Dato Fazley Yaacob Tunai Impian ‘Rider’ Grab Food Bergambar Bersama, Siap Buat Kejutan Bawa Kek Hari Jadi

Share

Akhirnya impian seorang pekerja penghantaran makanan untuk bertemu Fazley Yaakob tercapai. Lebih dari itu, umpama mendapat ‘bonus berganda’ apabila hasratnya untuk bergambar bersama Datuk Fazley Yaakob menjadi kenyataan.

Sebelum ini penghantar makanan terbabit tular di media sosial kerana berhasrat untuk merakamkan gambar bersama Fazley namun terbantut disebabkan dia mematuhi peraturan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh syarikat terbabit ketika waktu bekerja.

 

Namun penghantar makanan Grab Food itu sama sekali tidak menyangka cef selebriti itu sendiri membuat kejutan menghantar kek hari jadi kepadanya. Fazley melakukan kejutan kepada pekerja tersebut yang bernama Fakhrul dengan menghantar kek hari jadi kepada pemuda terbabit di pejabat syarikat e-hailing itu di Petaling Jaya.

Ini perkongsian Dato’ Fazley Yaacob

Surprise Buat Grabfood Rider!

Korang masih ingat tak baru-baru ini, cerita viral Grabfood rider ni sorang, nak selfie dengan saya lepas hantar food, tapi dia tak berani sebab dia kena patuh SOP sewaktu berkerja. Apa saya buat, saya contact @grabmy & @grabfoodmy untuk bantu pertemukan kami berdua. Saya dan team @sukasucrebistro juga siapkan kek sempena hari jadi beliau yang baru berlalu.

Bila dah jumpa tadi, dia sangat2 nervous kerana yang dia mahukan hanyalah selfie, tapi saya datang sendiri bawa kek buat beliau. (Dia siap minta peluk lama sikit tadi haha!). Apa yang lebih menarik ialah saya juga baru tahu hari ini, beliau juga dikenali sebagai Ustaz Along, seorang graduan jurusan keagamaan dari Timur Tengah. Tahniah dan terima kasih @mhmdfkhrazzi_

Kepada semua rider, terima kasih banyak diatas penat lelah kalian berhujan panas untuk pastikan kami semua dapat makanan yang kami pesan.

 

IKLAN