Jika kita mengamalkan rutin skrub pada badan, pastinya kulit badan bukan sahaja lebih bersih malah licin, lembut dan cerah berseri. Skrub badan adalah gabungan 3 fungsi dalam 1 produk. Pembersihan, pengelupasan dan urutan. Fungsi-fungsi ini tidak dapat dilakukan dengan menggunakan sabun yang biasa sahaja.

Fungsi umum skrub badan yang baik kepada anda adalah skrub yang membantu untuk mengekalkan kulit yang sihat, bersih, licin, lembap, lembut dan kelihatan segar. Anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan skrub badan yang dibeli atau membuat sendiri secara natural menggunakan bahan-bahan di rumah anda.

Dengan menggunakan skrub badan, sel-sel kulit mati kita akan dapat ditanggalkan. Sekaligus mengurangkan kesan gelap terutama di celah pelipat, ketiak, lutut dan bahagian kulit badan yang tertutup.

Skrub badan juga berupaya untuk melindungi kulit kita daripada cepat rosak dan kelihatan tua sebelum usia. Sama seperti sel-sel kulit di wajah, sel-sel kulit mati di badan juga perlu selalu dibuang dengan menggunakan skrub badan. Apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit baru yang lebih sihat akan terhasil.

IKLAN

Proses penyingkiran sel kulit mati berlaku dengan perlahan-lahan seiring dengan pertambahan usia. Jadi untuk mempercepatkan proses itu, amalkan penggunaan skrub yang konsisten dengan bahan yang selamat.

Berikut dikongsikan tip membuat sendiri skrub tubuh menggunakan bahas asas Gula Low G

IKLAN

 

 

IKLAN

Skrub sangat penting dilakukan, untuk menghilangkan sel kulit mati. Apalagi semakin bertambahnya usia, pelepasan sel kulit mati semakin perlahan sehingga memerlukan ‘bantuan’ skrub tubuh.

Fungsi skrub selain dapat menghilangkan sel kulit mati, kulit tubuh akan tampak lebih bersih dan cerah. Namun jangan terlalu sering melakukan skrub. Kulit boleh mengalami alahan. Skrublah tubuh seminggu sekali dan paling banyak dua kali dalam seminggu.

Sumber kredit: CSR Teman Sajian

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI