
Selain rawatan rutin mencuci wajah selepas menggunakan solekan, masker juga penting untuk memastikan wajah kekal berseri dan bercahaya. Ramai pengguna sosial kini yang berkongsi cara membuat masker menggunakan bahan alami. Bukan sahaja jimat, ia juga selamat untuk kulit.
Salah seorang adalah Esyima Zamri yang berkongsi cara membuat masker anti-penuaan menggunakan tiga bahan mudah ini. Jika diamalkan secara konsisten kulit bukan sahaja bersih tetapi juga menjadi licin.
Bukan itu sahaja, kegunaan lain masker ini mampu membuatkan kita tampil awet muda. Tambahan pula masker ini sesuai dipakai oleh mereka yang mempunyai garis halus pada wajah. Kalau tak percaya jom cuba buat perkongsiannya.
Hari ini Syima nak share masker anti-penuaan yang paling Syima suka guna. Mudah sahaja. Hanya perlukan 3 bahan. Serbuk koko,Yogurt dan madu.
Yogurt jika disapukan pada diwajah, ia akan membersihkan dan menyebabkan kulit menjadi licin.

Madu pula bertindak sebagai anti-septik semulajadi . Madu bukan sahaja menembusi kulit untuk menghidrat, tetapi juga melawan bakteria yang menyebabkan jerawat dan penyakit kulit yang lain.
Serbuk koko pula sangat berkesan untuk memudarkan radang dan kesan hitam disebabkan oleh sinaran matahari . Juga baik untuk memudarkan garisan halus pada wajah.

Ketiga ramuan ini, apabila digabungkan, akan menghasilkan masker anti-penuaan, anti-jerawat, anti-minyak yang sempurna!
Yang ada masalah garis halus diwajah wajib try tau. Best kalau umur tahun 32, tapi orang ingat 22 tahun kan?
Dikesan Mengandungi Racun Berjadual, Ini Produk Kecantikan Yang Perlu Pengguna Jauhi

Kebiasaannya kita pasti teruja untuk membeli produk kecantikan yang menjanjikan kesan pantas seawal beberapa hari tanpa menyelidik bahan kandungannya.
Namun, tanpa disedari sebenarnya produk-produk begini mengandungi racun berjadual sebagai bahannya yang mampu merosakkan kulit wajah serta menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang.
Terbaharu, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
2. Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
3. Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
- Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
- Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
4. Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
5. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
6. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
7. Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
sumber: kpkesihatan.com
Jangan Muka Sahaja Cantik Tapi Kaki Berdaki! Memalukan Tau! Lakukan Spa Kaki Hanya Di Rumah Dengan Tip Ini!

Jangan muka sahaja cantik tetapi kaki berdaki. Malu tau jika hal ini berlaku kepada kita! Seimbangkan kecantikan wajah dengan bahagian badan yang lain juga. Walaupun bahagian kaki itu jarang sekali untuk diperlihatkan di khalayak ramai, tetapi ia juga harus dijaga dengan rapi kerana ia adalah lambang keperibadian kita juga. Barulah anda digelar wanita sempurna.

Nanti dulu! Jangan terus habiskan duit ke spa! Simpan wang anda dan lakukan penjagaan kaki hanya di rumah. Anda boleh berjimat dengan melakukannya sendiri di rumah menggunakan bahan semula jadi yang mudah didapati.
Cara-cara rawatan kaki

1. Bagi anda yang suka mewarnakan kuku, jangan dibiarkan lama sehingga tertanggal warnanya! Bersihkan pewarna kuku menggunakan kapas lembut dan pembersih pewarna kuku serta potong kemas kuku kaki anda.
2. Untuk melakukan spa kaki di rumah, caranya mudah sahaja. Bahan-bahannya pun mudah untuk dicari. Caranya, penuhkan bekas dengan ramuan istimewa spa kaki anda. Campurkan 1/4 cawan jus lemon, 1/8 sudu teh serbuk cengkih, tiga sudu besar minyak zaitun, 1/4 cawan susu dan 1/3 cawan air suam. Ramuan ini bertujuan untuk memberi kelembapan kepada kulit kaki.

3. Rendam kaki di dalam air ramuan itu dan biarkan ia meresap ke dalam kulit selama 10 hingga 15 minit.
4. Setelah kulit menjadi lembut, gosok kaki menggunakan skrub buatan sendiri. Elakkan gosok permukaan kaki terlalu kuat, bimbang jika menimbulkan kerengsagan. Gosok mengikut putaran yang betul bagi melancarkan perjalanan darah dalam badan.
Baca juga: Rupanya 5 Minit Pun Boleh Bersiap Nak Ke Pejabat Di Waktu Pagi! Amalkan Tip Mudah Ini!
5. Bilas kaki menggunakan tuala kering dan bersih. Sudahi rawatan spa anda dengan menyapu losen atau krim khas untuk kaki yang diperkaya dengan bahan pelembap.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
List Serum Terbaik Dengan Kandungan Vitamin C, Nak Nampak Awet Muda Jangan Skip Pakai Serum

Serum merupakan salah satu rejim penjagaan kulit yang mesti dipakai jika anda mahukan kulit yang anjal, lembut, lembap dan terpelihara. Kesan jangka panjang pemakaian serum ialah kulit wajah kelihatan awet muda.
Memakai serum bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka yang mengambil berat tentang soal penjagaan kulit wajah. Antara serum yang sering menjadi pilihan adalah serum yang mengandungi Vitamin C.

Serum Vitamin C dengan bahan antioksidan sangat berkesan dalam merangsang pengeluaran kolagen. Ia juga membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan memperbaiki kerosakan kulit akibat pencemaran dan pancaran sinar matahari matahari.
Dikongsikan serum terbaik di pasaran yang bukan sahaja mampu mencerahkan wajah anda, malah mengatasi masalah kulit yang lain:
PURITO Pure Vitamin C Serum
Serum tulen dari Korea ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat pada kulit wajah. Dengan kandungan 10% asid Ascobic dan 84% Asid Hyaluronic, vitamin tulen secara inovatifnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi kulit.
Berfungsi untuk melawan kedutan, mengembalikan keanjalan, menghapuskan lingkaran gelap, mencerah, melembut dan melegakan kulit serta menghilangkan kesan parut jerawat. Serum ini terbaik untuk semua jenis kulit, jadi anda tidak perlu risau kerana ianya tidak akan menyebabkan iritasi.
Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop
Serum dari Klairs ini menggunakan teknologi penstabilan hibrid yang mampu menyerap dengan mengandungi bahan aktif 5% asid L-Ascorbic ke dalam lapisan kulit dan merupakan bahan antioksidan yang telah diuji dan terbukti secara saintifik.
Kandungan vitamin C sebanyak 5% merawat masalah pori yang besar dan kulit kusam. Serum vitamin C ini sesuai digunakan oleh semua usia dan semua jenis kulit kerana formulanya yang tidak merengsakan. Pemilik kulit sensitif juga sesuai menggunakan produk ini.
Wardah C-defense with Vitamin C Serum
Teksturnya yang ringan memudahkan ia meresap dengan mudah. Tahap vitaminnya akan membantu mencerahkan kulit anda, menjaga keanjalan kulit, memperbaiki struktur kulit, dan melembapkan.
Serum vitamin C ini berperanan sebagai antioksidan dan anti-inflamasi yang akan melindungi kulit anda dari radikal bebas yang merupakan penyebab utama pigmentasi. Dengan pemakaian rutin, serum vitamin C ini akan membuatkan kulit anda lebih sihat dan lebih cerah secara berperingkat.
The Body Shop Vitamin C Skin Boost
The Body Shop Vitamin C Skin Boost ini mengandung glycerin dan ascorbic acid yang akan memberikan kelembapan dan berperanan sebagai antioksidan. Serum ini sesuai dipakai pada waktu pagi dan malam hari sebagai langkah terakhir perawatan kulit anda. Dengan pemakaian yang teratur, hasilnya kulit anda lebih cerah dan berkilau hasil kandungan mineral glowing serum ini.
Kiehl’s New Powerful Strength Line Reducing Concentrate
Bagi anda yang memerlukan nutrisi vitamin C sekaligus ingin mengatasi kedutan di wajah, produk ini untuk anda. Serum ini mengandungi vitamin C dengan kadar 10.5% yang tergolong sebagai perawatan anti-wrinkle. Tidak hanya mengandung vitamin C yang cukup tinggi, serum vitamin C dari Kiehl’s ini juga menambahkan asid L-Ascorbat yang berperanan untuk mengurangi garis halus dan tekstur pada kulit wajah anda.
SKIN INC Vitamin C Serum
Produk serum dari jenama Skin Inc ini yang menggabungkan Vitamin C dan E serta Vitamin B6 yang terkandung dalam kapsul halus rumpai laut, efektif hanya selepas disapukan pada Zon-T kulit anda. Dirumus khas untuk membantu mengurangkan kewujudan liang dan penghasilan sebum. Dengan fungsi yang mampu mengawal sebum, ternyata ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi.
BERHENTI GUNA PRODUK APABILA TIMBUL KESAN SAMPINGAN
HIJABISTA: Jika anda mendapati ada kesan sampingan selepas menggunakan apa-apa serum vitamin C seperti kulit jadi gatal-gatal, memerah dan sebagainya, sebaiknya anda menghentikan pemakaian serum tersebut. Kesan sampingan ini memang jarang terjadi, tetapi apabila hal tersebut terjadi, segera dapatkan khimat nasihat pakar.
Sumber kredit: Top image: Photo by Shiny Diamond from Pexels Photo by Anna Shvets from Pexels