Mungkin anda berhajat untuk berhenti menggunakan produk perawatan wajah yang anda guna sekarang. Selepas sekian lama menggunakannya, baharu anda tersedar produk yang anda gunakan berkimia tinggi.

Tidak dapat dinafikan antara kebimbangan yang sering bermain-main difikiran ialah akan ada kesan sampingan akibat daripada tindakan berhenti menggunakan produk tersebut, Ada juga yang menggunakan teknik berhenti menggunakan apa-apa produk pada wajah dalam tempoh tertentu bagi ‘merehatkan’ wajah.

Sebenarnya ada cara lain yang boleh diamalkan jika anda berhajat untuk berhenti menggunakan sesuatu produk perawatan wajah terutama produk perawatan wajah yang berkimia tinggi.

Ikuti perkongsian tip daripada Intan Syafinas.

TIP BERHENTI PRODUK CHEMICAL TANPA KESAN JERAWAT TERUK

Takut nak berhenti produk berkimia tinggi? Ramai orang berhenti jadi jerawat teruk. Tak tahu apa nak buat kalau berhenti

First things stop semua skincare. Just cari cleanser yang paling mild dan natural (beli kat watson contoh cetaphil,physiogel atau guna air rendaman sireh jer cuci muka)

Dalam 5-7 hari buat salah satu cara di bawah. Kulit sensitif pun sesuai untuk lakukan.

Boleh cuba cara-cara di bawah ini:

TEA TREE OIL
Jika ada tanda-tanda jerawat naik kecil segera apply tea tree oil guna cotton bud .
Tea tree oil adalah minyak anti bakteria dan dapat kecutkan jerawat dan pulihkan kulit .
(Rose gold oil ada tea tree oil dan rosehip oi l( pudar parut sekali) Jadi sangat bagus untuk kita sis)

IKLAN

AIS BATU
Gosokkan kiub ais pada jerawat itu sehingga bahagian tersebut rasa kebas. Apabila muka anda rasa kebas, berhenti. Biarkan muka anda sehingga ia kembali hangat.

Ais akan membantu mengecilkan saiz pori dengan menyempitkan saluran darah di bawah kulit. Jika jerawat anda menyakitkan, ais juga dapat melegakan kesakitan.

BENZOIL PEROKSIDA

Boleh dibeli di Watson/Guardian/farmasi). Benzoil peroksida digunakan untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.

Benzoil peroksida juga membantu mengelupaskan lapisan-lapisan kulit mati dan meninggalkan kulit baharu yang lebih cerah dan lebih muda di tempatnya.

IKLAN

DAUN SIRIH
Boleh dibeli di kedai India yang menjual bunga dan juga di pasar basah. Rendam daun sirih semalaman.

Bangun pagi cuci muka dengan air rendaman sireh untuk kurangkan kimia pada kulit .

DAUN SEMAMBU
Daun ini susah sikit hendak dapat. Tapi kalau ada, boleh guna daun ini. Caranya, rebus daun semambu selama 15 minit.

Kemudian ambil kapas celup dalam air rebusan. Terus sapu pada muka.

KULIT PISANG
Sapu kulit pisang pada kulit. Kulit pisang dapat mengurangkan rasa gatal akibat infeksi merkuri dan hydroquinone.

IKLAN

Dapat kurangkan bakteria yang menjadi penyebab jerawat juga.

VITAMIN E & ROSEHIP OIL
Pecahkan vitamin E dan campur 1-2 drop rosehip oil ( guna jer rose gold oil ). Letak bahagian jerawat kecil time nak tidur.

Keesokan harinya akan dapat lihat jerawat sudah kecut.

ALOE VERA
Kalau boleh cari aloe vera asli . Gosok seluruh muka. Biar 10 minit kemudian cuci.

Inilah antara cara-cara yang boleh digunakan ketika anda mengambil keputusan untuk berhenti menggunakan mana-mana produk perawatan wajah yang didapati memiliki kandungan kimia yang tinggi. Selamat mencuba!

Sumber kredit: Intan Syafinas

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI