Kulit yang sihat dan cantik tentunya menjadi idaman setiap orang, Namun tidak semua orang memiliki kulit yang sihat tanpa ada sebarang masalah. Ada sesetengah orang mengalami kulit yang sangat sensitif. Tentunya keadaan ini membuatkan seseorang itu rasa tidak selesa.

Masalah kulit perlu dirawat. Ianya tidak boleh sembuh dengan sendirinya. Oleh itu amat penting untuk memilih produk yang sesuai agar masalah kulit dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Berikut perkongsian dari Farmasi Marmin.

Bagi mereka yang mengalami masalah penyakit kulit seperti ekzema, sensitif, kulit kering, ruam atau alahan pada kulit pastinya sering merasa terganggu. Masalah kulit juga kerap menurunkan kepercayaan diri saat di depan orang ramai. Pada dasarnya, kulit yang sihat adalah idaman semua orang.

KENALI JENIS-JENIS KULIT

KULIT KERING
Jangan biarkan kulit anda kering, ketahui apa penyebab kulit kering terjadi sebagai langkah awal mengatasi masalah. Kulit kering dan gatal? Lazimnya ini menandakan kekurangan komponen filaggrin di dalam sistem kulit.

Filaggrin adalah sejenis protein yang penting bagi penghasilan faktor pelembap semulajadi (NMF)- bahan yang memelihara penghidratan kulit dan fungsi pelindung kulit.
Gejala kulit kering, kulit kemerah-merahan, rasa gatal, terlihat retakan atau garis-garis halus pada kulit, bersisik serta mengelupas. Jika tidak dirawat keadaan retakan boleh berdarah.

KULIT ECZEMA
Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi atau kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.

Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Bagi kebanyakan pesakit eczema, radang kulit akan menyebabkan lapisan pelindung kulit ini menjadi lemah dan rapuh. Hal ini akan menyebabkan kulit menjadi semakin kering, semakin sensitif dan juga senang terkena jangkitan, seterusnya menyebabkan eczema semakin teruk.

IKLAN

Ekzema, Kulit Sensitif, Kulit Kering & Ruam Kini Tiada Lagi, Pilihan Ubatan Ini Sesuai Dipakai

KULIT SENSITIF
Seseorang yang memiliki kulit sensitif sangat mudah mengalami alergi,seperti alergi pada makanan. Ketika alergi makanan menyerang, seseorang sering mengalami gatal pada kulit, ruam, bengkak, dan kemerahan. Gatal-gatal ini sering terjadi pada lengan, kaki dan sendi.

RUAM
Ruam bisa dikatakan sebagai peradangan dan perubahan warna yang terjadi pada kulit. Bentuk reaksi kulit yang mengalami ruam misalnya timbul gatal-gatal, benjol mengelupas, bersisik, atau iritasi. Kekurangan air juga memberi kesan tersendiri pada badan dan keadaan kulit terutama kulit muka. Kulit muka menjadi kusam, kasar dan kering.

Ekzema, Kulit Sensitif, Kulit Kering & Ruam Kini Tiada Lagi, Pilihan Ubatan Ini Sesuai Dipakai

Pilihan sabun yang sesuai untuk kulit anda:

IKLAN

Bioshield E Bio Sulphur Liquid cleanser
*Sesuai untuk keradangan kulit
*Membersihkan dan melembapkan kulit
*Bebas daripada paraben dan silikon

Suu balm
*Menghilangkan kesan kegatalan dengan serta merta
*Untuk kulit kering, gatal dan sensitif
*Bebas sabun dan sulfat
*Menthol semulajadi untuk menyejukkan dan melegakan

Qv Gentle wash
*Kulit kering
*Melembapkan permukaan kulit
*Soap free dan sesuai untuk kulit sensitif
*Tidak menyebabkan pori-pori tersumbat
* Bebas pewangi dan pewarna

Ekzema, Kulit Sensitif, Kulit Kering & Ruam Kini Tiada Lagi, Pilihan Ubatan Ini Sesuai Dipakai

Aqua dermis
*Mempunyai pH yang sesuai bagi mengurangkan keradangan dan kerengsaan kulit
*Sesuai untuk kulit ekzema dan proriasis
*Cecair pencuci yang lembut dan tidak merengsa kulit

IKLAN

Collagen Oilum Hydro-Rebalance Firming Cleanser
*Sangat sesuai untuk jenis kulit yang kering
*Boleh melembapkan kulit dan mengurangkan kedutan pada kulit
*Dapat melindungi kulit dari berlakunya rekahan

Cetaphil PRO Ad Derma Body Wash
*Sesuai untuk kulit kering dan gatal
*Membersih dan melembapkan kulit kering dan gatal
*Bebas pewangi

Ekzema, Kulit Sensitif, Kulit Kering & Ruam Kini Tiada Lagi, Pilihan Ubatan Ini Sesuai Dipakai

Pinetrol
*Sesuai untuk kulit radang dan gatal
*Bebas sabun
*PH 6 melindungi kulit secara semulajadi

Sebamed liquid face and body wash
*Bebas sabun dan alkali
*Untuk kulit kering dan sensitif
*PH 5.5
*Mengandungi pentavitin, vitamin dan allantoin yang membantu melembapkan kulit

Ellgy h20 Extra Gentle Cleanser
*Sesuai untuk kulit sensitif dan bermasalah
*Sesuai untuk muka dan badan
*Bebas pewangi, SLS/SLESSetiap yang mengidap penyakit kulit seperti ekzema, sensitif, kulit kering, ruam atau kegatalan sering merasa terganggu. Masalah kulit juga kerap menurunkan kepercayaan diri saat di depan orang ramai. Pada dasarnya, kulit yang sihat adalah idaman semua orang.

Dengan pemilihan produk yang sesuai masalah kulit yang dihadapi dapat dirawat dengan cara yang betul.

Sumber kredit: Farmasi Marmin