripada China dan New Zealand mendapati 12.5% bahan kimia dan toksik menempel pada microbeads dan dimakan oleh ikan.
*Kita makan ikan yang makan toksin, bahan kimia, kuman dan macam-macam yang tak dapat kita bayangkan.
*Dibakar, direbus atau digoreng, plastik adalah plastik.
*Tiada siapa tahu dengan pasti kesan plastik yang kita makan melalui hidangan tercemar dengan microbeads ini.
*Kesan sapuan plastik mudah cair yang bercampur dengan bahan kimia lain juga tidak diketahui.
Sejenis kelas bahan pencemaran iaitu PBDE, biasa menempel pada mikrobeads ini dan bahan ini dikaitkan dengan:
* Masalah neurologi (saraf)
* Merendahkan imuniti badan
* Mengganggu sistem pembiakan.
*Jangan lupa mikrobeads dalam ubat gigi ya..tak pasti pula produk ubat gigi dengan microbeads yang ada di Malaysia ini.
Harapnya tiada…elakkan je yang ada biji-biji mikrobeads ini. Apa pun doktor gigi pun tak ajar telan ubat gigi bukan.
PENGHARAMAN MICROBEADS
Negara seperti US, UK sudah mula secara aktif mengharamkan penggunaannya. US sudah mula secara beransur mengharamkannya bermula 1 Januari 2018. UK mengharamkan produksi bermula 9 Jan 2018 dan penjualannya pada 1 Julai 2018.
Negara-negara lain sudah mula mengeluarkan tarikh mereka. Saya tidak jumpa sumber rujukan di Malaysia. Mungkin ada yang boleh tunjukkan saya?
Terdapat banyak alternatif scrub lain yang bukan sahaja lebih selamat, tetapi jauh lebih berkesan. Contohnya seperti:
1) Scrub garam bukit, garam buluh.Gula kabung pun boleh.
2) Scrub oatmeal
3) Scrub bentonite clay
4) Scrub beras
5) Scrub activated charcoal – activated charcoal juga boleh guna masuk dalam ubat gigi
Pengharaman mikrobeads adalah tanggungjawab semua. Kita harus bersuara dan menolak produk dengan microbeads ini. Demi persekitaran. Demi kesihatan kita dan generasi kita.
Sumber kredit: Hafiz Sulaiman Top image: nytimes.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI