Sekarang ini drama bersiri Kampung People memang sedang hangat diperkatakan masyarakat. Ramai penonton yang terhibur melihat aksi lucu keluarga Razif yang terpaksa hidup di kawasan kampung yang dilakonkan oleh Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah.
Bukan itu sahaja, gaya tudung Elly Mazlein yang melakonkan watak Mona/Aminah turut menjadi perhatian ramai kerana hijabi mula meniru penggayaan selendangnya hingga menjadi tular.
Jom kita lihat gambar-gambar peminat yang meniru gaya tudung Aminah yang telah dikongsi sendiri oleh Elly Mazlein di laman instagramnya.
Tiada oven atau oven rosak tapi teringin hendak makan kek pisang? Tiada masalah. Sebenarnya anda boleh sahaja buat kek pisang dengan cara menggunakan kuali.
Berikut perkongsian Hazliza Dza.
Sebab ramai yg tnye sy cmne bakar pkai kuali.. So sy serta kn cara n gambar skali..
1. Panaskan kuali pasti kn kuali di tutup ye.. (sme cm 0ven gak) time ni api besar pn xpe
2. Agak2 kuali dh panas so kecik kn api..
3. Letak tmpat letak periuk 2.. Ase nye 0rg pggl tungku.. Sy letak terbalik sbb tungku 2 besar dr kuali 🤭🤭
4. Letak kn acuan n tutup ngan pentup pengukus..
5. Bakar bergantung pd acuan.. Mcm sy td 50mnt..
6. Jgn risau tau kuali xkan terbakar 😄😄.. Stkt sy bakar guna cara ni..
Nota penting: jgn sesekali bukak penutup periuk sebelum 30-40mnt bakar yer.. Tkt kek jd mendap..
*bakar tanpa air
*lau ad air jd kukus
:: jgn kecam kuali sis ye.. Hihihi
Kek Pisang Bakar Guna Kuali
Resipi:
Bahan untuk diblend 1 cwn pisang yg dah dilecek (pape pisang yg bleh di makan ye.. 😁😁) 3/4 cwn gula (kemanisan ikut citarasa masing2) 3 biji telur 1 cwn minyak masak 1 sb limau nipis (b0leh guna lem0n, limau kasturi atau seangkatan dgn nye) Secubit garam
Bahan ayak 1 1/2 cwn tepung 1 sk baking soda 1 sk baking powder
Cara2nya :
Blenderkan semua bahan yg perlu diblend kecuali pisang. Blend dalam 2,3 mnt cmtu.. Bila dh semua sebati baru masuk kan pisang dan blend jap je..
Satukan bahan ayak dlm bekas..tuang bahan yg diblend td ke dlm bekas bahan ayak td dan kacau smpai sebati..
Part ni sy dh nyatakan di atas.. 🤭🤭🤭
Jgn lupa sapu majerin/mentaga pd l0yang tuk pastikan acuan xmelekat.. Sy xde baking paper s0 cara senang sapu majerin je.. 😁😁
Tuk hiasan 2 p0t0ng pisang nipis2 je tau sbb xnk bg tenggelam..
Bakar selama 50mnt atau hingga masak..
(resepi ni bleh bakar guna 0ven atau pn kukus..)
Berita mengenai seorang influencer yang dikatakan meninggi suara terhadap seorang warga emas di sebuah pusat gelandangan masih hangat diperkatakan hingga ke harini.
Bagaikan ada suatu hikmah tersembunyi buat warga emas itu, ramai yang saban hari datang ke pusat gelandangan tersebut bagi bertemu dengannya dan menunjukkan keprihatinan mereka terhadap pak cik yang berusia 64 tahun itu.
Berpeluang bertemu dengan warga emas tersebut, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak dapat menahan sebak apabila membayangkan keadaan pak cik tersebut.
Takpe pakcik. Ramai yang sayang pakcik dan hargai pakcik serta mendoakan pakcik. Rakyat malaysia memang marah dengan tindakan influencer tu!! Tindakan itu sgt biadap !
Alhamdulillah syukur berkesempatan jumpa pakcik ni. Pakcik ni memang malu sangat dengan apa yg berlaku. Sempat dia meluahkan perasaan tadi… 😢64 years old guys ! Imagine parents kita yang kena sound mcmtu ? Mashallah…
Walau sekaya mana kita, sehebat mana kita… janganlah kita kurang ajar dengan orang tua… ingat kita bukannya selalu diatas nanti kita akan dibawah juga..
Baru-baru ini, seorang anak Malaysia telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam pengajiannya di University of West England. Yang menariknya, kejayaan itu menjadi tular dan mendapat perhatian ramai kerana netizen menggelarkan dirinya ‘beauty with brain’.
Sarah Amanda Sahrudin,21, berjaya memperoleh kepujian dalam Bacelor Perakauanan dan Kewangan ketika menamatkan pengajiannya pada 17 Julai lalu.
Menurutnya, dia bukan dilahirkan terus pandai, tapi dirinya sentiasa melipatgandakan usaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang.
Dia yang merupakan anak kepada pasangan juruterbang dan bekas pembaca berita popular tahun 90-an, Azura Abdul Karim itu berjaya menamatkan pengajian dalam masa singkat kerana memiliki sijil Juruteknik Perakaunan Bertauliah (CAT) dari Kolej Universiti Damansara Utama (KDU) ketika berusia 18 tahun.
Gadis yang berasal dari Shah Alam ini sering menghabiskan waktu dari pagi hingga ke malam untuk mengulangkaji pelajaran demi menamatkan pengajiannya dalam tempoh dua tahun. Ternyata perjuangannya tidak semudah yang disangka.
Dia juga akan duduk di meja untuk belajar dari pagi hingga ke malam dan kadang-kadang sampai tengah malam untuk mentelaah pelajaran.
Walaupun pada mulanya dia tidak berhasrat menyambung pengajian dalam jurusan peraukanan kerana tidak begitu minat dengan nombor,namun selepas ayahnya mencadangkan untuk ambil jurusan itu dan melakukan solat istikarah, dia teruskan jua.
Sarah yang merupakan anak keempat daripada enam beradik itu menjelaskan bahawa resepi kejayaannya adalah perlu bijak memberi keutamaan ke atas tugasan yang diberikan oleh pensyarah, selain belajar secara berkumpulan.
Mungkin tidak semua orang dianugerahkan kebijaksanaan, tetapi dia percaya setiap individu boleh berjaya sekiranya mereka berusaha dengan keras untuk mencapai apa yang diinginkan.
Bertuahnya Sarah, dia telah ditawarkan pekerjaan sebagai juruaudit di firma audit antarabangsa KPMG sebaik tiba di negara ini pada Sabtu lalu.
Sarah yang menjadikan tokoh perniagaan Aireen Omar, Datin Paduka Marina Mahathir dan Malala Yousafzai sebagai idolahnya itu juga bercadang untuk bekerja sambil belajar untuk mendapatkan sijil Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Semoga semangat dan kejayaan Sarah ini boleh dijadikan inspirasi dan dorongan kepada hijabi di luar sana. Kejayaan tidak akan datang bergolek sebaliknya kitalah yang perlu berusaha dengan sebaiknya untuk merealisasikan impian kita.
Sumber: MStar
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.