Mengeluarkan racun (detoks) dari dalam tubuh wajar dilakukan untuk menjaga kesihatan tubuh agar tetap sihat. Gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat serta pengambilan pelbagai makanan tidak seimbang saban hari pastinya menimbulkan risiko peningkatan berat badan selain pelbagai penyakit yang tidak diundang.

Oleh sebab itulah, diperlukan cara-cara semula jadi untuk mengeluarkan sekali gus menghilangkan racun pada tubuh, selain daripada menggunakan suplemen detoks. Sebenarnya tidak susah hendak membuat sendiri air detoks kerana bahan-bahannya tidak perlu banyak, kos pun tidak tinggi selain mudah disediakan.

Detoks Epal + Kayu Manis, Rahsia Tubuh Langsing, Perut Kempis & Lawas Membuang
Photo by Suzy Hazelwood from Pexels

 

Detoks Epal + Kayu Manis, Rahsia Tubuh Langsing, Perut Kempis & Lawas Membuang
Pexels Pixabay

RESEPI DETOKS 2 BAHAN
Detoks sebenarnya adalah proses semula jadi dalam tubuh untuk membuang zat-zat yang tidak berfaedah. Pendek kata, proses detoks ialah apabila tubuh menjalani proses pemulihan dalaman.

Tubuh kita menjalani proses detoks paling maksimum waktu tidur. Sebab itulah kita perlu memastikan yang kita dapat tidur yang berkualiti. Proses detoks semula jadi ini akan terganggu apabila kita banyak makan makanan berlemak, berminyak, ada pengawet dan makanan tinggi gula.

Ads

Selain daripada berpuasa, kita juga boleh mengamalkan minuman detoks. Resepinya sangat mudah namun sangat berkesan. Ia dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh secara semula jadi.

Detoks Epal + Kayu Manis, Rahsia Tubuh Langsing, Perut Kempis & Lawas Membuang
Photo by Natasha Spencer from Pexels

Air detok ini juga dapat membantu membakar kalori dan lemak. Jadi, semakin senanglah usaha hendak menurunkan berat badan. Air detoks ini perlu disimpan di dalam peti sejuk. Hal ini kerana epal akan cepat berbau dan rosak disebakan cuaca di Malaysia yang panas.

Ads

RESEPI DETOKS APPLE CINNAMON
1 liter air
1 biji Apple merah dihiris dengan kulit
1 batang stick kayu manis Ceylon (KMC) @ 2 uncang KMC

Detoks Epal + Kayu Manis, Rahsia Tubuh Langsing, Perut Kempis & Lawas Membuang

Ads

CARA MEMBUAT:
Campur semua bahan, simpan semalaman dalam peti sejuk. Minum segelas setiap hari sebelum sarapan.

Air detoks ini boleh disimpan 2-3 hari. Sesiapa yang sudah mencuba memang majoriti puas hati. Perut lawas, badan pun bertenaga.

HIJABISTA: Jika anda dalam proses menunrunkan berat badan, sebaik-baiknya elakkan pengambilan gula dalam makanan dan juga minuman. Sebagai pilihan, pengambilan air detoks lebih sesuai malah penyediaannya juga mudah tanpa memerlukan masa yang lama.

Sumber kredit: Aisyah Badar Bajrai Top image: Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI