Makanan yang bergoreng memang menjadi hidangan yang paling digemari. Lazimnya, majoriti individu akan menggunakan minyak masak sama berulang kali untuk menggoreng ikan atau ayam bagi menjimatkan kos. Namun tahukah anda bahawa perbuatan mengulang pakai minyak masak boleh mengundang masalah kesihatan?

Hadkan penggunaan minyak masak untuk menggoreng

Penggunaan minyak masak dalam menyediakan makanan sama ada untuk tumisan atau menggoreng perlu dihadkan. Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.

Jika minyak ini digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonenal yang terkumpul dalam minyak itu. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.

Menggunakan minyak yang telah digunakan beberapa kali akan mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.

Sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.

IKLAN

Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.

Hal ini berbeza bagi minyak hasil daripada gorengan sayur, ikan bilis, tempe, tauhu, dan kuih-muih. Minyak masak berkenaan masih boleh dipakai untuk kali kedua dan ketiga asalkan tidak bertukar warna serta segala sisa gorengan didalamnya ditapis dan dibuang.

Berikut Enam Cara Menggunakan Minyak Masak Dengan Betul:

IKLAN

1. Jadikan mata dan hidung sebagai peengesan bau minyak. Jika ada bau tengik menyengat. Ia bermakna minyak mungkin telah rosak, secara tidak langsung makanan yang anda goreng juga akan berbau dan tercemar.

2. Perhatikan kemasan pada botol minyak yang anda beli, jika ada bocor, kemasukan udara dan wap air boleh menjejaskan mutu minyak masak.

3. Elakkan menggunakan kuali atau periuk yang diperbuat daripada besi dan tembaga kerana dua bahan ini lebih mudah menyebabkan minyak rosak berbanding kuali yang diperbuat dari stainless steel kerana ia tidak bertindakbalas dengan minyak.

IKLAN

4.Elakkan dari memasukkan makanan sejuk beku ke dalam minyak panas kerana air akan memudahkan minyak menjadi rosak.

5.Goreng makanan apabila minyak betul-betul panas, supaya hasil gorengan menjadi lebih sempurna.

6. Agar kualaiti minyak terjaga, pastikan suhu minyak semasa menggoreng tidak lebih dari 190C.

Sumber kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI