Doktor Ini Jelaskan Bahaya Ambil Makanan Yang Diawet & Ikan Kering, Salah Satu Penyebab Kanser Hidung

Share

Kecoh minggu lalu apabila pemain badminton negara kesayangan ramai, Datuk Lee Chong Wei kini sedang menjalani rawatan di Taiwan akibat kanser hidung tahap awal. Ramai melahirkan rasa simpati pada hero negara itu dan mendoakan kesihatan beliau pulih seperti sedia kala. Dalam pada itu, ramai juga yang tertanya-tanya apa sebenarnya kanser hidung ini kerana jarang sekali mendengar sakit ini kecuali kanser payudara, paru-paru, prostat atau ovari. Ramai yang tertanya-tanya apakah itu kanser hidung kerana jarang mendengarnya berbanding payudara, usu, paru-paru atau lymphoma. Menjelaskan perkara ini, Doktor Mohd Shaiful Nizam

berkongsi info mengenai kanser hidung di laman twitternya.

Menurut Dr Mohd Shaiful Nizam yang juga doktor telinga, hidung dan tekak ini kanser yang menyerang atlet negara ini adalah Kanser Pangkal Hidung atau nama lain Nasopharyngeal Carcinoma (NPC).

Kanser NPC ini terjadi di bahagian Nasofarinks berdekatan dengan pangkal tengkorak. Kanser ini juga kerap dihidapi oleh kaum Cina dan menduduki tangga ke lima selepas payudara, usus, paru-paru dan lymphoma.

Faktor risiko disebabkan keturunan dan jangkitan Virus Epstein Barr. Juga dikatakan amalan gaya hidup seperti merokok dan pemakanan yang diawet seperti sayuran atau ikan kering.

Gejala utama bengkak di bahagian leher, selain pendarahan hidung atau hidung tersumbat dan kurang pendengaran di sebelah telinga.

Untuk kepastian menghidapinya, biopsi tisu atau ketumbuhan dalam hidung di bahagian Nasofarinks diperlukan. Boleh dilakukan di klinik ENT dengan melakukan kaedah bius.

Jika masih ditahap awal dan terus mendapatkan rawatan, kelangsungan hidup (prognosis) boleh bertahan sehingga lima tahun atau jika berada di tahap lain bergantung sekiranya belum merebak ke kawasan lain.

IKLAN