Tidak semua alatan solekan anda harus gunakan sewaktu ingin bersolek. Juga, tidak semua produk solekan anda harus gunakan untuk menghasilkan solekan yang sempurna! 

Sumber gambar: Emma

Apa yang penting, sedikit solekan penting untuk memberikan first impression yang impressive kepada anda! Bagi mereka yang baru sahaja mahu mula bersolek, di sini kami ada beberapa tip yang berguna untuk anda.

1. Sekiranya anda menyapu pemerah pipi, pastikan anda melakukannya sebelum anda menyapu bedak pada wajah ini. Ini boleh membuatkan solekan tampak lebih semula jadi.

2. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum ketika anda membentuk bulu mata anda, gunakan pengering rambut untuk memanaskan pelentik bulu mata anda. Ia akan membuatkan bulu mata tampak lebih lentik dan tahan lebih lama.

3. Tidak kira bedak asas anda di dalam bentuk cecair atau serbuk, pastikan anda memilih berus dan bukan span. Penggunaan berus akan membuatkan sapuan lebih rata dan tidak bertompok.

IKLAN
Sumber gambar: Gabb Tapique

4. Lembapkan span atau berus anda sebelum mengaplikasikan pembayang mata untuk mendapatkan warna yang lebih menonjol dan solekan yang lebih tahan lama.

5. Untuk memberikan kemasan matte pada wajah, dab deodoran anda di bahagian T wajah dan bawah mata dengan menggunakan jari.

IKLAN

6. Gunakan maskara sebelum anda mandi kerana air tidak dapat mencuci maskara sepenuhnya dan lebihan maskara yang tertinggal itu membuatkan solekan bulu mata tampak lebih semula jadi.

7. Sebelum menyapu bedak asas pada wajah, berdiri lima belas saat di hadapan peti sejuk anda. Ini dapat mengetatkan pori sekali gus mengelakkan bahan yang berbahaya di dalam alat solek terperangkap di dalam pori.

IKLAN

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI