Seringkali kali kita mendengar, perlu minum banyak air untuk memastikan keadaan tubuh dalam keadaan sihat dan tidak berlaku sebarang komplikasi sistem organ dalaman.
Lebih menambah keperluan itu faktor cuaca negara kita yang panas tentu memudahkan tubuh badan terhidrat dengan cepat.

Bagaimanakah caranya minum air dengan cara yang betul terutama pada bulab Ramadan ini. Berikut perkongsian Doktor Hafiz Sulaiman.

5 TIP MINUM AIR DI BULAN PUASA

Air kosong bukan sahaja penting untuk fungsi tubuh yang optimum dan segar sewaktu berpuasa.

Minum air yang cukup  mencegah dehidrasi punca badan stres, rasa nak pitam dan
badan rasa lemah lesu.

Suka saya nak kongsikan amalan saya, 5 tip minum air sewaktu bulan Ramadan:

1) PASTIKAN PENGAMBILAN AIR YANG MENCUKUPI

Periksa warna air kencing..pastikan minum sampai warna jernih dengan mungkin sedikit kekuningan. Kencing lebih 10kali sehari warna putih jernih mungkin menandakan terlebih minum air. Air kencing warna “coke” menandakan kita perlu kerapkan lagi minum air. Kerapkan pengambilan secawan setiap sejam lepas berbuka lebih baik daripada minum 3-4 gelas sekaligus. Perlukah 8-12 gelas sehari?

Doktor Ini Kongsi Tip Minum Air Di Bulan Ramadan, Elak Dehidrasi, Pitam & Tubuh Lesu

Periksa saja warna air kencing. Tapi jangan pula tunggu sampai dahaga teruk baru nak minum ya.

2) PASTIKAN TIMING PENGAMBILAN AIR YANG SESUAI

Minum maksimum setengah gelas sahaja sejurus sebelum makan dan satu gelas selepas makan. Kita tidak mahu mencairkan jus pencernaan yang membantu penghadaman. Saya kebiasaannya mengesyorkan minum 1-2gelas air setiap jam bulan puasa.

Doktor Ini Kongsi Tip Minum Air Di Bulan Ramadan, Elak Dehidrasi, Pitam & Tubuh Lesu

Minum 2 gelas air sebelum tidur dan 1.5 gelas air sewaktu bersahur. Jika anda bersahur ringan seperti kurma sahaja mungkin boleh upkan jadi 3 gelas air.

3) MINUMAN MANIS: ELAKKAN PENGAMBILAN BERLEBIHAN

Tiada masalah minum manis walaupun tiada hadith soheh yang jelas menyarankannya. Waktu paling sesuai minum air manis ialah sudah tentu sewaktu berbuka puasa.

Saya kebiasaannya mengelakkan minum manis sepanjang bulan puasa kerana “ketagihan manis” ini bisa menyebabkan badan jadi stres dan sangap waktu siang..Maksudnya, waktu paling saya elak minum manis ialah waktu bersahur.

Doktor Ini Kongsi Tip Minum Air Di Bulan Ramadan, Elak Dehidrasi, Pitam & Tubuh Lesu

Bagi yang ada penyakit kencing manis tanpa ambil ubat, eloklah guna peluang ini pantang terus air manis. Bagi yang gula selalunya terlampau tinggi, bila puasa siang boleh alami
simtom relative hypoglycemia. Dapatkan nasihat doktor sewaktu bulan puasa ini ya.

4) MINUMAN BERKAFEIN

Mereka yang ada masalah sistem pencernaan serta stres yang tinggi eloklah elakkan kafein. Kafein ini walaupun memberi tenaga tetapi buat sementara sahaja dan badan akan merasai kepenatan.

Malah kafein juga “menarik keluar” air dari diserap badan (kesan diuretik).

Doktor Ini Kongsi Tip Minum Air Di Bulan Ramadan, Elak Dehidrasi, Pitam & Tubuh Lesu

Sesetengah orang mungkin mengalami rasa berdebar kuat, menggigil, migrain dengan pengambilan kopi kerana kafein ini umpama topup kepada stres awal berpuasa.

Kafein yang diminum waktu malam juga mungkin mengganggu keseimbangan keseluruhan sistem hormon badan..terutamanya perembesan hormon tidur (Melatonin).

Bagi yang tiada masalah kesihatan, minuman berkafein bukanlah kepantangan utama pada bulan puasa. Saya kebiasaannya minum pada waktu paling mesra hormon iaitu sewaktu bersahur.

5) MINUMAN PROSES

Minuman proses ini biasanya tinggi gula terutamanya jus kotak berperisa buah, susu berperisa dan juga minuman berkarbonat.

Ada yang kata, takpe lah minum diet soda berkarbonat yang “lebih sihat”. Bulan puasa ni, badan kita kerja keras tau nak detox bahan bahaya dalam sel lemak kita yang rosakkan kesihatan kita selama ni.. Maka janganlah kita topup lagi dengan bahan kimia seperti pemanis tiruan dan pengawet seperti aspartam, maltodekstrin dan HFCS yang merosakkan.

Bagi lah chann badan rehat sikit bulan puasa ni ye.

Doktor Ini Kongsi Tip Minum Air Di Bulan Ramadan, Elak Dehidrasi, Pitam & Tubuh Lesu

 

Banyakkan minum jus buah ori dan air kosong semata. Bila badan dah adaptasi dengan stres berpuasa, apa salahnya mengopi mengeteh sekali sekala kan?

Sama-sama kita hayati keberkatan bulan ini dan semoga kita semua mendapat manfaat darinya..ameen.

Sumber kredit: Hafiz Sulaiman

DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.

http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA

Doktor Ini Kongsi Tip Minum Air Di Bulan Ramadan, Elak Dehidrasi, Pitam & Tubuh Lesu

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI