Diduga Hampir KEHILANGAN Ayah Saat Siapkan THESIS Akhir Berbaloi, Akhirnya Norzizi Berjaya Genggam PHD

Share

Siapa yang tidak mengenali pelakon ini yang popular sekitar tahun 90-an. Norzizi Zulkifli adalah anak kepada pasangan aktor Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar yang sangat berbakat dalam bidang lakonan yang diceburi sejak usianya masih kecil lagi.

Namun kelibat Zizi dalam industri agak jarang dilihat disebabkan dia sudah berkahwin dan juga rupa-rupanya sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di University Of Wollongong, Australia. Dalam masa sama Norzizi juga merupakan pensyarah dan merupakan Ketua Pusat Pengajian Teater di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara, (UiTM).

Ternyata penantian dan pengorbanan selama ini berbaloi apabila Jumaat lalu, beliau menerima surat tamatnya pengajian peringat Doktor Falsafah (PHD). Dalam satu postingnya di laman instagram, Norzizi memberitahu tiada apa yang dapat menggambarkan perasaannya ketika ini. Dia bersyukur dengan perjalanan dilalui setelah pelbagai dugaan terpaksa diharungi selama beberapa tahun ini.

DIDUGA AYAH SAKIT

Malah pelakon yang juga ibu kepada tiga cahayamata ini turut berkata dia beruntung kerana mendapat sokongan padu serta yang menjadi tulang belakang iaitu suaminya, Bayu Utomo Radjikin. Juga tidak ketinggalan tiga orang anak-anaknya, Muhammad Armada Jiwa, Tulis Jiwa Ramadan dan Indah Hening Kasih yang sentiasa mendoakan kejayaannya.

Bukan itu sahaja, Zizi juga turut berterima kasih kepada kedua orang tuanya, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar yang mana dia hampir kehilangan ayahnya

yang diserang sakit jantung dan hampir sejam berada di wad ICU. Situasi ini memaksa dia untuk segera pulang ke tanah air hampir dua bulan sebelum dia menghantar thesis terakhirnya.

Segala yang berlaku adalah dengan kehendak Tuhan dan dia bersyukur ayahnya dipanjangkan usia. Tidak lupa juga Zizi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga dan teman-teman yang tidak putus-putus memberi kata perangsang dalam menyiapkan pengajian PHDnya. PENGORBANAN BERBALOI Pastinya segala pengorbanan Zizi berbaloi kerana dia bakal menghadiri majlis graduasi yang akan diadakan pada Oktober 2018 kelak. Sepatutnya dia perlu hadir pada sidang April 2018 tetapi waktu itu dia akan bersalin anak keempatnya.

Dapat admin bayangkan betapa besar segala dugaan yang Zizi hadapi untuk menggenggam PHDnya dalam waktu hamil dan dalam masa sama diduga ayah tersayang yang bertarung nyawa. Apa-apun pasti Zizi tidak sabar untuk hadir ke majlis graduasi kerana segala jerit perihnya selama ini cukup berbaloi.

Norzizi mula berhijab sejak 2006 dan admin suka meihat penampilannya yang cukup stailo. Beliau cukup gemar menggayakan hijab lebar dan besar dan hanya dililit begitu sahaja di bahunya. Begitu juga dengan pakaian yang dipakai juga cukup sesuai dengan tugasnya kini sebagai pensyarah dan title

Dr Norzizi. Tahniah sekali lagi Dr Norzizi yang juga sangat hebat dalam pengarahan.

GAYA HIJAB ZIZI YANG STAILO:

#1. Hijab labuh jadi pilihan.

#2. Dalam gaya turban.

#3. Lilitan ringkas sudah memadai.

#4. Gaya sederhana.

#5. Tetap stailo walau sekadar diletak kiri kanan bahu.

SUMBER: INSTAGRAM NORZIZI ZULKIFLI

IKLAN