Lumrah kebanyakan wanita sukakan kecantikan. Banyak jenis produk kecantikan yang mahu dicuba demi mendapatkan kulit yang cantik. Namun, adakalanya ada yang menggunakan produk yang tiada kelulusan, produk ‘timbang kilo’ kerana terpengaruh dengan iklannya.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh Najwa Zaidi di Facebook ini, produk murahan ini telah menjejaskan kesihatannya dengan teruk sekali.
Bukan itu sahaja, bacaan darah dan hatinya menjadi tinggi.
Tak salah nak menyokong produk tempatan tetapi pilihlah yang betul-betul berkualiti.
Dia terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak demi menanggung kos rawatannya.
Dia menasihatkan kepada semua agar berhati-hati jika ingin mengamalkan sesuatu produk itu. Pastikan ianya betul-betul selamat.
ini asid dalam perut. Tp tak byk. Check byk kali dengan doc, semua kata gastrik sebab simptom mcm gastrik tapi dah tak blh tahan sebab sakit sampai rasa mcm putus nyawa terus pergi jumpa pakar. Check semua, ni masa masukkan camera utk tgk btl ke gastrik, gastrik tak sgt rupanya hati yang bermasalah plus hempedu pun sama. Hati dapat diselamatkan lagi, hempedu kena buang.
Pasti kita biasa dengar kisah ramai bakal ibu yang mengidam makanan yang makanan pelik-pelik sewaktu hamil. Kadang-kala hingga jenuh si suami mencarinya demi menunaikan hasrat si isteri. Namun begitu, jarang sekali kita dengar mengidam nak naik bas? Bagaimana itu?
Menerusi perkongsian Puteri Nazwa di facebook, dia telah berkongsi ceritanya yang begitu mengidamkan untuk menaiki bas hingga menangis apabila bas itu berhenti. Comel je!
Posted by Puteri Nazwa on Monday, 3 September 2018
Posted by Puteri Nazwa on Monday, 3 September 2018
Menarik sekali kisahnya ini. Bertuah sungguh si isteri dapat suami yang memahami dan sanggup lakukan apa sahaja demi isteri tercinta.Semoga perkahwinan mereka ini berkekalan selama-lamanya. Untuk para pembaca semua, belum terlewat untuk kita menunjukkan penghargaan kita buat yang tersayang. Hargailah orang yang kita kasihi dengan sebaiknya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memang sukar dan sakit sekali rasanya apabila orang yang kita sayang telah pergi meninggalkan kita. Walaupun reda dengan takdir itu, tetapi sukar untuk mengikis segala memori indah ketika bersama. Seperti penyanyi Nora yang telah muat turut video menyatakan kerinduan pada arwah suaminya, Johan Nawawi yang semalam genap satu tahun lapan bulan meninggal mereka sekeluarga. Biarpun sudah lebih setahun kehilangannya, namun sukar untuk Nora menidakkkan rasa rindu yang dikongsi di laman sosialnya hingga mengundang rasa sedih dan terharu netizen.
Dalam tulisannya itu Nora menulis semalam tarikh 24 September genap satu tahun lapan bulan arwah suaminya itu kembali ke rahmatullah. Ternyata pemergian Johan memberinya banyak erti kehidupan, hakikat dan takdir hidup yang sebenarnya.
Hari ini 24/Sept/ 2018 Genap 1 tahun 8 bulan suami tercinta Johan Nawawi telah kembali kerahmatullah. Sesungguhnya pemergian Johan telah byk mengajar saya erti kehidupan, hakikat & takdir hidup yg sebenarnya.
Saya tak pernah terfikir dia akn pergi begitu cepat.Saya belum bersedia….Ayah saya meninggal sewaktu saya berumur 15 tahun…dikala waktu remaja yg perlukan perhatian & kasih sayang seorang ayah…
Johan pergi diwaktu kami sedang bahagia dan merancang utk anniversary yg ke 25 tahun kami.Rindu mmg tak terkata….Kita hanya mampu merancang….Yg menentukan….bukan kita.Allah saja yg tahu.
Hingga kini,pelbagai cabaran, dugaan & ujian yg harus ditempuhi……saya tiada pilihan. Semuanya harus diredah dgn penuh kesabaran, ketabahan & senyuman utk menutup segala keperitan.Demi anak- anak…..saya harus kuat.Saya tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa pun…..apatah lagi meraih simpati.Cukup lah Allah bersama saya.
Apa orang nak kata….katalah. Saya tak kisah… Kerana orang berhak berkata- kata & menulis apa saja. Mereka tidak berada di tempat saya….mereka tidak tahu bagaimana rasanya… Saya sudah maafkan semua.
Terima kasih buat semua sahabat & peminat yg sentiasa positive, memahami, sering membantu saya dlm apa keadaan sekalipun. Alhamdulillah…segala puji hanya bagi Allah. Johan tak pernah mati.. Dia sentiasa dihati & jiwa selamanya. DOA kan yang baik- baik utk saya & keluarga. Al- Fatihah buat Johan Nawawi
Allah menguji hamba-Nya dalam pelbagai cara untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan seseorang itu. Dan Allah jualah yang berkuasa untuk menyembuhkan sesuatu itu. Seperti perkongsian lelaki ini di twitter Amirul Ashraf yang tidak menyangka akan sembuh dari penyakit yang dideritainya selama ini. Dia mengucapkan rasa syukur kerana telah bebas dari penyakit Neuroma Akustik.
Neuroma Akustik atau Vestibular Schwannoma merupakan ketumbuhan benigna yang membesar daripada sel-sel Schwann yang meliputi vestibular, saraf pendengaran (kelapan). Ia sering membesar bermula di terusan pendengaran tempurung kepala (yang terlepak di saraf kelapan) dan kemudiannya mengembang ke dalam untuk menekan otak.
Dalam tulisannya di twitter, Amirul memberitahu cara pemakanannya dengan minum air putih dan mengambil sayur-sayuran salah satu sebab dia boleh bebas dari penyakit berkenaan, selain dari berdoa pada Tuhan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!