Teknik penjagaan wajah yang tepat dapat membantu kita bagi mendapatkan kulit wajah yang bersih dan sihat. Walau bagaimanapun mungkin ada di antara kita tidak melakukan langkah-langkah penjagaan wajah dengan cara yang sesuai sehingga akhirnya kulit jadi bermasalah.

Sebenarnya penting untuk kita tahu tentang cara-cara untuk menjaga kulit wajah serta menggunakan produk yang bersesuaian. Sedikit ilmu perlu ada bagi membantu usaha untuk mendapatkan kulit yang bukan sahaja lembut, gebu dan glowing tetapi juga sihat.

Melalui perkongsian Dr Junie Ong Fu Tze yang merupakan doktor estetik di Ko Skin Specialist, beliau menggariskan lima rutin penjagaan kulit asas yang perlu diamalkan oleh setiap orang, untuk kulit yang lebih sihat.

1. BERSIHKAN DUA KALI
Cara yang betul untuk membersihkan kulit anda selepas seharian berada di luar ialah untuk membersihkannya dua kali. Pertama sekali, bersihkan muka anda dengan pembersih berasaskan minyak untuk menanggalkan kesan mekap, krim pelindung matahari dan sisa kotoran. Kemudian, gunakan pembersih berbuih untuk membersihkan lagi kulit.

Pembersihan dua kali penting kerana ia menyediakan kulit anda untuk mendapatkan manfaat maksimum dari penyegar, pelembap dan produk-produk lain yang digunakan selepas itu. Kaedah ini juga membantu menggalakkan kulit yang lebih sihat, lebih seimbang dan dilembapkan dengan betul.

 

IKLAN

 

Jika membersih dua kali kedengaran seperti terlalu banyak kerja, anda boleh menggunakan KO Series Vitality 2-In-1 Facial Cleanser. Pembersih ini menggabungkan kedua-dua minyak pembersih dan buih pembersih. Semasa menyapukan minyak pembersih ke kulit anda, ia akan bertukar menjadi buih dan memberikan anda kesan pembersihan yang menyeluruh.

2. GUNAKAN PENYEGAR DENGAN ASID SALISILIK
Asid salisilik merupakan pengelupas yang berkesan, tidak merengsakan dan bersifat anti-mikrob. Jika digunakan dengan betul, ia boleh membantu merawat masalah kulit. Gunakan penyegar terlebih dahulu sebelum menggunakan produk lain, untuk mengelakkan kulit anda daripada tersumbat disebabkan sisa mekap.

Dengan penggunaan penyegar yang baik secara berterusan, anda akan mendapati liang-liang roma menjadi lebih kecil dan kurang bermasalah. Mereka yang cenderung menghadapi masalah akne dan mempunyai kulit berminyak disyorkan untuk menggunakan penyegar dengan asid salisilik sebagai kandungan utama.

3. SERUM VITAMIN C
Apabila digunakan untuk rutin penjagaan kulit harian, vitamin C boleh memberikan kesan menakjubkan untuk kulit anda. Ia akan mengurangkan penampilan tompok hitam, menggalakkan pembentukan kolagen sihat, mengurangkan keradangan dan kerengsaan, melunturkan kesan akne, memperbaiki proses penyembuhan kulit secara semula jadi dan meningkatkan ketahanan kulit terhadap sinar UV.

IKLAN

Selepas menggunakan penyegar, sapukan beberapa titik serum vitamin C ke muka anda. Pilih serum yang mudah diserap oleh kulit dan meninggalkan wangian yang menyegarkan.

4. GUNAKAN PELEMBAP WALAUPUN KULIT ANDA BERMINYAK
Mereka dengan kulit berminyak lazim mengabaikan langkah ini kerana mereka tidak menyukai sensasi melekit yang ditinggalkan oleh pelembap. Ia merupakan kesilapan terbesar yang boleh dilakukan.

Apabila anda tidak menggunakan pelembap, terutama sekali dalam iklim Malaysia yang panas, kulit anda akan mengering dan perlu menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengatasi kekurangan kelembapan. Ia bermakna, kulit anda akan semakin berminyak.

IKLAN

Terdapat pelembap untuk semua jenis kulit, anda hanya perlu mencari pelembap yang sesuai untuk anda. Pelembap yang baik akan memberikan kesan penghidratan yang optimum tanpa meninggalkan sensasi berminyak atau melekit. Mereka dengan kulit berminyak boleh memilih pelembap berasaskan air seperti Dermax Bio Hydro Gel 7A atau Ko Dermacare Aqua Hydrating Moisturizer I.

5. KRIM PELINDUNG MATAHARI (UVA/UVB) SPEKTRUM LEBAR 
Untuk memahami kepentingan langkah terakhir ini, anda perlu terlebih dahulu memahami bagaimana sinar UVA dan UVB matahari boleh merosakkan kulit. UVB merupakan penyebab utama kemerahan kulit dan selaran matahari; ia menyebabkan kanser kulit dan penuaan pramatang. Sinaran UVA pula, boleh menembusi kulit dengan lebih mendalam berbanding UVB dan memainkan peranan penting dalam penuaan kulit dan pembentukan kedutan.

Oleh kerana kedua-dua sinaran ini boleh merosakkan kulit, anda memerlukan krim pelindung matahari spektrum lebar yang memberikan perlindungan daripada kedua-dua sinar UVA dan UVB.

Dengan pengetahuan yang ada tentang cara-cara menjaga kecantikan kulit wajah maka impian untuk memiliki kulit wajah yang diidamkan pasti menjadi kenyataan.

Sumber kredit: koskinspecialist.com

https://www.youtube.com/embed/2lWY_qZ8-iE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI