Tipulah kalau anda tak pernah alami masalah perut buncit kan? Setiap wanita impikan perut yang kempis dan rata supaya nampak cantik bila sarung apa sahaja pakaian. Tidaklah nampak seperti wanita mengandung 3 bulan.

Foto: Brightside

Kepada anda yang memiliki perut yang buncit, tentu pelbagai usaha telah anda lakukan untuk mendapatkan perut idaman anda. Tetapi nampaknya masih tidak berjaya lagi untuk mengempiskan perut.

Jangan bersedih hijabi! Apa kata cuba lakukan cara yang sederhana ini hanya dalam masa 2 minit. Ajaibnya teknik ‘2 minit’ ini boleh buat perut anda kempis.

IKLAN
Foto: Brightside

Caranya:

  1. Baring di atas permukaan yang rata.
  2. Gosokkan tapak tangan anda dengan cepat dan laju sehingga terasa panas.
  3. Letakkan sebelah tangan anda di atas perut.
  4. Urut perut anda secara perlahan dengan arah putaran jam yang kecil sehingga putaran jam yang besar. Lakukan setiap urutan di antara 1 hingga 2 saat.
  5. Fokus pada rasa panas yang mula terasa pada bahagian abdomen anda.
  6. Terus lakukan urutan selama 2 minit, lebih kurang dalam 40 hingga 50 bulatan. Amat penting untuk memastikan perut anda suam-suam semasa melakukan senaman.

Mudah sahaja kan? Teknik ini boleh anda lakukan dua kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur. Nampak mudah tetapi sebenarnya ia boleh membakar lemak pada perut secara efektif. Tetapi, teknik ini akan berhasil jika anda lakukan sedikit senaman ringan yang lain.

IKLAN

Elak dari lakukan teknik ini sekiranya anda:

  • Baru sahaja makan makanan yang berat.
  • Menghidap hipertensi.
  • Mengandung.
  • Penyakit hernia.
  • Ulser perut.
  • Menghidap radang pada rahim, pundi kencing ataui ovari.

Selain menghilangkan lemak teknik ini juga mampu memberi manfaat pada tubuh seperti melancarkan pencernaan, mempercepat metabolisme serta meningkatkan peredaran darah pada sekitar perut.

IKLAN

Mulai hari ini, jom kita lakukan teknik ini. Tak lama mana pun, 2 minit je.

Sumber: Brightside

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI