Jus lemon adalah minuman rendah kalori dan berupaya mengawal tubuh badan daripada kesan dehidrasi. Amalan secawan air lemon hangat setiap pagi sebelum mengambil sebarang makanan mampu mengaktifkan sistem pencernaan.
Asid sitrik yang ditemui dalam lemon menambah asid secara semula jadi dan membantu memecahkan makanan. Sambil menghirup minuman lemon panas secara tidak langsung bertindak sebagai pelembut dalam sistem pencernaan.
Perahan lemon yang dicampurkan dengan gula perang atau madu ke dalam air suam dapat memberikan banyak manfaat kepada badan anda dalam banyak cara, termasuk membantu untuk menurunkan berat badan, meningkatkan penghadaman dan membekalkan vitamin C.
TINGKATKAN PENYERAPAN NUTRIEN
IKLAN
Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar, tambahkan setengah sudu gula perang atau madu dan dibancuh dalam segelas air suam. Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.
Ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan.
KAYA KANDUNGAN VITAMIN C
IKLAN
Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin. Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru di makan. Oleh itu sangat baik setelah selesai memakan makanan yang banyak lemak.
Jus lemon menyediakan jumlah Vitamin C yang tinggi. Satu biji limau memberikan 30.7 mg vitamin C, berbanding dengan jumlah harian yang disyorkan ialah 75 mg bagi wanita dan 90 mg untuk lelaki oleh USDA.
IKLAN
Mereka yang mengambil lebih banyak vitamin C mempunyai sistem pencernaan yang lebih cekap kerana ia meningkatkan keasidan dalam sistem pencernaan. Vitamin C dalam jus lemon juga meningkatkan sistem tahan, membantu mencegah penyakit jantung koronari, dan mengurangkan risiko anda untuk strok, dan gout.
Ia juga adalah antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.
Buah tembikai memang sedap dan enak dimakan. Bukan sahaja punya manfaat untuk kesihatan tubuh, malah ia juga baik untuk kesihatan kulit. Kalau anda nak tahu, tembikai juga boleh dijadikan masker.
Foto: Google
Masker tembikai mempunyai 1001 kebaikan untuk kulit. Antaranya kulit akan menjadi lebih lembut, kenyal dan berseri. Menariknya, tiada siapa akan mengalami masalah kulit kerana tembikai sesuai untuk semua jenis kulit.
Sebaiknya, gunakan masker ini seminggu sekali. Mudah saja kalau anda mahu buat masker tembikai ini. Bahan dan cara-caranya ada di bawah.
Bahan-bahan:
1/8 buah tembikai
2 sudu teh madu
Cara-cara:
Hancurkan 1/8 buah tembikai menggunakan garpu. Jangan potong terlalu halus.
Tambahkan 1 hingga 2 sudu teh madu dan kacau hingga sebati.
Sapukan pada wajah dan leher secara menyeluruh.
Biarkan selama 20 minit.
Bilas wajah menggunakan air sejuk sehingga bersih.
Selepas itu, sapukan pelembap yang sesuai dengan kulit anda.
Kebanyakkan kaum wanita di era pembangunan ini pastinya mempunyai kerjaya, dan dalam kesibukkan menguruskan kerjaya atau anda yang sememangnya ‘workaholic’ pastinya mempunyai kekangan masa untuk membelai diri dan memanjakan kulit dengan rutin penjagaan kulit wajah yang remeh dan leceh!
Tapi sebagai wanita, bila kita melihat kehalusan, kecantikan dan kemulusan kulit wajah wanita lain, pastinya jauh di sudut hati kita tercuit dan terdetik untuk mendambakan kulit wajah yang sama.
Malah, kulit wajah yang tidak dijaga dan diurus dengan baik akan mempunyai risiko pebagai masalah kulit! Lebih teruk jika kulit breakout, pasti keyakinan diri pun merundum. Justeru, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan rutin penjagaan kulit yang ringkas dan mudah khas buat hijabi yang berkerjaya!
Rutin Penjagaan Kulit ‘Day R Night A’, Semudah ABC!
Rutin penjagaan kulit yang mudah ini dikenali sebagai ‘Day R Night A’ yang bermaksud, siang dan malam adalah waktu untuk membaiki (repair) kulit wajah tidak kira dimana jua anda berada. Meskipun, anda sibuk bekerja atau sedang berehat dan tidur sahaja di rumah!
Rutin ini telah diformulasikan oleh jenama kecantikan terkemuka di Malaysia iaitu Y.O.U Beauty, mereka telah mencipta rutin khusus bagi orang dewasa yang sedang fokus untuk mengembangkan kerjaya terutamanya bagi wanita yang berusia di pertengahan 20-an hingga 30-an.
Kerana golongan ini begitu ‘workaholic’ dan sentiasa memerlukan pendekatan perlindungan penjagaan kulit yang komprehensif.
Malah, apabila usia semakin meningkat kulit kita mengalami pelbagai perubahan disebabkan oleh banyak faktor seperti tekanan, tabiat gaya hidup yang tidak sihat, terdedah kepada cahaya matahari dan pencemaran alam sekitar.
Faktor ini akan memberikan kesan kepada kulit seperti masalah bintik hitam, kulit kusam dan kedutan. Justeru, adalah penting untuk menjaga kulit kita dengan baik dengan mengamalkan tabiat gaya hidup sihat, seperti pemakanan seimbang, kerap bersenam dan mempunyai tidur yang cukup.
Mesti hijabi dah tak sabar nak tahu kan? Bagaimana cara rutin penjagaan kulit wajah yang masih boleh membuatkan kulit anda cantik, glowing dan berseri meskipun sedang melaksanakan kerja-kerja lain. Ini dia penyelesainnya!
Hanya Gunakan Dua Rangkaian Penjagaan Kulit Y.O.U!
Sehubungan itu, penggunaan produk penjagaan kulit yang tepat dan amalkan rutin yang sewajarnya adalah penting bagi wanita bekerjaya untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah.
Oleh itu, pakar di Y.O.U Beauty telah mencipta Rutin Penjagaan Kulit ‘Day R Night A’, yang menyelesaikan masalah bintik-bintik gelap, kulit kusam dan tanda-tanda awal penuaan.
Rutin Perlindungan Siang ‘R’ menampilkan Radiance Up! Iaitu serum antioksida yang dirumus dengan mnenggunakan SymWhite 377, Carnosine dan ekstrak Camellia dari Korea. SymWhite 377 ialah sejenis bahan pencerah yang bertindak 32 kali lebih berkesan berbanding arbutin dan 210 kali lebih bermanfaat daripada asid kojic dalam membantu mencerahkan kulit wajah.
Selain itu, ia juga mampu menghalang kerosakan kolagen pada kulit, sekaligus membantu mengekalkan kulit yang berseri dan awet muda bebas dari kelihatan tua.
Manakala, Rutin Pembaikan Malam ‘A’ menampilkan Advanced Youth Intensive Peptide Serum yang dibuat untuk membantu merawat tanda-tanda awal penuaan.
Serum ini dirumus dengan PhytoCodine, Peptida iaitu tumbuhan yang membantu meremajakan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit, serta mengurangkan garis halus dan memperbaiki tekstur kulit untuk hijabi kelihatan lebih muda.
Secara keseluruhanya, serum ini berpotensi meningkatkan rupa dan tekstur kulit, agar kelihatan lebih berseri.
Dah tau caranya kan, tunggu apa lagi sis? Lekas dapatkan dua serum ohsem dari Y.O.U Beauty ni dan realisasikan impian mempunyai kulit yang menawan meskipun berada di puncak kerjaya! Selamat mencuba.
Miceller Water atau air micellar sebenarnya adalah pembersih yang dihasilkan daripada micelle iaitu molekul kecil dicampur dengan air. Ia berfungsi untuk membersihkan kekotoran pada kulitr wajah disebabkan ia mempunyai satu komponen yang mampu memerangkap kotoran.
Walau bagaimanapun, mungkin ramai yang pernah mendengar tentang micellar water namun tidak ramai yang tahu tentang fungsinya. Mungkin ada juga yang berpendapat bahawa micellar water ini hanya sesuai digunakan untuk mencuci mekap.
Photo by Sora Shimazaki from Pexels
Berikut perkongsian Kanda Aziz tentang micellar water dan kegunaannya.
TIGA PILIHAN MICELLAR WATER
Ini tiga micellar water yang paling saya suka guna setakat ini. Ketiga-tiga micellar water ini tidak mengeringkan kulit.
Semua micellar water ini bebas daripada pewangi dan alkohol. Semua jenis kulit boleh menggunakannya. Dalam pemilihan micellar water, saya lebih suka pilih dan guna yang tanpa alkohol (ethanol & sekutu).
Photo by Sora Shimazaki from Pexels
Kehadiran alkohol dalam micellar water biasanya mengeringkan kulit. Berbeza dengan kandungan alkohol yang terdapat dalam pelembap dan sunscreen, ia tidak mengandungi surfaktan (yang berpotensi mengeringkan kulit) dan kedua-duanya terdapat pelbagai ejen pelembap yang boleh mengurangkan kesan kering disebabkan alkohol.
LELAKI PERLUKAH PAKAI MICELLAR WATER SEDANGKAN LELAKI TIDAK BERMEKAP
Saya sendiri suka mengggunakan micellar water untuk menanggalkan sisa-sisa produk perawatan kulit wajah dan sunscreen pada waktu siang hari. Pencucian muka yang dilakukan pada waktu siang hari boleh membantu mengurangkan masalah jerawat, punca terjadinya pori-pori tersumbat.
Nivea MicellAir Skin Breath
Nivea MicellAir Skin Breath ini bagus untuk kulit kerana selepas digunakan, kulit terasa lembap seperti menggunakan hydrating toner.
Simple Water Boost Micellar Cleansing Water
Simple Water Boost Micellar Cleansing Water mengandungi ekstrak tumbuhan dan mineral penting untuk kulit. Ia membantu untuk membersihkan dan menghilangkan kotoran dan sisa mekap pada kulit wajah. Dalam masa yang sama ia juga menyegarkan dan melembapkan kulit.
Simple Micellar Cleansing Water Kind To Skin
Sesuai digunakan untuk membersihkan mekap pada kulit wajah. Bagi mereka yang memiliki kulit yang sensitif, produk ini sesuai untuk anda. Ia tidak merengsakan kulit wajah. Berfungsi dengan lembut membersihkan kuliot wajah dengan lembut dan berkesan.
FUNGSI AIR MICELLAR
*Menyingkirkan kesan solekan lebih semula jadi
*Membersihkan kotoran yang melekat pada permukaan kulit wajah
*Membersihkan pori dengan lebih efektif supaya tidak tersumbat
Photo by Sora Shimazaki from Pexels
*Mengurangkan risiko pembentukan jerawat, bintik putih dan bintik hitam
*Menyingkirkan sel kulit mati. Ia secara tidak langsung merangsang proses pembentukan sel baharu
*Membantu kulit untuk bernafas dengan lebih baik kerana pori tidak tersumbat
HIJABISTA: Kenali jenis kulit anda terlebih dahulu sebelum memilih jenis miceller water yang akan anda gunakan sebagai rejim perawatan kulit wajah.
Malah, sejak mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang suami isteri, rupa paras dan penampilan suri hati kepada Datuk Abdul Latif Romly ini dilihat semakin menawan dan kian terserlah kejelitaan wanita berusia 25 tahun ini.