Penggunaan sunscreen secara rutin memberikan banyak manfaat kepada kulit. Gunakanlah sunscreen dengan SPF minimum 30 dan PA+++ sebelum mekap atau beraktiviti di luar, dengan kuantiti sebesar buah ceri.

Memakai sunscreen adalah salah satu perawatan paling penting untuk menjaga kesihatan kulit. Kandungan SPF dan PA dapat melindungi kulit dari paparan sinar matahari yang boleh merosakkan dan menyebabkan kanser.

KENAPA PERLU PAKAI SUNSCREEN?
1. Elak kulit nampak kusam, tak bermaya, gelap atau pun burn
2. Elak kulit berkedut dan cepat nampak tua
3. Elak ada pigmentasi/jeragat – Kebanyakan punca utama jeragat, sebab tak pakai sunscreen.
4. Mencegah daripada penyakit kanser kulit.

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

 

Tidak perlu pakai sunscreen pada waktu malam. Jika di rumah, perlu atau tidak pakai sunscreen? Mesti ramai yang tertanya-tanya.

1. Tidak perlu pakai sunscreen kalau duduk di rumah yang tidak buka langsung pintu dan tingkap, ataupun bangunan yang tak masuk cahaya matahari langsung. Kiranya langsir pun tak buka, bergelap gelita dan harapkan lampu sahaja daripada pagi sampai malam. Cahaya matahari pun tak nampak. Jadi tak perlu pakai sunscreen pun tak apa sebab kulit tak kena cahaya matahari langsung.

2. Perlu pakai sunscreen kalau duduk di rumah tapi buka tingkap, cahaya matahari masuk dan tingkap tak ada perlindungan daripada UV. Kalau tak nak pakai sunscreen, moisturizer with SPF15-30 should be enough.

IKLAN
Photo by cottonbro from Pexels

 

3. Perlu pakai sunscreen kalau di duduk rumah, tapi keluar sekejap-sekejap untuk jemur kain, abang pos laju datang hantar barang ke ataupun keluar siram pokok. Bila keluar rumah walaupun sekejap, kulit kita terdedah dengan matahari. Jadi, kita perlulah pakai sunscreen. Untuk daily use, SPF30 should be enough tapi make sure pakai yang secukupnya.

Kesimpulannya, lebih elok pakai sunscreen untuk melindungi kulit daripada selaan cahaya matahari. Oleskan sunscreen setiap dua jam, terutama jika memiliki kulit sensitif.

PILIHAN SUNSCREEN YANG BOLEH DIPAKAI:

IKLAN

Innisfree Daily UV Defense Sunscreen SPF 36

Sesuai dipakai setiap hari, tidak melekit dan ringan apabila disapu pada kulit wajah. Mengandungi SPF50+ PA****, sunscreen dari Innisfree ini juga sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.

Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF50+/PA++++

Mengandungi asid hyaluronik, ekstrak royal jelly, dan sitrus, produk ini sangat ringan pada kulit wajah. Ia kalis air dan sesuai untuk mereka yang gemar berenang.

IKLAN

Etude Sunprise Mild Airy Finish Sun Milk SPF50+ / PA+++

Mengandungi 100 peratus bahan mineral, termasuk mistletoe dan aloe vera yang menenangkan dan ceri Barbados untuk menanjalkan kulit wajah.  Tidak salah melabur wang pada formula berteknologi tinggi seperti ini.

Makep.rem UV Defense Me Blue Ray Sun Gel SPF 50+ PA++++

Gel ini meresap jauh ke dalam kulit tanpa rasa melekit dan membuatkan wajah kelihatan berkilat. Ia memberikan perlindungan SPF50 yang kuat.

HIJABISTA: Amalkan pemakaian sunscreen terutama apabila anda perlu keluar rumah. Sunscreen dapat melindungi kulit wajah daripada ‘dimamah’ cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit wajah. 

Sumber kredit: Iman Abdul Rahim Top image: Photo by Anna Shvets from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI