Timun mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan dan kecantikan diri. Antara kebaikan timun adalah ia kaya dengan vitamin B, vitamin C dan penuh cecair. Timun mampu menyegarkan tubuh, membantu membuang toksin, merawat kulit rengsa dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Jika anda mengalami masalah lingkaran hitam di bawah mata, anda boleh amalkan meletakkan hirisan timun pada bahagian mata. Selain itu, timun juga membantu menghilangkan bau mulut serta membantu menurunkan berat badan secara selamat.
Apa kata anda cuba tip yang dikongsi oleh Amyra Nabila Hasnol kelebihan air detoks timun. Bukan sahaja mudah, malah jimat dan tidak memerlukan wang yang banyak.
BAHAN-BAHAN:
1 batang timun (tidak perlu buang kulit)
2 – 3 sm halia (hiris)
1 – 2 batang serai (hiris)
Madu 3 sudu plastik
CARA-CARA:
- Campurkan semua bahan kemudian blender sampai halus.
- Tapis airnya.
- Siap untuk diminum!
KELEBIHAN AIR DETOKS TIMUN:
- Membuang toksin dalam badan.
- Merawat masalah buasir dan sembelit.
- Membantu mengempiskan perut.
- Menghilangkan bau badan.
**Disarankan minum dua kali sehari – 30 minit sebelum makan pagi dan 30 minit sebelum makan malam.
HAMPAS TIMUN BOLEH JADI MASKER:
- Hampas tersebut jangan buang. Hampas yang telah dikisar itu boleh dicampur dengan putih telur dan ditampal pada kulit wajah.
- Biarkan kering dalam masa 30 minit. Kemudian bilas bersih.
HIJABISTA: Sebenarnya memang banyak kelebihan timun dalam kehidupan harian kita. Bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga baik untuk kecantikan.
Sumber: Facebook Amyra Nabila Hasnol
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI