Malam merupakan waktu yang terbaik untuk memperbaiki sel-sel kulit yang rosak dek kerana debu serta pancaran cahaya matahari. Disebabkan itu, anda memerlukan penjagaan yang rapi pada waktu malam untuk mengembalikan semula kesegaran  kulit yang rosak.

Selain itu, produk penjagaan malam juga dapat membuatkan tidur malam anda menjadi lebih lena dan akhirnya badan akan jadi lebih segar pada keesokan harinya.

Jadi, jom gunakan 5 produk ini sebelum tidur.

IKLAN

1. Clinique Pep-Start Pout Restoring Night Mask, RM75

Memberi hasil bibir yang lebih lembap dan lembut pada keesokan hari. Hanya sapu dan cuci pada keesokan harinya.

2. Estelle & Thild Fresh Water Body Lotion, RM105

Hadir dengan tekstur yang lembut serta aroma yang menyegarkan, losyen ini menyerap terus ke dalam kulit menjadikan kulit lebih lembut dan terhidrat.

IKLAN

3. PIXI Beauty Sleep Cream, RM135

Krim malam yang membantu melindungi, menyubur dan menghidrat kulit semasa anda sedang tidur. Hasilnya, kulit menjadi lebih selesa dan tenang membuatkan tidur anda menjadi lebih lena.

IKLAN

4. Fresh Peony Brightening Night Treatment Mask, RM365

Terbukti mampu mencerahkan kulit serta lingkaran gelap pada bawah mata. Selain menghidrat kulit, ia juga mampu menghilangkan garisan halus pada wajah.

5. Estée Lauder Advanced Night Repair Eye Concentrate Matrix, RM315

Membantu mengurangkan garisan halus, kedutan serta lingkaran gelap pada bawah mata. Malah, mata akan jadi lebih segar!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI