
Masalah jerawat pasir di dahi memang merimaskan. Iyelah, siapa je yang suka dengan jerawatkan? Banyak punca sebenarnya terjadinya kehadiran jerawat di wajah kita antaranya disebabkan oleh kurangnya tidur dan tidak menjaga pemakanan. Sis kena take note tau!
Jika anda mengalami masalah seperti ini, apa kata cuba ikuti tip yang dikongsikan oleh Hady ini melalui pengalamannya sendiri. Mudah je sebenarnya!
Selepas berusaha, kini dahinya telah licin dan menjadi flawless!
Hijabi yang bergelar student jangan risau kerana produk yang digunakan olehnya ternyata mampu milik oleh semua.
kredit: instagram @hahahady.z
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Jenis Sakit Kepala Yang Sering Berlaku Dan Amat Berbahaya Jika Dibiarkan.

Ingatkan sakit kepala biasa, rupanya… kenali jenis sakit kepala yang mungkin anda alami. Kebanyakan orang akan mengalami sakit kepala dari masa ke semasa dan ia adalah normal. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO, adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang.
Walaupun ianya menyakitkan dan melemahkan, sebahagian besarnya dapat disembuhkan dengan ubat penahan sakit sederhana dan akan hilang dalam masa beberapa jam. Walau bagaimanapun, serangan berulang mungkin boleh menjadi sesuatu yang lebih serius. Namun, jom semak 11 jenis sakit kepala yang mungkin anda alami.
1. Sakit Kepala Berkumpulan
Jenis sakit kepala ini terjadi secara berturut-turut. Setiap sakit kepala boleh berlangsung dari 15 minit hingga tiga jam. Kebanyakan orang mengalami satu hingga empat kali sakit kepala sehari sekiranya diserang dengan jenis sakit kepala ini.
Anda akan terasa seperti terbakar dan menusuk yang teruk apabila sakit kepala ini bertandang. Ia berlaku di sekitar bahagian mata atau di belakang mata pada satu masa. Kadang-kadang, ia boleh menjadi bengkak, kemerahan dan berpeluh yang akan berlaku di bahagian yang dipengaruhi oleh jenis sakit kepala ini.
Biasanya ia terjadi pada waktu yang sama hampir setiap hari. Doktor juga tidak pasti apa yang menyebabkan sakit kepala berkumpulan ini, tetapi mereka tahu beberapa cara yang berkesan untuk merawatnya.
2. Sakit Kepala Alergik Atau Sinus
Sakit kepala kadang-kadang berlaku akibat reaksi alergik. Kesakitan dari jenis sakit kepala ini sering difokuskan pada kawasan sinus dan di bahagian depan kepala anda. Sakit kepala migrain juga biasanya salah satu yang didiagnosis sebagai sakit kepala sinus.
Malah, sehingga 90 peratus daripada “sakit kepala sinus” sebenarnya adalah sakit kepala migrain. Anda yang mempunyai alahan biasanya akan terdedah kepada jenis sakit kepala ini. Sakit kepala Sinus dirawat dengan menipiskan lapisan lendir yang menyebabkan tekanan sinus.
Semburan steroid hidung, decongestan OTC boleh membantu merawatnya. Jenis sakit kepala sinus juga boleh menjadi gejala jangkitan penyakit sinus. Dalam kes ini, doktor anda mungkin menggunakan antibiotik untuk membersihkan jangkitan dan melegakan sakit kepala dan gejala lain.
3. Sakit Kepala Kafein
Memiliki jumlah kafein terlalu banyak boleh menyakitkan sakit kepala. Orang yang mempunyai migrain berisiko kerap mencetuskan sakit kepala akibat kegunaan kafein. Kafein akan menjejaskan aliran darah ke otak anda, apabila kita mendedahkan otak kepada sejumlah kafein setiap hari. Ini mungkin kerana kafein memberi kesan kimia di dalam otak dan boleh mencetuskan jenis sakit kepala ini.
4. Sakit Kepala Hipertensi
Fakta mengatakan, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan anda mengalami sakit kepala. Jenis sakit kepala hipertensi ini memberi isyarat kecemasan. Ini berlaku apabila tekanan darah dalam badan anda menjadi tinggi. Jenis sakit kepala hipertensi ini biasanya akan berlaku pada kedua-dua belah kepala dan biasanya akan menjadi lebih teruk. Sakitnya akan terasa seperti berdenyut. Anda juga mungkin mengalami perubahan penglihatan, mati rasa atau kesemutan, sakit dada atau sesak nafas.
Dapatkan rawatan perubatan segera sekiranya anda mengalami simptom ini. Biasanya ia akan hilang sebaik sahaja tekanan darah berada di bawah kawalan yang lebih baik.
5. Sakit Kepala Pasca-Trauma
Sakit kepala pasca-trauma boleh terjadi selepas kecederaan kepala. Jenis sakit kepala ini adalah sama seperti migrain dan biasanya bertahan sehingga 6 hingga 12 bulan selepas kecederaan berlaku. Sakit kepala pasca-trauma ini juga biasanya boleh menjadi kronik jika tidak dirawat dengan baik sepenuhnya.
6. Sakit Kepala Pemulihan
Sakit kepala pemulihan yang juga disebabkan oleh pengambilan ubat sakit kepala yang berlebihan. Ianya terasa seperti sakit kepala jenis ketegangan atau lebih menyakitkan, seperti migrain. Anda mungkin lebih mudah terdedah kepada jenis sakit kepala ini jika kerap menggunakan painkiller. Penggunaan ubat ini secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala yang lebih banyak dan bukannya sedikit.
7. Sakit Kepala Hormon
Wanita biasanya akan mengalami jenis sakit kepala ini yang dikaitkan dengan perubahan hormon. Menstruasi, pil kawalan kelahiran dan kehamilan semuanya memberi kesan kepada paras estrogen anda yang boleh menyebabkan sakit kepala.
Sakit kepala ini berkaitan secara khusus dengan kitaran haid juga dikenal sebagai migrain haid. Ini boleh berlaku sebelum, semasa ataupun selepas haid juga semasa ovulasi. Untuk mengawal kesakitan ini, anda perlu mengambil naproxen (Aleve) atau ubat-ubatan preskripsi seperti frovatripan (Frova) dan sebagainya. Dianggarkan bahawa kira-kira 60 peratus wanita dengan migrain juga mengalami masalah ini, jadi ubat alternatif mungkin mempunyai peranan dalam mengurangkan sakit kepala ini.
8. Sakit Kepala Exertion
Kesakitan sakit kepala berlaku dengan cepat selepas tempoh aktiviti fizikal yang sengit. Pengangkat berat, lari dan lain-lain aktiviti adalah pencetus untuk mengalami jenis sakit kepala ini. Aktiviti ini boleh menyebabkan peningkatan aliran darah ke tengkorak anda malah ia menyebabkan sakit kepala yang berdenyut terhadap kedua-dua belah bahagian kepala anda.Analgesik, seperti aspirin dan ibuprofen (Advil) pasti dapat mengurangkan masalah ini.
9. Migrain
Seseorang yang mempunyai migrain pasti akan mengalami rasa sakit yang berdenyut pada satu bahagian kepala. Mereka mungkin mengalami kepekaan yang tinggi terhadap cahaya, bunyi, dan bau. Biasanya jenis sakit kepala ini berlangsung antara 5 hingga 60 minit pada awalnya.
Migrain cenderung berlaku berulang kali dan setiap serangan mungkin berlangsung sehingga 3 hari lamanya. Walaupun migrain boleh berlaku pada orang dewasa dan kanak-kanak, ianya tiga kali ganda lebih kerap berlaku pada wanita berbanding lelaki.
10.Sakit Kepala Ketegangan
Sesiapa sahaja boleh mengalami sakit kepala ketegangan dan biasanya disebabkan oleh tekanan. Painkiller mungkin adalah apa yang diperlukan untuk melegakannya. Ini termasuk aspirin, ibuprofen (Advil), naproxen (Aleve) dan sebagainya.
Sekiranya ia tidak berkesan, doktor akan mengesyorkan ubat preskripsi. Ini termasuklah indomethacin, meloxicam (Mobic), dan ketorolac. Jika sakit kepala ketegangan menjadi teruk, tindakan yang berbeza mungkin dicadangkan untuk menangani kesakitan tersebut.
11. Sakit Kepala Hipnic
Sakit kepala hipnic adalah keadaan yang jarang berlaku yang biasanya bermula untuk pertama kalinya pada usia 50an namun ia juga boleh bermula lebih awal. Sakit kepala hipnic terdiri daripada kesakitan berdenyut ringan sehingga sederhana. Ia biasanya dirasakan di kedua-dua belah kepala.
Walaupun sakit kepala ini tidak berbahaya, seorang yang lebih tua yang mengalami jenis sakit kepala ini untuk pertama kalinya harus berjumpa doktor. Jenis sakit kepala ini boleh dirawat dengan kafein yang diambil sebagai tablet atau sebagai cawan kopi sebelum tidur. Pilihan ubat lain termasuk indometasin, melatonin, dan litium.
Itulah 11 jenis sakit kepala berdasarkan penyebabnya. Secara umum, dalam banyak jenis sakit kepala akan hilang dalam 48 jam. Namun jika sakit kepala anda memiliki ciri berikut: berlangsung lebih dari dua hari dan intensiti meningkat, sakit tak meredawalaupun sudah mengambil ubat, segeralah periksauntuk nasihat doktor. Sakit kepala boleh jadi gejala keadaan kesihatan yang lebih serius.
Diy Kiub Ais Aloe Vera Untuk Kecutkan Jerawat Juga Boleh Buat Kulit Jadi Licin & ‘Flawless’. Rugi Tak Cuba!

Pelbagai cara dibuat untuk kecutkan jerawat. Selain gunakan tomato yang dibekukan dan dibuat seperti masker, aloe vera juga mempunyai banyak khasiat dan salah satunya boleh kecutkan jerawat.
Perkongsian dari TheSisters Cookingproject di mana aloe vera ini dibuat sepetti ketulan ais dan oleskan sahaja dimuka. Hasilnya jerawat akan kecut dan kulit juga jadi lebih lembut, lembap dan cerah.
Seperti yang kita maklum, lendir lidah buaya ini boleh juga terus disapu pada wajah dan biarkan kering. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
Cara Membuatnya:
1. Ambil aloe vera dan buangkan duri di kiri dan kanan dan juga kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam).
2. Ambil sudu dan korek isinya isi dalam mangkuk.
3. Masukkan isi tadi dalam blender dan kisar hingga hancur. Tak perlu tambah air kerana lender itu memudahkan proses kisaran.
4. Masukkan dalam acuan air batu bentuk kecil-kecil. Penuh bekas berkenaan. Kemudian masukkan dalam bahagian sejuk beku.
Cara Memakai:
1. Keluarkan kiub dan oleskan di bahagian wajah sampai kiub mencair. Biarkan kering dan jadi seperti masker.
2. Kemudian basuh dan hasilnya kulit jadi lembut, licin dan ‘flawless’.
3. Boleh dibuat 3 kali seminggu sekali. Insya-Allah cara ini akan dapat memelihara dan memperbaiki kulit anda.
SUMBER: THE SISTERS COOKING PROJECT VIA PETUA IBU
Setiap Hari Berus Gigi Namun Karang Gigi Tetap Ada? Ini Sebabnya Yang Anda Tak Tahu

Siapa sahaja pasti mahukan gigi yang cantik, sihat dan sempurna. Tetapi kehadiran karang gigi menjadi masalah. Walaupun hari-hari kita memberus gigi, namun karang gigi tetap muncul. Bagaimana sebenarnya nak atasi masalah ini?
Di twitter, @sobrifadzil telah berkongsi tips mengenai apa sebenarnya yang perlu dilakukan bagi membuang karang gigi ini.
Kena faham dulu macam mana prosesnya terjadi….
Berus gigi sahaja tak cukup! Kenalah cuba cara lain juga.
Ini caranya untuk hilangkan karang gigi. Kebanyakan daripada kita mesti ada yang rasa malaskan nak lakukan semua ini. Jangan begitu, ingatlah senyuman kita ini menyerikan lagi penampilan kita. Oleh itu, jagalah gigi dengan sebaik mungkin!
kredit:twitter @sobrifadzil
sumber foto utama: 99.co