Edisi terhad EiD dUCK bakal dilancarkan pada 18 Mei 2018 di Pavillion dan ramai pengumpul setia koleksi tudung dUCK atau dUCKies pasti tak sabar menunggu gambaran sebenar keluaran ini.
Edisi terhad ini berinspirasi dari perjalanan cerita kisah silam datin Vivy Yusof bersama Tok Ma semasa bulan ramadan. Walaupun ramai yang sudah berteka-teki, admin cuba ingin menguji peminat setia jenama tudung ini apakah gambaran sebenar EiD dUCK. Jom jawab soalan polling ini, mana tahu anda yang bertuah memenangi hadiah istimewa dari HIJABISTA.
Ads
Ads
Ads
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pada pagi yang indah bersamaan 7 Ramadhan 1442H ini, penyanyi terulung negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi lelaki.
Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi tadi.
Menerusi laman instagramnya, Siti dan juga bayi dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sihat.
Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.
Apa yang penting baginya adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.
Beliau dan isteri turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.
Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.
Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah Yang Esa, insyaAllah.
Disebabkan bahagian kaki merupakan aurat dan haram dipertayangkan pada orang ramai, sebuah jenama kasut tempatan mengambil insitiatif berbeza apabila menggunakan kaki lelaki sebagai model kasut mereka.
Hasil daripada kreativiti jurufoto,foto itu seterusnya akan disunting supaya kelihatan ‘flawless’ seperti kaki seorang perempuan.
Perkara ini telah dikongsikan oleh Mohd Nor Amin Zainuddin di laman Facebooknya dan menyifatkan si penjual kasut ini mengambil tindakan yang bagus dalam memelihara aurat wanita.
.
.
.
alaupun nampak kecil namun sebenarnya ia boleh jadi dosa besar jika aurat menjadi tatapan ramai. Sebenarnya, bagi mengatasi masalah ini ada alternatif lain juga yang boleh digunakan iaitu dengan mengenakan stoking pada kaki model wanita. Apa pendapat anda pula?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nampaknya seorang demi seorang selebriti kita yang tampil berhijab. Terbaru selepas penyanyi Siti Sarah, pelakon Faouziah Gous dikatakan sudah tampil berhijab. Dilihat dalam laman instagram pelakon ini memperlihatkan sisi dirinya yang mengenakan hijab sejak Jumaat lalu. Ternyata penampilan terbaru Fouziah Gous itu mengundang reaksi positif netizen. Ramai memuji ibu kepada dua cahayamata ini yang lebih cantik apabila berhijab.
Biarpun kemas kini status berkenaan tanpa sebarang kapsyen memberi gambaran dirinya sudah berhijab, tetapi rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah selain mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Namun dalam pada itu, dalam postingnya itu, Fouziah ada meletakkan tanda pagar #klate yang menunjukkan dia berada di negeri Serambi Mekah untuk beberapa hari atas urusan di sana.
Walaupun belum pasti dirinya sudah berhijab sepenuhnya, tetapi apa yang pasti kecantikan Fouziah lebih terserlah dengan pemakaian hijab yang tertutup litup cukup sempurna.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.