Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tibanya hari kemuncak ibadah haji. Namun, sebuah dugaan telah menimpa sejumlah besar bakal jemaah haji Malaysia apabila mereka tidak dapat bertolak ke Makkah pada waktu yang ditetapkan bagi mengerjakan ibadah itu disebabkan masalah visa.
Neelofa dan juga pereka fesyen terkenal iaitu Rico Rinaldi merupakan antara jemaah yang terkandas kerana insiden mengejutkan itu.
Menerusi instastory, Neelofa telah memberikan sedikit pencerahan buat para pengikut laman sosialnya.
Mungkin ramai yang belum tahu yang saya dan rakan jemaah lain tak dapat berangkat ke Jeddah 2 malam lepas atas masalah visa. Alhamdulillah setelah hampir 2 hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan insyaAllah akan ke Makkah esok.
Ads
Menerusi instastory juga, Rico Rinaldi telah meluahkan rasa syukur kerana urusannya juga serba sedikit telah dipermudahkan.
Moga ada keajaiban yang datang kerana ingin menemani ayahnya yang bersendirian menunaikan haji.
Ads
Ads
Menurut laporan Astro Awani, sebahagian jemaah haji tidak dapat berangkat ke sana disebabkan kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kemasukan mereka bagi menunaikan haji. Selain itu, terdapat juga masalah teknikal pada visa haji furada yang mereka peroleh.
InsyaAllah, team Hijabista mendoakan agar segala urusan bakal jemaah haji ini dipermudahkan dan akan selesai dalam secepat mungkin. Moga mereka semua selamat bertolak ke sana dan mendapat haji yang mabrur. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tahun lalu menyaksikan pencapaian sangat membanggakan bagi pengacara, pelakon dan usahawan paling popular ini, Neelofa. Bukan sahaja tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia tetapi juga dilantik menajdi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif oleh kumpulan Airaisa Berhad. Namun awal tahun ini imej bersih jutawan muda ini sedikit tercalar gara-gara viral isu suplemen bayi yang dipromosikannya di laman instagramnya.
Ramai pakar bertauliah yang mengkritik serta menghentam Neelofa dengan caranya itu yang dianggap salah. Bukan sahaja netizen, malah beberapa rakan aris turut menyalahkan Neelofa yang dikatakan hanya mengaut keuntungan semata-mata.
Namun bagi Neelofa dia tidak melatah dengan apa yang terjadi. Tidak mahu perkara ini terus hangat dipekatakan, menerusi Sinar Harian Online, beliau meminta agar para pengikutnya bersabar dengan isu hangat yang diperkatakan ketika ini iaitu berkaitan suplemen yang dikatakan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak, yang dipromosikan di laman Instagramnya.
Mmenerusia kenyataan di Twitter @Neelofa, beliau menjelaskan bahawa beliau menghargai dan memahami semua komen dan perhatian yang diberikan terhadap isu tersebut.
Dalam masa sama juga, usahawan muda ini masih meletakkan penghargaan atas perhatian yang diterimanya. Menurut Neelofa produk yang dipromosikan itu sedang cuba meleraikan kekeliruan dihadapi pengguna.
“Pihak pengurusan produk CnG sedang berusaha keras untuk menjelaskan isu dan kekeliruan ini. Saya berharap semua pihak dapat bersabar dan memahami,” tulisnya.
Ternyata tindakan bijak telah diambil bagi menjernihkan keadaan yang sedang panas. Dalam hal ini Neelofa sanggup mengetepikan segalanya dan tenang berdepan dengan netizen cuba menjelaskan apa yang terjadi.
Sikapnya ini menunjukkan sisi kematangan Neelofa dan semoga apa yang berlaku ini menjadi panduan untuknya untuk terus berhati-hati dalam mempromosikan sebarang produk.
Jika dilihat di laman sosialnya, Neelofa tetap menjalankan aktiviti seninya seperti biasa dan wanita berusia 29 tahun yang akan menyambut hari lahirnya pada 10 Febuari ini semakin bijak dan lebih matang menangani setiap permasalahan yang berlaku.
Syabas Neelofa dan HIJABISTA berharap agar beliau terus menjadi idola kepada hijabi di luar sana untuk terus yakin dan bersemangat dalam mencapai apa yang diimpikan dalam hidup.
Lempeng atau pancake sangat sesuai dihidangkan semasa sarapan pagi bersama keluarga atau menu untuk minum petang. Tidak susah pun hendak memasak pancake. Bahan-bahannya pun tidak banyak.
Melalui perkongsian Siti Hajar Masran di Facebooknya, wanita ini ‘menurunkan’ resipi cara membuat pancake ala restoran makanan segera kegemaran ramai yang cukup terkenal di kalangan peringkat usia itu.
BAHAN A
2 biji kuning telur
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar minyak
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
Secubit garam
BAHAN B
2 biji putih telur
1 sudu besar gula
CARA CARA MEMBUAT:
1) Asingkan putih dan kuning telur.
2) Campurkan semua BAHAN A dan whisk..
3) Ayak tepung dan serbuk penaik, campurkan pada bahan-bahan tadi dan gaul sebati.
4) Pukul BAHAN B sehingga menjadi meringue (bila terbalikkan bekas, aduan tidak jatuh).
5) Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dengan menggunakan teknik kaup balik hingga sebati.
6) Panaskan non stick pan, sapu sedikit butter.
7) Tuangkan adunan dan terbalikkan bila nampak keperangan.
8) Angkat bila sudah masak dan hidangkan dengan topping kegemaran sama ada madu, mentega, maple syrup atau coklat. Makan begitu sahaja pun sedap.
Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid-19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menjalani saringan kesihatan dan pengesanan Covid-19 dan disahkan negatif.
“Lanjutan daripada proses saringan ini, Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai semalam,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Ahmad Fadil berkata sehubungan itui, Al-Sultan Abdullah telah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik Covid-19 pulih.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini.
Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan,” katanya.
Bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-213 semalam, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas komitmen dan ketabahan menjalankan tanggungjawab dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi bagi membendung pandemik Covid-19 di negara ini.
Al-Sultan Abdullah turut menitahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, akan cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara pada hari yang akan ditentukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.
Semalam, Zulkifli dalam kenyataannya berkata menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar rakyat menunaikan solat di rumah atau tempat masing-masing bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 di seluruh negara, sekali gus menangguhkan aktiviti masjid dan surau bagi mematuhi perintah kawalan itu.
Mengenai jangkitan Covid-19 petugas Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan Covid-19 itu dan Pusat Kesihatan Kepong sedang mengesan semua kontak rapat dan mereka yang bertugas bersama tujuh petugas berkenaan.
“Kesemua kontak rapat dan kakitangan tersebut telah diarahkan menjalani proses saringan jangkitan Covid-19.
Untuk memastikan pendedahan virus ini dapat dikawal dan dicegah di Istana Negara, kesemua kontak rapat dan kakitangan tersebut turut diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari, mulai semalam,” katanya.
Ahmad Fadil berkata Istana Negara akan terus melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman yang menyeluruh mengikut garis panduan keselamatan dan kesihatan ditetapkan KKM.
Pihak pengurusan Istana Negara sentiasa memastikan tahap kesihatan dan persekitaran kondusif yang maksimum di Istana Negara mengikut tatacara serta panduan KKM.
“Langkah-langkah awal untuk memastikan kesejahteraan para pegawai dan petugas di Istana Negara sentiasa diberi keutamaan oleh Seri Paduka Baginda dan ia telah dilaksanakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan.
“Istana Negara akan terus memberi bekerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan jangkitan pandemik ini dibendung dengan segera dan berkesan,” katanya.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.