Bila berat badan sudah naik, mulalah kita sibuk hendak diet. Namun masalah akan timbul bila kita mahu mulakan misi diet tapi banyak pula dugaan datang kiri dan kanan. Memang susah nak tegar ikat perut. Sebab itulah iman mesti kuat.

Berikut perkongsian Adyla Rose  buat mereka yang mahu menurunkn berat badan.

CARA NAK DIET BILA FAMILY KAU TAK DIET

Sesungguhnya ia perkara yang mencabar tetapi tidak mustahil dilakukan. Saya just share pengalaman sendiri ya. Yup of course, kena masak untuk diri sendiri dan masak menu berbeza yang lain pula untuk keluarga. Tapi itulah pengorbanan.

Saya sendiri masih belajar dan terus mencari ilmu tentang diet ni. Masing-masing ada cara diet tertentu, dan masing-masing please hormat dengan cara diet masing-masing. Semuanya tentang pilihan.

Pentingnya korang mulakan diet dengan ILMU, buat pelan diet yang sihat  pada masa yang sama dapat sediakan makanan kepada keluarga juga. Paling penting matlamat korang mencapai KILO yang diimpikan tercapai tanpa terhenti di tengah jalan.

PRAKTIKKAN SELF CONTROL
Tanam azam dan semangat. Fikirkan alang-alang nak buat sesuatu diet tu biar buat betul-betul.

RANCANG DENGAN BAIK
Rancang menu plan seminggu, shopping ikut menu plan supaya korang sentiasa on track dan bersedia. Paling penting tak lost.

CATAT SETIAP HARI KALORI INTAKE
Pakai apps ja catat kalori intake supaya kalori yang korang ambil  tak lebih daripada yg kalori korang perlukan untuk menurunkan berat badan.

IKLAN
Contoh breakfast: lempeng oat

KEKALKAN HIDRASI
Penuhkan botol air korang dengan air kosong sama ada di rumah atau di tempat kerja. Selalu minum air sebab air mampu bantu korang buat keputusan yang realistik, meningkatkan mood  dan korang akan alert terutamanya bab-bab pilihan makanan yang korang nak ambil.

 

 

IKLAN

 

 

IKLAN

SEDIAKAN SNACK SIHAT
If korang ada plan keluar hujung minggu, korang boleh prepare siap-siap snack seperti Apple (saya suka potong kecil-kecil dan masukkan dalam bekas) & kacang almond, in case korang lapar.

ATASI KEINGINAN/ CRAVING
Patuhi waktu makan. Jangan biar perut kosong selepas tempoh 3-4 jam

PILIH HARI CHEAT DAY PADA HARI KORANG BERSAMA/ KELUAR BERSAMA KELUARGA
Hari cheat day saya pada hari AHAD, biasanya saya pilih untuk cheat pada waktu lunch atau dinner meal. Makan makanan yang paling korang teringin makan pada hari tersebut. As a reward sebab korang dah 6 hari buat diet tanpa cheat kan.

TIDUR AWAL
Tidur awal bangun pun awal kan. Prepare siap-siap barang-barang untuk sarapan, snack pagi, ptg dan lunch korang. So pagi-pagi tak kelam kabut kan. Pilih menu yang ringkas dan senang untuk disediakan je. That’s why pentingnya meal plan supaya melancarkan perjalanan diet korang.

BERSABAR WALAUPUN ADA YANG CUBA SABOTAJ DIET ANDA
Kadang-kadang orang cuba sabotaj diet anda berada dekat-dekat dengan korang. Contohnya suami korang sendiri. Si dia asyik ajak korang keluar makan, dan konon-konon merajuk bila tak nak keluar. So Cara atasi korang bawak jela bekal bila keluar makan dengan dia. Hehe. Bila suami korang tengok semangat korang yang kental lagi membara tu, saya pasti dia akan memberikan sepenuh sokongan.

So point mana yang paling mencabar untuk korang lakukan?

Kredit: Adyla Rose

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI