Dahulunya Benci Islam, Kini Gadis Mualaf Ini Sanggup Mati Kerana Cintanya Pada Agama

Share

Dahulunya dia pernah ada rasa benci terhadap agama Islam tanpa sebab yang kukuh. Dia juga sering tertanya-tanya mengapakah dalam Islam dibenarkan bagi seorang lelaki untuk mengahwini empat orang isteri. 

Namun, segalanya berubah bagi Nur Jacyntha Florentius,25, selepas dia mula memasuki alam universiti pada tahun 2013. Menyaksikan rakan serumahnya yang mengamalkan ajaran Islam membuatkan dirinya semakin berminat untuk mempelajari agama tersebut.

”Orang selalu bertanya saya mengapa saya memilih agama Islam…”

Apabila melihat teman serumahnya solat dan berpuasa, dia mula mahu mengetahui apa itu Islam.

Tak mahu terus dibelenggu persoalan, dia terus mencari jawapannya melalui internet dan bertanya pada mereka yang arif dalam agama.

Dia juga pernah didatangi mimpi misteri yang memberikannya Quran dan mengajaknya ke masjid untuk solat.

Setelah 7 tahun menyimpan niat, dia akhirnya mendapat kekuatan untuk menyuarakan hasratnya itu kepada keluarga. Alhamdulillah, ibu bapanya memberikan restu kepada tindakannya itu.

Jika dahulu dia membenci Islam, tetapi kini Jacyntha sanggup mati demi agamanya itu.

Ramai yang terinspirasi dengan kisahnya itu. Sememangnya hidayah itu datang tanpa diduga. Ia diberikan oleh Tuhan kepada mana-mana sahaja hambaNya yang dimahukan. Moga Allah terus pelihara iman kita dan tidak terpesong ke lembah yang menyesatkan. Amin.

kredit: twitter @kimchijacy95

IKLAN