
Semua gadis pasti impikan rambut yang sihat, kuat dan cantik kerana rambut itu dikatakan sebagai mahkota wanita. Mesti kadang kala kita stress apabila lihat banyak rambut yang gugur di sikat. Usia masih muda, tapi rambut sudah berkurang. Bagaimana ni?
Untuk mengatasi masalah itu, apa kata hijabi ikuti tips yang dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai ini yang telah mendapat ribuan perkongsian daripada pengguna di facebook.
Pakai hanya satu bahan saja!
Tambah sedikit sahaja gel aloevera dengan syampu anda.

Murah sahaja, tak perlu banyak melabur.
Para hijabi bolehlah mencari gel aloe vera di kedai berhampiran sekarang. Tak perlu bersusah mencari banyak bahan, pakai satu bahan sahaja sudah mencukupi. Selamat mencuba!
Wanita Ini Kongsi Buang Ketuat Dengan Cepat Hanya Guna 4 Bahan Dapur. Rugi Sangat Kalau Tak Cuba!

Selain jerawat, ada kalanya ketuat juga boleh menjadi satu masalah buat kita terutamanya wanita. Walaupun biasanya tumbuh di tangan, tapi kehadirannya pasti akan membuatkan kita tidak rasa selasa. Pelbagai cara digunakan tetapi tidak berhasil, malah ketuat jadi semakin besar.
Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.
Perkongsian wanita ini Hanis Samsudin di laman sosial facebook cara bagaimana menghilangkan ketua hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah.
((Cara Hilangkan Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah))
Kongsikan untuk kebaikkan semua
Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?
Apakah punca ketuat?
>> Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.
Bagaimana nak hapuskan ketuat?
>> Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.
[Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghilangkan ketuat]:

Apple Cider Vinegar – Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.
Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
Plaster atau Duck Tape – Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.
Mari lihat pada gambar dibawah untuk mengikuti langkah Rawatan Membuang Ketuat. Selamat mencuba
1. Contoh balutan plaster pada jari.
2. Sapu vaseline dekat keliling ketuat (jangan terkena ketuat). basahkan kapas dengan cuka,letak atas ketuat dan plaster & biarkan semalaman.
3. Ketuat yang tidak disapu vaseline..kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka.. Jadi pastikan ada menyapu vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka
Hari ketiga:
Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar..pada hari pertama dan kedua tiada rase pape sebab cuka memakan sel kulit mati..pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rase sedikit pedih
4. Kelihatan akar ketuat menjadi hitam.. Ini menandakan sel² ketuat mula mati dimakan asid
5. Kelihatan ketuat dah mati.
6. Apabila ketuat jadi macam ni,boleh la korek sikit demi sedikit.
7. Ketuat yang berjaya dikorek.
8. Kesan pada jari.
9. Hasilnya setelah beberapa hari.
Detoks & Masker Timun Bukan Sahaja Perut Leper, Kulit Wajah Pun Jadi Glowing

Timun mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan dan kecantikan diri. Antara kebaikan timun adalah ia kaya dengan vitamin B, vitamin C dan penuh cecair. Timun mampu menyegarkan tubuh, membantu membuang toksin, merawat kulit rengsa dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Jika anda mengalami masalah lingkaran hitam di bawah mata, anda boleh amalkan meletakkan hirisan timun pada bahagian mata. Selain itu, timun juga membantu menghilangkan bau mulut serta membantu menurunkan berat badan secara selamat.
Apa kata anda cuba tip yang dikongsi oleh Amyra Nabila Hasnol kelebihan air detoks timun. Bukan sahaja mudah, malah jimat dan tidak memerlukan wang yang banyak.
BAHAN-BAHAN:
1 batang timun (tidak perlu buang kulit)
2 – 3 sm halia (hiris)
1 – 2 batang serai (hiris)
Madu 3 sudu plastik
CARA-CARA:
- Campurkan semua bahan kemudian blender sampai halus.
- Tapis airnya.
- Siap untuk diminum!
KELEBIHAN AIR DETOKS TIMUN:
- Membuang toksin dalam badan.
- Merawat masalah buasir dan sembelit.
- Membantu mengempiskan perut.
- Menghilangkan bau badan.
**Disarankan minum dua kali sehari – 30 minit sebelum makan pagi dan 30 minit sebelum makan malam.
HAMPAS TIMUN BOLEH JADI MASKER:
- Hampas tersebut jangan buang. Hampas yang telah dikisar itu boleh dicampur dengan putih telur dan ditampal pada kulit wajah.
- Biarkan kering dalam masa 30 minit. Kemudian bilas bersih.
HIJABISTA: Sebenarnya memang banyak kelebihan timun dalam kehidupan harian kita. Bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga baik untuk kecantikan.
Sumber: Facebook Amyra Nabila Hasnol
Minum Campuran Epal & Pegaga Untuk Kulit Awet Muda. Rugi Sapa Tak Buat!

Siapa yang tak nak kelihatan awet muda sepanjang masa. Lebih-lebih lagi bila usia makin bertambah. Kalau boleh segala produk yang boleh menyebabkan kulit kekal tegang tak kendur mahu dipakai agar kulit wajah tampak sihat dan bercahaya walaupun usia makin meningkat. Salah satu caranya ialah dengan mengamalkan minum jus pegaga.
Cara alami ini lebih selamat diamalkan daripada menggunakan sebarang produk yang boleh membahayakan kesihatan atau kulit anda. Bahan-bahannya juga mudah diperolehi dan dijamin selamat.
Perkongsian dari facebook Petua Ibu ini memberitahu jus pegaga hijau pekat ini sangat sedap dan seperti jus epal.
Bahan-bahan:
Segenggam pucuk pegaga
Sebiji epal
Secawan air
Sedikit susu pekat (jika mahu)

Cara Membuat:
- Kisar semua bahan hingga hancur. Tambahkan sedikit susu untuk memberi sedikit kemanisan.
2. Boleh diminum seperti biasa. Rasanya yang sedap membuatkan anda tidak akan berhenti meminumnya.
#Amalan minum secara konsisten akan memperlihatkan hasilnya. Kulit wajah kekal awet muda, flawless dan glowing.