Baru-baru ini telah tular mengenai sebuah video prank yang dimuat naik ke laman YouTube mengenai seorang gadis yang telah dikenakan oleh teman lelakinya sendiri bagi mengetahui sejauh mana tahap kesetiaannya itu.
Gadis yang sudah lama menganggur itu telah ditawarkan wang sebanyak RM20 ribu dengan syarat perlu meninggalkan teman lelakinya. Dia akhirnya memilih wang berbanding teman lelakinya setelah diberikan provokasi dalam video tersebut.
Meskipun mendapat jumlah tontonan yang tinggi, video tersebut mendapat kecam ramai kerana telah mengaibkan pihak perempuan itu walaupun wajahnya tidak kelihatan. Ramai yang mengecam teman lelakinya itu dan menyifatkannya sebagai seorang yang tidak matang dan memahami tindakan gadis tersebut yang lebih memilih wang berbanding cinta seorang lelaki yang belum tentu menjadi suaminya.
Turut memberi komen mengenai isu ini, personaliti dakwah iaitu Wan Dazrin mengecam tindakan ‘prank’ sebegini kerana mampu merosakkan hubungan sesama manusia.
Ads
Dah ada ujian daripada Allah, kenapa nak uji orang lagi?
Ads
Tak perlu cari jalan untuk menghancurkan sesebuah perhubungan itu sebaliknya perbaikilah diri masing-masing sebelum ingin bernikah dengan pasangan kita.
Ads
Pengikut laman sosial Wan Dazrin juga turut bersetuju dengan pendapatnya dan merasakan budaya prank keterlaluan ini tak sesuai dengan budaya masyarakat timur.
Pendapat sis pula jika kita merasa ragu-ragu dengan pasangan, solat istikarahlah yang sebaiknya perlu kita lakukan dan bukannya ‘prank’ terhadap mereka. Jadikan agama sebagai panduan, jangan rumitkan keadaan dan sentiasalah bergantung harap padaNya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selebriti terkenal, Yatt Hamzah meluahkan rasa syukurnya apabila mendapat peluang untuk membersihkan Masjid Nabawi walaupun sebentar sewaktu mengerjakan umrah dan ziarah di sana.
Berkongsi video di laman instagramnya, Yatt seronok apabila dapat membersihkan permaidani di masjid tersebut dan menjelaskan bahawa sudah lama mengimpikan peluang yang sebegini dalam hidupnya.
Ya Allah, aku sangat teringin membawa keluargaku untuk menetap di Madinah agar berada dekat dengan Nabi ku. Aku sangat teringin anak-anakku bersekolah di Madinah, membesar di Madinah dan aku amat teringin untuk mati di sini agar dapat disemadikan di perkuburan Baqi’.
Jika pada perkiraanMU, salah satu cara untuk berada di sini adalah dengan menjadi seorang cleaner di sini, aku amat berbesar hati YA Allah. Aku amat amat bangga andai dapat berkhidmat di sini buat Rasulullahku SAW. Kau MAKBULKANLAH doa-doa bonda ini Wahai Tuhan yang MAHA MEMAQBULKAN DOA.
Semalam lepas Asar Bonda ini dapat peluang bersihkan Masjid Nabi SAW. Perasaannya luar biasa MashaAllah walaupun hanya sekejap. Memang dah lama teringin nak membantu pekerja2 kebersihan di dalam Masjid Nabawi sbb Bonda ni memang suka sangat-sangat membersihkan rumah. Tak suka nampak kotor. Alhamdulillah direzekikan dapat merasa menjadi cleaner Masjid Nabawi walaupun hanya sebentar.. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH YA ALLAH.
Perkongsian Yatt itu mendapatkan pelbagai reaksi positif daripada pengikut laman sosialnya. Ramai yang terharu dengan usaha Yatt selain rasa ‘cemburu’ dengan peluang yang diterimanya itu.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Zina sememangnya satu dosa besar yang amat dibenci Allah. Banyak dinyatakan di dalam Al-Quran tentang hukuman yang bakal diterima oleh pelaku baik di dunia mahupun di akhirat.
Terdapat di dalam sebuah riwayat menjelaskan bahawa Nabi Musa tidak memaafkan pelaku zina kerana dianggap sangat hina. Hal ini membuktikan bahawa zina merupakan dosa besar yang sukar diampuni.
Namun jika anda merasakan dosa zina itu sudah cukup besar, ternyata anda salah. Ada dosa lain yang 1000 kali ganda lebih besar daripada dosa ini. Ancaman bagi pelaku dosa tersebut adalah hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapat kehinaan di dunia dan akhirat. Apakah dosa tersebut?
Dosa yang dimaksudkan adalah dosa individu yang meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja. Solat merupakan kewajipan bagi semua umat Islam di mana ia merupakan tiang agama Allah.
Meninggalkan solat dengan sengaja diibaratkan seperti meruntuhkan tiang agama dan membuat Allah menjadi murka dengan kita. Tidak hanya di dunia, hukuman di akhirat juga sangat pedih.
Ibnu Qayyim Al Jauziyah RA mengatakan:
“Ulama’ bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri dan minum minuman keras.
Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.”
Amirul Mukminin, Umar bin Al Khoththob RA pernah berkata:
“Sesungguhnya di antara perkara terpenting bagi kalian adalah solat. Barangsiapa menjaga solat, bererti dia telah menjaga agama.
Barangsiapa yang menyia-nyiakannya, maka untuk amalan lainnya akan lebih disia-siakan lagi. Tidak ada bagian dalam Islam, bagi orang yang meninggalkan solat.”
Imam Ahmad RA juga mengatakan perkara yang sama:
“Setiap orang yang meremehkan perkara solat, bererti telah meremehkan agama. Seseorang memiliki bagian dalam Islam sebanding dengan penjagaannya terhadap solat lima waktu.
Seseorang yang dikatakan semangat dalam Islam adalah orang yang betul-betul memperhatikan solat lima waktu.
Kenalilah dirimu, wahai hamba Allah. Waspadalah! Janganlah engkau menemui Allah, sedangkan engkau tidak memiliki bagian dalam Islam. Kadar Islam dalam hatimu, sesuai dengan kadar solat dalam hatimu.”
Begitu pentingnya penjagaan solat lima waktu. Semoga kita setiasa menjaga solat dan terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Taala.
Sumber: tazkirah.net
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pendidikan merupakan medium terbaik yang mampu mengubah kehidupan seseorang, dengan adanya pendidikan bukan sahaja taraf hidup seseorang dapat dipertingkatkan, malah ilmu yang tepat mampu membangunkan bangsa dan negara.
Namun, lebih dua dekad ‘diskriminasi pendidikan terhadap jantina’ yang menjadi perdebatan di seluruh dunia, telah memberi kesan buruk terhadap kanak-kanak perempuan, mahupun wanita apabila mereka dilarang sepenuhnya untuk ke sekolah demi menuntut ilmu.
Bagaimanapun, sekatan pendidikan itu langsung tidak memberi kesan kepada Srikandi Pendidikan Afghanistan, Shabana Basij-Rasikh untuk memenuhi impiannya yang tak pernah usai dan begitu cintakan ilmu dan pendidikan.
Beliau yang ketika itu masih kecil, sanggup menyamar sebagai lelaki demi menghadiri ‘sekolah rahsia’ bagi pelajar perempuan.
“Saya berumur enam tahun ketika Taliban mengambil alih pemerintahan Afghanistan dan mengharamkan perempuan ke sekolah.
Artikel berkaitan: Wanita Berhijab Ini Cipta ‘Sejarah’ Wanita Palestin Pertama Menang Pilihanraya AS
“Jadi, untuk lima tahun seterusnya, saya berpakaian seperti lelaki untuk mengiringi kakak saya yang tidak dibenarkan keluar rumah tanpa ditemani lelaki. Kami menghadiri sekolah rahsia.
“Itu satu-satunya cara untuk kami mendapat pendidikan. Setiap hari kami akan menggunakan jalan yang berbeza supaya tiada sesiapa yang tahu ke mana kami pergi.
“Kami simpan buku dalam beg barangan runcit supaya kelihatan seperti kami keluar untuk membeli barang,” kongsi Shabana menerusi video syarahan Ted Talk yang telah ditonton lebih sejuta kali.
Jelasnya lagi, sekolah rahsia yang dihadirinya terletak di sebuah rumah yang memuatkan Lebih 100 orang pelajar perempuan, serta terpaksa berhimpit di ruang tamu kecil demi menuntut ilmu.
Tambahnya lagi, dia hanya dapat merasai nikmat menuntut ilmu sebenar apabila pemerintahan Taliban di Afghanistan tamat pada 2001.
Oleh kerana mempunyai prestasi akademik yang sangat cemerlang, Shabana telah tersenarai bagi program pertukaran pelajar dan akhirnya berjaya menamatkan pendidikan menengahnya di Amerika Syarikat (AS).
Selepas itu, Shabana terus cemerlang mengejar kecintaan dalam pendidikan dan menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi, hingga akhirnya beliau mengenggam Ijazah Sarjana Dasar Awam dari Universiti Oxford serta dianugerahkan kedoktoran kehormat dari Universiti SOAS, London.
Sehubungan itu, ketika masih dalam pengajian di Middlebury pada 2008, Shabana telah mengasaskan sebuah Sekolah Kepimpinan di Afghanistan (SOLA) bertujuan membela nasib para wanita untuk mendapatkan hak sama rata untuk menuntut ilmu.
“Ketika ini, SOLA mempunyai hampir 100 pelajar dari 28 wilayah di seluruh Afghanistan.
“Sekolah kami menyediakan tiga program pendidikan kepada pelajar, iaitu pra-Gred 6, persekolahan menengah dan persekolahan tinggi,” ujarnya.
Untuk rekod, SOLA merupakan sekolah berasrama penuh khas yang dibangunkan Shabana demi menyediakan persekitaran selamat kepada pelajar wanita di Afghanistan.
Pada Ogos lalu, Taliban kembali menguasai Afghanistan apabila AS menarik tenteranya dari negara itu, hingga mengakibatkan impian pendidikan Shabana dan SOLA hampir terhenti sekali lagi.
Kembalinya pemerintahan Taliban merupakan cabaran terbaharu untuk SOLA dan seluruh komuniti pendidikan Afghanistan.
Namun, bagi Shabana, semangat perjuangan untuk membangunkan pendidikan wanita di tanah tumpah darahnya itu tidak akan pernah terpadam.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.