Dapat Kembar Seiras, Kurniaan Illahi Tak Ternilai Sempena Ulang Tahun Ke 28 Personaliti TV Farahanim

Share

Setiap kali sambutan ulang tahun kelahiran pasti kita akan mencucap syukur kepada Tuhan kerana masih berpeluang untuk bernafas lagi. Bagi personaliti dan juga penyampai di TV Alhijrah Farahanim Razak, sambutan ulang tahun dirinya ke 28 tahun ini begitu bermakna dengan kurniaan Illahi yang tidak terhingga. Ibu muda ini baru sahaja dikurniakan cahaya mata kembar dan inilah hadiah yang tidak ternilai yang dimaksudkannya.

Baru-baru ini Hanim ada muat turut foto videonya bersama kembar ini ketika menyambut ulang tahun  kelahirannya ke 28. Aksi dia yang mengendong bayinya di kiri kanan begitu comel sekali.

Posting sebelum itu yang memuatkan caption “syukur untuk rezeki Allah di hari lahir ku ke-28 tahun dengan video di mana kedua-dua kembar ini berciuman mendapat hampir 700 ribu view.

Dan dalam masa sama netizen turut mendoakan kesejahteraan dirinya dan kedua-dua kembarnya ini.

 

Dia yang mendirikan rumah tangga hampir setahun lalu bersama pasangannya,Dr Arif Aizuddin yang juga merupakan seorang doktor gigi.

Sebaik berkahwin, rezekinya kerana disahkan hamil. Lebih bermakna apabila dikurniakan anak kembar yang selamat dilahirkan Januari lalu.

Geram melihat keletah anak kembar kepada pasangan ini yang semakin membesar dan bijak. Walaupun masih kecil tetapi sudah punyai peminatnya tersendiri.

Setiap kali muat naik foto bersama kembar perempuan seiras iras, akan mendapat butang view

cukup tinggi hingga ada kalanya cecah setengah juta. Keletah kembar ini cukup mencuit hati walaupun usianya baru mencecah 4 bulan.

Jika dilihat di laman instagram Hanim, sebagai ibu dia memng cukup teruja melayan kerenah anak-anak kembarnya. Malah baju atau aksesori juga akan dipakaikan sedondon setiap hari.

Dia juga sentiasa ‘update’ mengenai perkembangan bayinya yang semakin bijak ini. Terbaru-kedua-duanya sudah boleh meniarap dan berlumba-lumba antara satu sama lain.

Sekali pandang memang tidak dapat membezakan antara keduanya yang mana adik dan yang mana satu kakak.

Oleh kerana kedua-duanya bekerja, Hanim dan suami akan bergilir-gilir menjaga kembar ini yang dinamakan Amina Raissa dan Amira Raissa. Hanim dan suami turut menggelarkan kedua-duanya sebagai  ‘Rassa Twin’.

LAGI FOTO & AKSI MENARIK ‘RAISSA TWIN’

#1. @najiha.no Shomelnyeeeeeeeeeeeeeeeeeee eeeeeeee gigit pipi tuuuuy

#2. @safahenna ya Allah comelnyaaa ? mcm mak diaa

#3. @amiera_syahidah So bambam 

#4. @virgoamal comelnyaaaa lahai

#5. @nawalherbalbeautyofficial adorable sgt masya Allah

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FARAHANIM RAZAK

IKLAN