Selepas membintangi filem Buya Hamka, Laudya Cynthia Bella dilihat tidak lagi aktif dalam dunia hiburan. Dia kini lebih sibuk dengan perniagaan fesyen dan kecantikannya.
Biarpun sibuk dengan perniagaan, Laudya Cynthia Bella tetap mencuri perhatian ramai dek kerana pakaiannya yang kelihatan semakin mengikut syariah.
Cara bertudungnya juga kini berbeza dengan ketika mula-mula dia ‘berhijrah’.
Walaupun ia mengeluarkan bau yang kurang enak, petai tetap menjadi antara ulam-ulaman yang digemari ramai. Selalunya apabila petaui sudah ada di tangan, tentunya sudah terbayang menu sambal udang petai.
Sebenarnya selain dibuat sambal bersama udang, petai juga boleh dijadikan serunding.
BAHAN-BAHAN:
Petai
Ikan bilis
Cili api
Bawang putih
Bawang merah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT:
1.Kisar semua bahan di atas dengan minyak masak.
2.Masak di atas kuali. Kacau sehingga ringan dan kekuningan.
3.Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.
Menu serunding petai ini mungkin boleh menjadi menu terbaru dalam senarai hidangan keluarga anda. Selamat mencuba!
Semalam sahaja negara kita sudah menggondol lapan emas dalam pelbagai acara. Dan hari ini pemburuan emas diteruskan lagi bagi mengukuhkan kedudukan pertama pingat bagi keseluruhan negara yang bertanding.
Paling dinantikan adalah acara Ekuestrian Polo yang membabitkan penyertaan golongan VVIP. Siapa lagi kalau bukan menteri kita yang ‘Tall, Dark & Handsome’ yang juga Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin.
YB KJ mewakili pasukan Malaysia, yang merupakan menteri pertama di rantau ini yang mengambil bahagian dalam sukan dwitahunan itu, akan bermain bersama enam pemain utama polo Malaysia.
Lawan dalam sukan ini salah seorang daripadanya adalah Pengiran Abdul Mateen Bolkiah dari pasukan Brunei. Mewakili pasukannya yang juga turut dianggotai oleh kekandanya, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah dan dua lagi kerabat diraja Brunei.
Nampaknya hari ini tumpuan kita pastilah terarah pada gaya hebat kedua-dua atlet ini yang pastinya akan mengundang pelbagai aksi menarik yang bakal dipersembahkan di Taman Ekuestrian Putrajaya.
Kedua-duanya mempunyai pesona tersendiri namun berbeza daripada segi latar belakang dan sebagainya.
Kalau YB KJ memang kita sudah tahu dan kenal kepimpinannya dalam membangunkan kementerian di bawah kawalannya.
Tetapi siapakah sebenarnya Pengiran Abdul Mateen yang namanya menjadi sebutan sejak demam Sukan sea ini melanda.
Jom kita lihat kongsi keistimewaan kedua-dua atlet ini yang pastinya menceriakan lagi temasya Sukan Sea kali ini.
– Dilahirkan pada 10 Ogos 1991 di Bandar Seri Begawan Brunei.
– Merupakan barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei.
– Mengikuti Rekrut askar di Royal Military Academy Sandhurst dan menerima pangkat Leftenan. Baru sahaja menamatkan pengajian dalam ijazah jurusan Diplomasi Antarabangsa di SOAS, University Of London.
– Gemar sekali sukan olahraga kerana dengan cara itu beliau menjaga kesihatan tubuhnya dan turut membuatkan dirinya bahagia. Selain sukan badminton dan bola sepak, Pengiran Abdul Mateen juga memang gemar sekali bertinju dan memanggil trainer dari luar untuk latihannya.
– Selain itu beliau juga menceburi sukan lasak terutama sukan polo, boxing, sky diving, scuba divingdan banyak lagi.
– Seorang pencinta dan begitu sayangkan haiwan. Antara haiwan kesayangannya adalah kucing.
– Aktif di media sosial dan mempunyai pengikut 520K. Beliau juga gemar sekali berswafoto di laman sosialnya ini.
– Sangat menyayangi keluarganya. Banyak gambar-gambar yang dirakam bersama ayah, ibu serta adik beradiknya. Memang beliau seorang yang ‘family man’.
– Satu lagi keistimewaan Pengiran Abdul Mateen ini adalah beliau begitu bijak sekali bergaya. Lagaknya umpama model terkenal. Tampak segak setiap kali menyarung sut dengan senyuman manis terukir di bibir. Terserlah ketampanannya setiap kali gambar diambil yang dimuat turun di laman sosialnya.
– Lahir 10 Januari 1976 di Bandar Kuwait.
– Memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia sejak tahun 2013.
– Menteri pertama menyertai Sukan Sea.
– Beliau juga dianggap sebagai menteri paling sempoi di Malaysia. Pernah memenangi anugerah ‘Wired Celebrity Award’ di Shout! Awards.
– Menantu mantan Perdana Menteri Malaysia, Datukl Seri Abdullah Ahmad Badawi.
– Lulusan Sarjana Muda Falsafah, Politik & Ekonomi dari universiti nombor dua terbaik di dunia iaitu Universiti Oxford di England
– Berkahwin dengan Nori Abdullah pada 3 Oktober 2001 dan dikurniakan 3 cahaya mata lelaki, Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar, Timor Abdullah Jamaluddin Abu Bakar dan Raif Averroes Jamaluddin Abu Bakar. Ketiga-tiganya dipanggil dengan nama gelaran Cougar, Puma & Leo.
– Juga seorang ‘family man’ kerana sering meluangkan masa bersama keluarganya dengan pelbagai aktiviti seperti muzik, berbasikal, badminton bola sepak atau bola keranjang.
-Antara menteri yang stailo dan juga aktif di media sosial dan mempunyai follower di IG, 738K. Ada antara aksi OOTD yang dimuat turun menjadi viral seperti gambar berdiri di tengah jalan ketika hari raya lalu dan aksi sedang balik kerja menaiki MRT. Memang RARE!
Ketiadaan akses kepada air bersih dan kit kebersihan haid seperti tuala wanita dan tampon, memaksa wanita Gaza mengambil pil penangguhan haid yang mungkin memberi kesan sampingan negatif kepada mereka.
Memetik laporan Al Jazeera, tuala wanita diperlukan ramai dan sukar didapati, justeru pil penangguhan haid lebih banyak tersedia di sesetengah farmasi kerana ia tidak biasa digunakan.
Menurut Ruba Seif, 35, yang tinggal di kem perlindungan bersama keluarga, walaupun tahu akan kesan sampingannya tetapi tiada apa yang lebih bahaya daripada peluru berpandu, kemusnahan dan kematian di sekellingnya.
“Tiada privasi, bilik mandi tidak mempunyai air, dan kami tidak boleh keluar dengan mudah untuk mencari apa yang kami perlukan.
“Saya tidak dapat menahan kesakitan senggugut dan ketakutan yang berterusan yang kami alami, kurang tidur, dan kesejukan kerana tidak ada selimut yang mencukupi,” ujar Ruba yang meminta abangnya mencari pil penangguhan haid di beberapa farmasi.
Sementara itu, Samira al-Saadi yang berpindah bersama keluarganya di sebuah sekolah di barat Khan Younis berharap dia dapat membantu anak perempuannya berusia 15 tahun yang mendapat haid pertamanya beberapa bulan lalu.
Katanya, dia bimbang untuk memberi pil penangguhan haid untuk anak perempuannya kerana khuatir ia akan menjejaskan kesihatan anaknya.
“Dia (anak perempuan) tidak faham mengapa dia perlu melalui semua ini dan menguruskan haidnya di tempat perlindungan yang sesak.
“Dia memerlukan tuala wanita dan air untuk mencuci, tetapi keperluan asas ini tidak tersedia. Saya cuba membantunya, tetapi apa yang dia perlukan tidak ada,” kata wanita berusia 55 tahun itu.
Menurut Dr Walid Abu Hatab, Perunding Perubatan Obstetrik dan Ginekologi di Kompleks Perubatan Nasser di bandar selatan Khan Younis, pil itu mempunyai kesan sampingan seperti pendarahan yang tidak teratur, loya, perubahan pada kitaran haid, pening dan perubahan mood.
Farmasi dan kedai menghadapi kekurangan bekalan akibat kemasukan bantuan yang dihadkan oleh Israel di sempadan Rafah.
Selain itu, pengeboman Israel ke atas jalan-jalan utama di Semenanjung Gaza telah menyebabkan pengangkutan produk dari perubatan gudang ke farmasi adalah satu tugas yang sukar.
Sumber: AlHijrah Online
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.