Doa Yang Satu Ni Tak Pernah Lekang Dari Bibir, Elizad Sharifuddin Terus Ikhtiar Mohon Dikurniakan Zuriat

Share

Pelakon, pengacara dan penyampai radio terkenal, Elizad Sharifuddin berkongsi satu doa di laman instagramnya dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.

Ujarnya, doa yang satu ini antara yang tidak pernah lekang dari bibirnya untuk diamalkan.

“ Rabbi habli milla dunka zurriatan tayyibatan innaka samiuldduaaa “ .
Wahai Tuhanku , Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sempurna : sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan “ .

Selain dari doa2 lain , DOA yang “ SATU “ ni x pernah lekang dari kami berdua .

Sebelum ini, Elizad pernah berkongsi bahawa dirinya menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) pada Februari lalu.

InsyaAllah, segala usahanya nanti pasti akan ada hasilnya. Didoakan moga Elizad bersama pasangannya, Shamsul Baharin Rahman dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata. Amin.

IKLAN