Anda pasti sering mendengar istilah tepuk dan usap/oles ketika membaca petunjuk dan artikel soal skincare. Sebetulnya mana teknik memakai skincare yang paling tepat, ditepuk atau diusap?

Ini cara mudah mengingatinya. Bagi produk skincare pembersih kulit wajah seperti sabun pembersih, toner, atau cleansing oil, aplikasikan dengan cara mengusap lembut, kerana anda perlu mengangkat kotoran dan sisa mekap dari permukaan kulit. Namun, hindari menggosok terlalu keras kerana ia menarik kulit dan menyebabkan kulit menjadi kedut/kendur.

Sementara untuk produk skincare yang berfungsi menutrisi dan memberi kelembapan seperti pelembap, serum, krim mata, dan tabir surya, gunakan dengan teknik menepuk-nepuk lembut. Mengapa? Hal ini kerana perbuatan menepuk-nepuk akan membantu proses penyerapan produk dengan lebih maksimum ke dalam jaringan kulit. Triknya adalah, letakkan dalam beberapa titik pada wajah, baurkan perlahan menggunakan jemari tanpa memberi tekanan, kemudian tepuk-tepuk ringan ke seluruh wajah anda.

BERHATI-HATI DENGAN BAHAGIAN WAJAH YANG SENSITIF

Beberapa bahagian wajah lebih sensitif dibandingkan bahagian yang lainnya, salah satunya adalah bahagian sekitar kulit di sekitar mata. Kulit bahagian ini lebih nipis dan minimum kelenjar minyak, maka bahagian kulit sekitar mata paling cepat menunjukkan kekeringan dan timbulnya kedutan. Di bahagian ini, elakkan untuk menarik kulit seperti gerakan mengoles/mengusap yang terlampau kuat, juga saat membersihkan mekap di bahagian mata.

IKLAN

Saat membersihkan mekap di bahagian mata, tekapkan dahulu mata dengan kapas yang sudah diletakkan eye makeup remover, kemudian usapkan perlahan. Untuk sisa maskara di bahagian yang sulit dijangkau, daripada menggosok bahagian mata dengan kuat, lebih baik gunakan cotton bud.

Saat mengoleskan eye cream, lakukan dengan menepuk-nepuk lembut krim yang telah anda letakkan di sekitar mata, menggunakan jari manis. Hal ini kerana bahagian kulit sekitar mata cukup banyak bergerak mengikuti pergerakan pada wajah. Jangan aplikasikan produk terlalu banyak dan terlalu dekat dengan garis bulu mata. Ini kerana ia boleh menyebabkan krim mata bergeser masuk ke dalam bola mata dan menyebabkan iritasi.

IKLAN

PERHATIKAN ARAH APLIKASI PRODUK KECANTIKAN

Saat mengusapkan skincare, lakukan dengan gerakan melingkar ke atas untuk melawan arah graviti dan berlawanan arah jarum jam.

IKLAN

Sementara untuk pengaplikasian eye cream, tepuk-tepukkan dari arah sudut luar ke dalam mata, berlawanan dengan arah graviti.

Sekarang anda sudah tahu bukan, bila waktu yang sesuai untuk menepuk dan mengusap saat memakai skincare pada wajah anda.

Sumber kredit: Women’s Health

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI